Ahad, 26 Februari 2012

Dollar Index - Junam ??

Dollar Index - Daily

Tak lengkap kalau buat forecast tanpa 'tepek'kan gambar dollar index.

Dollar di forecastkan akan terus turun oleh sebahagian besar penganalisis untuk waktu terdekat ini.. so mari kita check betul atau tidak.

Pattern sekarang yang boleh nampok ialah head n shoulder. Kalau ikut kotak-kotak yang kita letakkan tu, hari Jumaat lepas telahpun terjojol keluar satu candle memberi isyarat bahawa harga dollar akan turun lagi minggu depan.

Kotak-kotak itu bukan benda ajaib.. jadi jangan rasa takjub pulak.. kikiki. Ia hanyalah support dan resisten yang biasanya dilukis sama tinggi dan panjang nya untuk memudahkan mata kita fokus berbanding dengan letak banyak horizontal line .. boleh berpinau biji mata nanti nak cari mana satu line... kui3x

Di kawasan ini terdapat fibo confluence... yang seperti yang kita semua maklum ianya juga mungkin juga akan bertindak sebagai 'bearish trap'. Jadi apakah akan berlaku pada dollar index minggu-minggu seterusnya? Ok.. lebih elok kita forecast begini:-

a) terdapat head and shoulder pattern di daily chart, jika demand masih ade di bahagian bawah, tidak syak lagi bentuk ini akan berfungsi untuk mencapai target nye ke bawah harga 77.80 (FR 61.8).

b) tertakluk kepada supply ke bahagian atas untuk minggu-minggu akan datang, harga dijangka tidak akan berjaya melepasi 77.80 (FR 61.8) sebaliknya akan memantul naik ke atas secara tidak di sangka-sangka dan melepasi paras atas kotak warna pink.

c) sideway~... kekeke.

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot