Sabtu, 25 Februari 2012

Dow Jones - Completed or Throw Over ?


Salam hormat..,

Kita buka kembali blog ini...


Kita buka blog kembali bukan sebab kita ni nak ajak orang main terus forex tanpa mengendahkan tentang pengharaman nya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Yang di sabitkan haram itu tetap lah haram.. kecuali apabila kesemua senarai perkara-perkara yang telah dinasihatkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan itu di "bersih"kan maka hukum ketika itu barulah boleh kita cakap hukum asalnya kembali terpakai.


Tatkala ini.., kita tak mahu pening kepala macam orang lain yang bermati-matian mempertahankan tentang boleh walaupun memang tak boleh; tetapi sebab Malaysia Boleh semua boleh lah dibedal ; maka kita tinggalkan mereka dengan labu-labunya.. kita berlepas diri dengan mereka semua.. dan kita trade gunakan jalan lain contohnya boleh niaga matawang dengan cara bayar cash atau guna 1:1.


Jarak Sederhana atau Jarak Jauh.. itu matlamat trading plan kita. Lebih terjurus kepada pelaburan yang lebih selamat berbanding dahulu. Risiko rendah, pulangan pun rendah, kalau kena gaya hasilnya pasti lagi tinggi dari ASN, ASB atau EPF. Dijamin nilai yang kita pegang tak akan lenyap 100%.


Tak percaya? Cuba fikir... jika kita beli EURUSD pada harga sekarang iaitu 1.34 seunit, katakanlah di penghujung tahun nanti harganya jatuh ke 1.21.. kita hanya rugi 0.13 sahaja seunit. Adakah keseluruhan modal asal kita hangus??? Tentu sekali tidak! Kita cuma 'rugi' sikit aje.. lebih kureng 10% gitu.. baki 90% ado laei boleh rolling lain kali.


Berbanding dengan cara sekarang.. dengan leverage.

Silap gaya.. bisa bergolok dan bergadai.

Bukan lagi hangus.. rentung jadinya.

ZERO balance.. Margin Call.. Hanging Man.. Get Loose..!


Baik.., cukup di situ dahulu tentang isu MFK ; kita teruskan agenda kita, kita nak lihat adakah market sekarang berada dalam unjuran yang di katakan akan terbabas ke dalam jurang; kita rujuk index DJI30 (Dow Jones).


Kita pernah forecast Dow Jones akan naik kembali setelah ianya tergelincir turun pada tahun lepas. Tatkala itu orang cukup 'bearish' dengannya.. dan.. sebelum itu pun.. tatkala dia berada paras ini pada tahun lalu.. kita tulis dia nak turun.. dan memang dia turun.


Now.. as kita boleh nampak.. dia bergerak mengikut rentak 5-0 (bullish). Adakah ianya telah matang??? Tunggu dan lihat dahulu; elok kita sama-sama ingat perkara mengenai bentuk 5-0 ni.., apakah maknanya jika kita lihat bila adanya wujud bentuk 5-0?


Pattern 5-0 ialah suatu bentuk yang akan memperbetulkan gerakan sebelumnya yang belum selesai. Maka dalam menyemak perkara ini, level "0" dahulu bukanlah harga kemuncak. Jadi eloklah kita forecast begini sahaja buat sementara waktu:-


a) Pembetulan harga masih berlaku.., harga boleh 'breakout' menuju ke level FE 161.8 dan 261.8 FR untuk beberapa minggu lagi; atau


b) Jika inilah kemuncak yang di cari dan pembetulan harga selesai di level FE 127.2 dan FR 161.8; maka tidak ada syak lagi harga akan berpatah balik ke bawah, mencabar harga terendah tahun 2011, 2010 dan 2009.


c) sideway~ keh3x..

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot