Ahad, 24 Oktober 2010

AUDUSD - Extended ?


Salam Sejahtera...,

- Dalam gambarajah di atas tu..., kita agak "confused" dengan situasi terkini.

- Pertamanya... mengikut chart CANDLESTICK... kejatuhan minggu lalu berjaya di tahan oleh trendline dibawah, maka kiraan 3 dan 4 warna ungu lebih mirip untuk menyelesaikan gerakan bullish mereka ke harga 1.0150.

- Keduanya... jika kita tukar chart tu kepada LINE... trendline di bawah tu sebenarnya dah pun patah. maka haruslah ianya terus jatuh melebihi paras 4 warna merah yang kemudiannya retrace naik menjadi head and shoulder untuk kita open short sekali lagi di paras 3 warna merah.

- Ketiganya... mengikut fibo extension dari paras 1 dan 2 warna ungu.. harga telahpun selesai di paras FE 423.6%... maka selalunya "correction" ke paras FE 161.8% biasanya akan berlaku.

- Maka jika kita timbang-timbang antara sebab-sebab di atas, kita lebih setuju dengan bearish side berbanding dengan bullish side minggu hadapan. TETAPI dengan syarat bahawa selagi puncak ke 5 warna merah tu tak di sondol dari bawah.

- Oleh itu, sila berhati-hati dengan dia ni... samada dia ni bullish kembali atau bearish mengikut 2 ukuran fibo yang dah siap tu... kita jangka dia akan bergerak sangat pantas.


Sekian,
Wallahu a'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot