Rabu, 6 Oktober 2010

Breakout - Nak kenal pasti bagaimana?


Salam sejahatera dan bahagia...,

- Kita menerima pertanyaan berhubung kenyataan kita, trade cara breakout lebih menguntungkan buat masa ini berbanding dengan trade cara range. So malam ini kita nak tunjukkan cara mudah nak buatkannya.

- Rujuk gambar di atas... itu adalah chart untuk XAU (Gold)... kita stated di situ indicator apa nak guna... dan dalam gambar di atas kita setkan 2 indicator tu, untuk Weekly.

- Apa yang nak di tengok untuk rancang trade?

- Pertamanya sekali... lihat Dinapoli Upper dan Lower Projection Price untuk minggu ni. Ini bertujuan kita tau di manakah harga yang akan di tuju jika kita letak trade nanti.

- Keduanya pula... lihat di manakah mid pivot level minggu ini. Kita hanya setkan mid level antara pivot dan resisten 1 sebagai buy breakout... dan mid level antara pivot dan support 1 sebagai sell breakout.

- Ketiganya akhirnya... lihat mid pivot level manakah yang berada di tengah-tengah antara harga Dinaploi projection tu. Jika mid level antara pivot dan resisten 1 yang berada di tengah-tengah maka rancangan kita ialah membeli di situ dan targetnya mengikut Dinapoli Upper Level.

Sebaliknya pula lah jika ingin menjual... maka pastikan mid level antara pivot dan support 1 berada di tengah-tengah harga Dinapoli Projection tu juga. Kemudian kita boleh jadikan last swing low atau high yang kita lihat sebagai stoploss kita. So... dalam kaedah ini, stoploss letak kemudian setelah order kita executed.

bersambung... ( gi warung jab.. :-p)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot