Isnin, 27 Februari 2012

GBPJPY - Ado laei supply ???

GBPJPY 240min

- GBPJPY adalah satu-satunya position kita yang tak sempat di bawa lari tatkala isu MFK berkumandang di udara.. maka terkantoi lah dia beratus-ratus pips ketika ini.. nak tutup rasa rugi pulak.. maka kita niatkan aje.. asal balik modal kembali ke harga yang kita jual pun jadi ler.

- Tapi.. tunggu punya tunggu.. makin naik pulak dia.. adoiiii.. bagaimana ni bung?

- Apo nak buek.., laa ni kita lukis-lukis ajelah dulu.., betul atau tidak.., nasebbb lah lepas ni. Ok berdasarkan kepada pengalaman menggunakan pivot dan kira-kira wave ala elliotwave.., kita dapati yang selalu meninggalkan pivot ialah wave 3 dan wave 5.

- Biasanya wave-wave tersebut akan meng'aimed'kan resisten ke 2 sebagai targetnya.

- Tetapi kerap berlaku wave 5 tu pendek sket.., jadi kekadang wave 5 tu dia tak larat mendaki ke resisten ke 2. Salah satu sebabnya ialah jika wave 3 tu terlalu panjang maka; wave 5 tu panjang dia mesti sama dengan wave 1. Itu undeng-undeng nye lah.

- Perlu di ingatkan bahawa resisten ke 2 yang kita maksudkan ialah the next day/week/month nye (base on jenis pivot yang di guna pakai ketika menyemak)

- Ok.. jika benarlah apa yang tersurat dan tersirat.. dalam gerakan GBPJPY ketika ini.. maka kita yakin harga pagi tadi MUNGKIN harga kemuncak berdasarkan kepada FR 261.8, kiraan wave 5 sama panjang dengan wave 1 (biru), dan kaedah pivot X weekly.

- Tapi yang jatuh ini kelak.. hanya lah correction semata-mata ke pivot X yang terhampir.

- Oleh itu mungkin.. jika 123.77 dapat bertahan.. the next FR 423.7% mungkin menjadi target ke atas yang seterusnya. Itu kita akan lihat kemudian. Laa ni nak tengok dia gostan ke bawah dulu.. tapi kalau dia tak mahu gak gostan, tetapi sebaliknya breakout lagi atas 261.8%.. nampaknya tak berasaplah dapur rumah aku bulan depan.

Sekian, wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot