Ahad, 31 Oktober 2010

USDX - Misteri "Spikes"

Daily

Weekly

USDX Misteri Lagi....,

- Minggu ini kita tunjuk pula "spikes" yang hilang..
- Sama jua cerita dia terdahulu...
- Berhati-hati lah... jangan pisang berbuah 2x...
- Aktifkanlah semua stoploss...

Sekian.
Wallahu a'lam


-----------------------------------------------
Forecast Reversal Days In October 2010
-----------------------------------------------

1st week | Monday (1st Nov 2010), Friday (5th Nov 2010)


2nd week | Thursday (11th Nov 2010)


3rd week | Wednesday (17th Nov 2010)


4th week | Tuesday (23rd Nov 2010)


5th week | Tuesday (30th Nov 2010)


Sabtu, 30 Oktober 2010

Market Review October

Gold 60min

- Dia telahpun sampai ke zone di mana kita tandakan sebagai reversal zone. Arakian tersebutlah kisah bahawa gold ini akan bertambah naik mengikut ukuran batang berwarna purple. Tetapi kita counter dia dengan harapan dia sudi dengar cakap kita bahawa dia nak jatuh ke below FE 261.8...

- Letakkan lah stoploss... sebab kita dok tau laei cerita stimulus plan USD minggu ini. Ramai dok ingek stimulus tu akan jadi dollar lomah... tapi ambo raso dok gitu plak.

GBPJPY 15min

- Dengan perubahan kekuatan Pound di akhir dagangan minggu lalu... dia ni degil semacam. Tetapi di sebalik GBPUSD melarikan dirinya jauh ke atas.., dia ni macam terpinga-pinga. Dan hasilnya berlakulah pattern lagi yang sedang menantinya di bawah nanti.

- Sila berhati-hati... terjahan ke atas 129.50 terlebih dahulu pada awal dagangan akan mengakibatkan stoploss kita di gigit ular. Tetapi jika terus jatuh ke bawah 128.40... kita perlu pastikan dia tembus 126.89 untuk mengaktifkan rancangan kita seterusnya.

- Apa-apa pun setiap seratus (100) pips dari short yang kita buat adalah nilai yang bagus untuk di bank-in..., kerana dia ni sebenornya berada pada level yang paling bawah jika kita lihat pada daily chart... cuma kita harapkan dia boleh turun lebih-lebey lagi larrr.... kekeke.


EURJPY - 240min

- Ianya masih dalam progress yang kita cadangkan tempohari. Tak banyak perkembangan yang boleh di komen cuma dari segi bentuk dia turun ni... kemungkinan dia bounce kuat ke atas kembali tidak boleh kita sangkal...

- Kecuali dia break kuat-kuat below 108.40... itu cerita dia akan berubah kemudiannya... so buat masa ini, setakat ini sahaja gambaran yang ada...

EURGBP - Daily

- Fuhhh... betul-betul dia jatuh selepas news GDP UK.., kita baru try sekali counter dan gagal. Dan kita rasa dia akan further down ke FE 100 untuk short term ini.

- Kita akan perhatikan perkembangan dia ni dari masa ke semasa.



USDCAD -240min

- Terdapat daily pivot x di zone 23%... jadi pandangan kita, dia ini akan di tekan turun kerana terdapat juga view yang lain mengatakan oil akan spikes up sekali lagi.

- Kita lebih tertarik dengan bentuk W di sebelah atas ini... Kita pernah lihat banyak kali bentuk sebegini yang akan meluru naik apabila sayap sebelah kanan ini hampir-hampir mencecah tanah. Apakata kita lihat dan perhatikan dahulu sayap ini turun.

- Pasti kita akan lihat nanti adanya pivot sebelah atas ditinggalkan pula dan akan menjadi reason kita untuk mula masuk market kembali... :-D :-D :-D



NZDUSD - 60min

- Sebaik sahaja RBNZ umumkan interest rate dia di "hold" kan.., dia mula menunjukkan belangnya dengan memecahkan high tahun ini dan tahun 2009. Memang jika sekali imbas melihat dia naik mahu kecut telo kita semua dibuatnya...~wakaka

- Tapi dia sekarang ade 2 Pivot X dan bentuk AB=CD.

- Dengan syarat dia boleh turun dan hancurkan kembali kaki AB = 0.7400 semasa bulan Nov, kita rasa-rasa dia takde chance untuk sampai ke 0.7880 dan extended ke 0.8320 sebab yang naik Khamis dan Jumaat tu dah sampai ke 161.8% jika kita tarik fibo 0.7560 - 0.7400.


AUDUSD - 240min

- Hampir-hampir... kita nak melompat ke siling kerana kita dah lihat pada petang Jumaat candlestick bulan ini nak jadi doji... tapi sayang.., dia bikin magic naik sebelum market tutup... hampa gas betul !!!

- Tapi tidak mengapa... weekly candlestick dia dah goyang-goyang... macam tunggul gigi yang menunggu masa nak tanggal.

- Perhatikan batang warna kuning yang kita lukiskan tu... jika dia terlebey naik daripada batang putih yang last tu, maka maknanya dia nak naik lagi sama nilai pips dengan batang warna kuning tu, maksudnya dia nak cucuk lagi harga 1.0000

- Otherwise... view kita ialah tetap dia akan jatuh si zone +76.4% tu ke 50% dan sideway.. sebelum dia breakout sekali lagi ntah ke mana..



USDCHF - 240min

- Kiss and then pullback... miayahaha~... dia ni memang hebat..!!! Ketika dia jatuh dari 1.16 ke 1.06 kita ingat retrace dah abesss rupa-rupanya dia terus gedebam jatuh hingga 0.94..!!! Serupa jugalah kali ini (rasa-rasanye lah)...

- Ramai sangka di situ ler dia start gostan balik... tapi kita agak yakin cerita dia ni lain macam sikit... letak fibo seperti gambar di atas tu... ke 161.8% or 261.8% sebenarnya bukanlah suatu impian kosong...

- Meanwhile... cuba semak candlestick dia bulan ini.... ehehehe... wut will happened after 5???


USDJPY - Monthly

- Putus sudah kasih sayang.., dengan tergelincirnya 84.50 pada bulan Sept dan di bulan Oct meng"kompom"kannya..., maka baki tahun ini kita dapat lihat "the big picture in future"... dan BOJ pastinya berguling-guling menangis kerana dah hangus ber trillion-trillion yen.

- Kita yakin di zone bawah 80.20 hingga 79.70 ada banyak ikan jerung berkeliaran membaham "beruang-beruang" yang menyerbu ke dalam lautan. Fast-money adalah dianggarkan dalam bentuk beberapa ratus billion US dollar.

- Buy break ikut intraday... jika target archieve... bank-in terus !!


GBPUSD - 30min

- Kui3x... dia tumpang "tui" di sebabkan EG "terjatuh" ketika mendaki ke puncak jaya. Dia telah pun selesai mengejar PIVOT X... Kita berada dalam kedudukan yang sangat baik kerana bila hutang selesai di bayar.., kita boleh tuntut semua hutang terdahulu daripada ini.

- Beri perhatian kepada "double-top" di zone 1.6100... jika break above that... batang putih tu akan bertambah satu(1) lagi sebelah ke atas. Dari segi bentuk... jika kita bukak chart H4 kita akan dapat lihat bentuk cawan dan tangkai.

- Adakah Pound akan bertambah kuat? Kita harap tidak!.. Tetapi kita tidak pernah lupa bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui... Kita cuma merancang, Allah jua yang menentukan.



EURUSD - 30min

- Haha... terkujat-kujat dia melarikan dirinya naik ke atas kembali ibarat kucing jatuh ke dalam perigi... semua gerakan dia dalam bulan Oktober adalah di bawah kawalan "beruang"... Pivot X yang terakhir sedang dalam perjalanan menunaikan janji...

- Bagaimana dengan November nanti? Well... kita dah bagi view pasal USDX, kita hanya perlu berjaga-jaga. Jika apa yang berlaku selepas "spikes misteri" dicopy-paste kembali ... kita pun semua dah di "alert"kan lebih awal... Jadi tiada apa-apa misteri bagi kita semua..

- Jika dia ni melepasi channel seperti gambar di atas dan melebihi 1.4070... sila stand-aside..! Semua perhatian pada minggu hadapan tertumpu pada dua events iaitu FOMC dan NFP... Awas!!!... banyak "jerung" berkeliaran... kita percaya jerung tu semua bersedia untuk "me ngap" apa-apa yang lalu di hadapan mata mereka dalam jumlah berbillion-billion.

Khamis, 28 Oktober 2010

GBPUSD - Apa-apa pun boleh jadi

gu - 2 ptg

- tak pasti samada betul atau tidak kiraan di atas tu
- time semakin suntuk... nampak gaya dia macam tak terdaya
- kita doakan semoga rancangan kita berjaya..
- gagal view ini bermakna dia nak ke 1.5997 - 1.6000

Sekian,
Wallahu a'lam

EURUSD - Apa-apa pun boleh jadi


eu - 10 pagi

- Harini... sama ada dia turun atau naik.. kita tak boleh agak sangat... kerana kita telah pun berada pada kedudukan yang penting untuk dia dia ni bertahan dengan rally bullishnye.

- Target minggu ini telahpun kita capai semalam... dan sepatutnya dia retrace up pada harini dengan cagaran 2 daily pivot-x nya berada pada kedudukan yang mengiurkan bagi para seladang.

- Bagi swinger short... kita hanya berbekalkan kepada mid-week-pivot yang selalunya (biasanya) menjadi tempat kita meneruskan short break. Harapan kita ialah kita boleh meneruskan perjalanan kita tanpa sebarang gangguan lagi.

- TETAPI ... apa-apa pun boleh jadi hari ini atau esok.

Sekian,
Wallahu a'lam.

Rabu, 27 Oktober 2010

Selasa, 26 Oktober 2010

GBPJPY - JunaM Maut

Salam petang Rabu...,

- Maafkan daku.., tak sompek den nak update lepas Isyak, sobab den ado jemputan tahlil / kenduri jiran nak poei Mekah dan akibatnya den berborak sampai pukul 1 pagi dan balik terus den tertidur.

- Peh... rupa-rupanya EG jatuh gebedab dan stoploss kita kena "tis-tis"... tuler sobab pound kuat giler ek..? Takpe... pound tu cam pondan, bila EG strike up back, dia terpaksa menyerahkan diri untuk dibelasah kita semua.

- GBPJPY.. projection terbaru kita ialah ke 161.8% dan 261.8% mengikut kedua-dua fibo di atas. Sila acu kan fibo tu sendiri untuk melihat harga-harga tersebut. Kita ambil model USDJPY tempohari selepas dia terjatuh dari tempat BOJ interven.

- Samaada dia akan start gostan dari sini; atau dia lari naik atas sedikit lagi... kita akan ambil posisi short sahaja... apa-apa pun sila lah jaga stoploss kita. setiap kali kita try entry.

- Dan perhatikan EG... kita tak fikir dia akan gostan jauh, sebab dia dah sondol trendline tu maka objektif dia memang akan ke 0.9000 dan kemudiannya ke harga parity iaitu 1.0100.


- Soalannya yang menarik ialah ke manakah arah EURUSD dan GBPUSD selepas EURGBP pullback nanti?

Sekian,
Wallahu a'lam

EURGBP - BREAKING TRIANGLE


Salam petang Selasa...,

- Sepertimana yang kita semua maklum... EURGBP dah break top trendline untuk triangle yang telah dibentuknya (rujuk posting terdahulu).

- Lihat pula struktur dia naik tu lengkap 5... maka yang sedang turun ketika ini adalah gerakan retracement ABCD... heh..!

- Dengan Syarat wave 2 tak pecah sehingga London Close malam ini... trade buy ini MUNGKIN boleh di carry sehingga dia ni pecahkan 0.9000... BUT for a while... kita hadkan hingga target kedua terlebih dahulu.

Sekian,
Wallahu a'lam

GBPUSD - Lembu Dalam Belukar

Salam Selasa...,

- Due for retracement and good for intraday trader.
- Creating small W after making double bottoms
- Kindly stand-aside for swinger shorts.

Sekian,
Wallahu a'lam

EURUSD - Ready?

Salam Selasa di angin lalu..,

1- Dengan syarat sehingga London close session untuk hari ni high yang kita tanda (2) tu tak pecah..., maka kita akan tunggu harga di zone yang kita tandakan sebagai (ii) tu untuk mengeshort kembali...

2- Sebagai langkah berjaga-jaga sila pastikan SL di aktifkan.

Sekian,
Wallahu a'lam

Ahad, 24 Oktober 2010

AUDUSD - Extended ?


Salam Sejahtera...,

- Dalam gambarajah di atas tu..., kita agak "confused" dengan situasi terkini.

- Pertamanya... mengikut chart CANDLESTICK... kejatuhan minggu lalu berjaya di tahan oleh trendline dibawah, maka kiraan 3 dan 4 warna ungu lebih mirip untuk menyelesaikan gerakan bullish mereka ke harga 1.0150.

- Keduanya... jika kita tukar chart tu kepada LINE... trendline di bawah tu sebenarnya dah pun patah. maka haruslah ianya terus jatuh melebihi paras 4 warna merah yang kemudiannya retrace naik menjadi head and shoulder untuk kita open short sekali lagi di paras 3 warna merah.

- Ketiganya... mengikut fibo extension dari paras 1 dan 2 warna ungu.. harga telahpun selesai di paras FE 423.6%... maka selalunya "correction" ke paras FE 161.8% biasanya akan berlaku.

- Maka jika kita timbang-timbang antara sebab-sebab di atas, kita lebih setuju dengan bearish side berbanding dengan bullish side minggu hadapan. TETAPI dengan syarat bahawa selagi puncak ke 5 warna merah tu tak di sondol dari bawah.

- Oleh itu, sila berhati-hati dengan dia ni... samada dia ni bullish kembali atau bearish mengikut 2 ukuran fibo yang dah siap tu... kita jangka dia akan bergerak sangat pantas.


Sekian,
Wallahu a'lam


Gold - Making HnS

Salam KeEmasan..,

- Hehehe... seronok sepanjang minggu lalu dia jatuh... kebabomss.... TETAPI... dia tak break trendline bawah tuh... :-(

- Bentuk ini sekarang mirip kepada bentuk EURUSD pada awal minggu lalu... maka kita rasa dia nak tiru gaya EURUSD tu pada minggu ini...

- Maka.., awal bulan depan... kita lihat kembali bagaimana progress head and shoulder ni ek?

Sekian,
Wallahu a'alam

USDCAD - Ready to take Profits


Salam bahagia...,

- Kita telahpun berada di range ini semenjak akhir April... harga turun-naik macam orang giler talak... kehkehkeh... of course ler yang gila talak tu orang Canada... ~wakaka~

- Harga pair ini akan memasuki 3 golden fibo level... kita pasti akan melihat harga begitu 'teruja' di kawasan ini... dan ini adalah masa yang sesuai untuk mengambil profit... hehehe

- Pilih lah mana-mana level yang sesuai dengan kehendak kita, sebab biasanya bila dia tembus 38.2% maka 50.0% target dia... tembus lagi 50.0% maka 61.8% target dia. Berdasarkan kepada trendline dalam gambar tu... kita konfiden dia boleh hits trendline paling atas tu.

- Selepas tu kita relax ler... sebab ada view USDX nak jatuh... so... berhati-hati!!!

Sekian, Wallahu a'lam.

USDCHF - Replika USDX

Salam Ahad...,

- Kita tahu ramai yang "frust" bila kita pamerkan apa yang "mungkin bakal" berlaku kepada USDX..., tetapi kita mesti selalu bersikap realistik dan sabar agar kita tak jadi murung dan mereng dengan dunia forex ni.... hehehe~

- USDCHF... dia nie selalu kita lihat bergerak lebih awal dari lain-lain pair dan sejak Jun-Sept dia dah rally down sebanyak 2,300pips !!! Hanya minggu lepas dia baru lepas dari kurungan beruang dan sekarang baru naik 300pips.

-Jika kita kira paling koman pun dia retrace 25% dari seluruh kejatuhan tu kita akan dapat +500pips dan kalau dia giler retrace sampai ke 50% kita boleh dapat +1000pips... ~wakaka~ apa kata pula dia lagi giler kentang retrace sampai 75%... kita boleh dapat +1500pips... ~miyahaha~... but now... it's seems imposibble... :p

- So.. now... kita kena kocikkan sikit nilai retrace tu (jika betul lah USDX nak jatuh lagi next month)... kita amik 25% aje... so it mean dia retrace hingga harga parity 1.0000... di atas nilai harga tu... jika naik lagi 100-300 tu kira bonus lah (kalau ada pun)...

- Next down leg... ialah 0.8880 so extended ke 261% ikut fibo retracement tu (dia pun dah pecahkan all time lows 0.9644 tu)... sila tengok betul-betul fibo tu... sebab fibo tu kita setkan dari "puncak ke puncak" bukan seperti selalunya dari "puncak ke lembah"...

- Yang kita tandakan warna biru itu ialah resisten dia... manakala yang warna ungu tu ialah support dia... so... sehingga dia berjaya menawan tiap-tiap resisten kaler biru tu... kita akan tutup posisi buy kita di situ dahulu... kemudian (jika ada peluang).. kita buat buy break hingga next resisten level.

- Dengan kata yang mudah... close posisi buy terdahulu... kemudian baru ler buat buy break jika harga pecahkan kotak warna biru tu... so.. ini aje taktikal sementara waktu ni... sebelum kita melihat kelibat kelemahan USDX kembali.

- Apa-apa pun mulai next week... sila berhati-hati sentiasa.

Sekian..,
Wallahu a'lam.

Sabtu, 23 Oktober 2010

USDX - Spikes Low ???

Friday 22 Oct 2010

Stockchart.com

Salam hari Sabtu...,

- SEKALI LAGI.... untuk sekian kalinya... kita jumpa "spike misteri", yang kita TAK terjumpa dalam lain-lain broker yang ianya telah berlaku.

- Kita pernah ketemu dengan "spike misteri" ini seperti gambarajah di bawah:-


Friday 20 Nov 2009


- DAN HASILNYA... adalah seperti gambarajah di bawah :-


===================

ULASAN Kita.....

- Let's begin with "Sejarah"...
- Bila berlaku spikes yang sebegitu, market tak akan terus mengikut arahnya.
- Ianya mengambil masa lebih kurang 7-8 hari untuk sampai bottom.
- Kemudian baru dia mula sikit-sikit mengikut jejak spikes tersebut.
- Kemudian console dan lepas tu baru memecut dan menambah 100% lagi.

SEKARANG....

- Kita duplicate jalan cerita "Sejarah" di atas.
- Market akan mengikut tempoh tersebut untuk sampai top.
- Kemudian kita akan ALERT jika USDX akan kembali JATUH.
- Dan untuk view ABCD yang kita beri untuk USDX di atas tu...,
- Kita setakat ini percaya... retracementnya tak setinggi mana...,

FUTURE....



- Mari kita buat minggu terakhir bulan Oct ini MENERUSKAN view EU n GU.
- Hanya bila sampai target mereka.., baru lah kita lihat-lihat semula...
- Adakah sejarah spikes itu akan berulang..., yang akan menjadikan USDX itu...
- JATUH sehingga ke harga 72-71 kembali...


Sekian,
Wallahu a'lam

Khamis, 21 Oktober 2010

EURGBP Triangle & Trendline

Jam 8:30mlm
- Currently.., Kita takde positions-
~belum ade idea~
tapi... kita sedang short EURUSD sebab kita percaya di trendline inilah EURUSD akan bercerai badan dengan EURGBP..... saksikan aksi-aksi menarik seterusnya.

GBPJPY & EURJPY - Extended

Jam 11:30pagi

Jam 11:00 pagi

Rabu, 20 Oktober 2010

EURUSD & GBPUSD - Start Kira... 1,2,3

GBPUSD - Jam 12:30 tgh mlm

EURUSD - Jam 12tgh mlm

Sabtu, 16 Oktober 2010

USDX - huuu... sang algojo... nanti dulu..!


USDX Update View
Dengar Lagu n Duduk Diam cam Pengantin

Jumaat, 15 Oktober 2010

USDJPY - Insect Killer

Look like ABCD complete.. but 'time' was not in place yet..

Salam di pagi Sabtu..,

1. Entry W sign kaki rata.
2. Kita percaya dia akan retrace... or berdezup naik
3. Bahaya... sebab semua masih bearish... sila berjaga-jaga..


Salam di pagi Jumaat..,

1. Perhatikan candlestick daily untuk usd/jpy semalam... HAMMER... traders will usually wait for confirmation the next day, look for buying opportunities to come...

2. Biasanya konservatif trader akan order beli di atas candlestick tu.

3. Kita syorkan pula... jangan masuk beli dulu neither harini atau Isnin... don't buy yet. just watch sebab kita nak lihat weekly candlestick close amacam pulok cerita dia...

Sekian, wassalam...

Khamis, 14 Oktober 2010

EURUSD - Giant Killer

Salam di pagi Sabtu...,

1. Entry yang macho... selepas dia spikes yang menjadikan daily candlestick jadi pasangan engulf dan weekly candlestick doji.

2. Jangan seronok dulu.., trendline di bawah tu perlu diberi perhatian.

3. Tapi kalo menjadi kali ini memang eu akan "masak" sebab weekly tu cukup 5 candles... do we remember what wut happen after 5 ???



Salam di malam Jumaat.

1. Ini pula view kita untuk eur/usd... yang buat masa ini dikhabarkan akan mencecah 1.50 kembali dalam bulan Oct ni... juga kita rasa mungkin tidak akan berlaku.

2. Ini juga sejenis bentuk head and shoulder yang kita terjemahkan sebagai bentuk M.

3. Sabar ajelah... soon or later omputih cakap, semua yang kita forecastkan akan menjadi kenyataan,, buat masa nie... lepak tepi... dun wori masa ada lagi...

Sekian, wassalam

GBPUSD - Silent Killer

Salam di pagi Sabtu...,

1. Nice short tatkala dia spike ke atas malam semalam... dan yang paling penting semua loss sebelum ini dapat kita ganti.

2. Bentuk sekarang ialah nak jadi M... buat sementara ni bila di tenung lama-lama bentuk ini macam kepala dan mata burung hantu... huh!

3. Stay short and add more short apabila dia break trendline dan breakout level intraday and weekly level. Tapi jangan lupa letak target 21,34,55,89,144,233,377pips... ~wakaka... uhuks!!!



Salam di malam Jumaat..,

1. Dia terobos lagi ke atas..., dan harini kita terlihat seseorang meramalkan dalam Oct ini pair nie akan pergi ke 1.77.... pehhh... maybe dia betul... but kita masih percaya ianya tidak akan berlaku.

2. Mungkin itu view dia... dan gambar di atas pula adalah view kita... head n shoulder.

3. Cuma.. kita perlu sabar... kita percaya ini adalah last right shoulder untuk gbp/usd... masanya akan tiba jua... buat sementara waktu ni... kita tunggu di tepi aje dulu... tak akan lari gunung dikejar...

Sekian..., wassalam

USDCAD = AUDUSD = 1.000 (Parity)

Purple = USDCAD
Blue Black = AUDUSD

1. Kita tak tahu betul atau tidak tindakan kita ini... kita order sell limit AUDUSD dan buy stop USDCAD pada harga 1.000 dengan idaman swing hingga ke harga yang kita tak berapa pasti lagi. Kuang3x....

2. Kita rasa ada sesuatu akan berlaku untuk kedua-dua pair ini dalam beberapa sessi akan datang... tapi kita akan perhatikan tahap kecergasan posisi ini by day by day mulai harini... harap-harap cempedak boleh jadi nangka.

3. Wallahua'alam.

p/s : lupa plak... kita kandang mereka juga pada 0.9950... takut cempedak u-turn cepat sangat pulok... kui3x

p/s: kita juga sedang perhatikan CADJPY dan AUDJPY... heh!?... macam nak best aje boths CAD & AUD... adakah sesuatu akan berlaku? heh!?

Kantoi... huhu


Pagi ini market buat hal lagi sekali.

"Choppy market"

Semua posisi kita semalam,
ada yang kena hits stoplossnya,
dan ada juga yang hanya pulang modal..,

I think, kita kena rehat/ lepak tepi dulu,
untuk minggu ini.

~Wallahua'lam~

10:15am

Rabu, 13 Oktober 2010

EURGBP - Retracement

Update 10:30pm
head and shoulder pattern in 5min chart

5:00pm

1. Currently I believed it is due to retrace.
2. Let's see tonite if she making small M sign in TF5 or T15
3. Wallahua'lam

UCHF - Entry

Down Target - Archieved

Retracement ???

Update 5:00pm

GBPUSD - Hold Short

2:00pm

1. Just precaution what the scenario could be.
2. Kita boleh add shorts breakout... setelah kita take half profit semalam.
3. Wallahua'lam

EURUSD - Sell


1. Subjective... if resisten 1.4025 hold... I think I should short here one more time.
2. Let' s try again... sell... put the stoploss... and go to fishing.
3. Wallahua'alam.

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot