Rabu, 6 Oktober 2010

Breakout - Reversal


Salam Sejahtera dan Bahagia...,

- Kita sambung cerita tentang breakout. Sila lihat gambar di atas. Kali ini kita terangkan tentang apa akan jadi jika trend bertukar, dan ke manakah arah besar gerakan mereka nanti.

- Apabila trend reversed dan menghentam upper atau lower level ( dalam rujukan ini kita gunakan timeframe weekly (kaler biru) )... maka target reversed akan mencari upper atau lower level untuk timeframe yang lebih besar ( dalam rujukan ini kita gunakan timeframe monthly (kaler merah kuning) )

- Ketika perkara ini berlaku... kita sebagai swing trader perlulah bersiap-sedia untuk menutup mana-mana swing position yang telah kita lakukan jika ianya bertentangan dengan trend yang baharu terbentuk...

- Kita boleh... dengan maklumat ini... bersedia untuk mengikut arah trend baharu itu kemudianya kelak... atau keluar dari market dan stand-aside terlebih dahulu.

- So.. dalam trade kaedah breakout dan breakout-reversal... kita hanya buat SATU (1) position sahaja bagi satu-satu timeframe yang kita fokuskan... contohnya jika kita guna weekly dinapoli projection maka kita masuk market SATU (1) kali sahaja dalam tempoh seminggu itu.

- Kaedah ini juga (trade cara breakout dan breakout-reversal) BOLEH kita gunakan untuk INTRADAY trading dan juga intraday scalping. Cara-cara dia serupa semuanya.


bersambung... (gi anto bini pegi opis dulu... :p)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot