VIX - Daily
- VIX ialah gauge=tolok mengukur tahap kebimbangan atau keselesaan market; jika market bimbang geraf dia akan naik; jika market selesa geraf dia akan turun.
- Di hari penutup minggu lalu, index market seperti Dow Jones dan SP500 seakan-akan telah buat 'topping'.. kita tak tahu lah sama ada benar-benar dia akan mulai gostan atau tidak.
- Apakah kaitan nya di antara Vix, Index dan Currency?
- Ianya adalah hubungan antara manusia, barangan dan wang. Bila wujud ketiga-tiga elemen ini maka perniagaan dapat dilakukan. Vix lebih memihak kepada sikap manusia semasa berurus niaga. Kalau dia suka dia beli, kalau dia tak suka dia jual.
- Time bersuka-ria perasaan bimbang, resah, gelisah takde. Time berduka-cita perasan gembira dan tenang pula takde. Maka itu namanya emosi.
- Dari chart yang kita paparkan di atas, tatkala ini pada pandangan kita yang dah makin kabur ini (tak lama lagi kena pakai cermin mata); berdasarkan kepada bentuk pattern W (biru), kita fikir yang sedang turun itu (hijau) ialah bentuk AB=CD Bullish.
- Yang juga kelihatannya seperti bentuk M jika kita tandakan X (hijau) di kaki C ( W biru). Jika benarlah seperti apa yang kita lihat ketika ini di Vix; maka indexes akan jatuh tidak berapa lama lagi. Dan perlu kita semua ingat bahawa ianya akan mengheret currency sama. Samada secara serentak ataupun mengikuti kemudiannya.
- Sekian, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan