USDJPY - Daily
- Lihat tu... walaupun BOJ pergi jual duit dia... 2.21T Yen... tapi takde harga duit dia di mata spekulator... macam sayur kobis aje dibuatnya... ~wakaka... Arahan kita ialah beli di paras 84 dan stoploss di below 82.80... dan memang ada harapan stoploss tu kena baham... :p
- Ada 3 senario yang boleh kita ulas tentang situasi sekarang.
- Pertama - jika harga terus jatuh di bawah paras stoploss kita... SEMUA cabang yen akan turun jatuh gedebab-gedebup... kita yakin ramai-ramai terjun tak pakai parachute.
- Kedua - jika harga buat double bottom dan bounce naik... SEMUA cabang yen akan naik zup-zuss-zap-zass... macam roket.
- Ketiga - rumours BOJ interven sekali lagi.
- Jika kita timbang antara ketiga-tiga senario tu, mesin timbang kita boleh senget sebelah membeli... bukannya senget sebelah menjual... dari segi teknikal pula... RSI divergence, monthly low bulan Sept belum break, monthly candlestick cukup 5 bear (after 5 biasanya retrace or terus tukar trend)...
- Tetapi yang seramnya... stoploss kita hampir kena gigit.!! Eeeee... ni yang boleh naik bulu roma dan bulu ketiak nie... nie yang paling mencabar kepala otak dan perasaan... tang ni ler selalunya tak berani tengok posisi yang ade... ucapkan lah aje "inna lillah..." terlebih dahulu...
- Jika stoploss kena gigit minggu depan... kita stand-aside seminggu.
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan