Ahad, 28 Februari 2010

^Cara Kawal Dinapoli Signal dan Target^

Nota : Jika anda telah mendownloadkan indi dan template tersebut, anda perlu edit "ZigZagLastLeg" indicator "Visualization" untuk "All timeframes". Harap maaf atas kesilapan teknikal...


Gambar1 - ZigZag 21
Latihan1 - Letak Fibo Expansion pada point 1-2-3

Gambar2 - ZigZag 55
Latihan2 - Letak Fibo Expansion pada point 1-2-3

Gambar3 - Combine ZZ 21 & 55
Latihan3 - Combine Fibo seperti dalam gambar

Salam Hari Ahad...,

Pada awalnya.., kita bercadang nak letak Dinapoli Signal Entry kat dalam suatu kolum atas tu.., tapi... kita teringat pesan cikgu porex kita dulu-dulu..., "kalo nko bagi signal, nanti mereka tak paham apa-apa pun.." ehiksss..!

So... sori lah ek, kekadang cakap orang tua tu betul jugak. Tapi kita tukar tajuk lain lah ye.., supaya tak ler hajat asal tu "terkambus" begitu saja.., jadi kita tukar kepada tajuk tu kepada "Cara Kawal Dinapoli Signal dan Target"... ehehehe!

Haaa... best kan bunyi nya..?? Kita yakin idea ni lagi bagus daripada terus suapkan pips dalam mulut.. tapi... kena kuat keje lah sikit, sapa yang rajin.. "tembikai" dia boleh gemuk2 dan berat2.. sapa pemalas maka "tembikai" dia kurus2 takde air ler.. kikiki!

Baik lah..., kita semua maklum bahawa Dinapoli Target dibina berasas kan kepada 2 indicator iaitu Zigzag dan Fibo Expansion. Hasil gerakan market dari pucuk ke pangkal atau pangkal ke pucuk Zigzag.., maka Fibo Expansion di gunakan untuk mencerap Entry level dan Stoploss level bagi sesuatu andaian trend yang berubah.

Kaedah ini lebih dikenali sebagai gerakan 1-2-3 atau A-B-C yang menjadikan point 1 sebagai static point, point 2 sebagai entry level, dan point 3 sebagai retracement @ Stoploss point. Tujahan harga melepasi level 2 di kira sebagai "continuation of trend"...Ini asas kepada gerakan mengikut trend. Trend is your friend. Hehehe...

Tapi masalah dengan Dinapoli Target ialah dia berubah-ubah level dia sebab dia ikut zigzag berubah .. tu yang kekadang bila buka chart.. kita jadi confuse.. hari semalam lain, ni dah lain.. betul tak? So.. how to handle with this..? Huhuhu...

  1. First of all... pergi download files mq4 dan tpl <<< (klik to link)
  2. Secondly.. tengok gambar kat atas tu, buat latihan amali sendiri.
Apa yang perlu anda fahami ialah line zigzag yang kaler tebal2 tu ialah "trend yang belum selesai secara rasmi"... dia automatik akan tukar kepada line dotdotdot jika trend tu selesai ( dalam fibo, pembalikan 50% adalah tanda previous trend siap). Selagi tak bengkok, selagi ituler kita aimed 161.8% or 261.8% even 423%..!!!

Dan kita mesti selalu ingat bahawa ZigZag 55 adalah lebih "dominan" dari ZigZag 21. Dan setting giler kentang ni adalah bersamaan dengan gerakan moving average 55 dan 21... kikiki... magic bukan??? Dan jika anda sedang memantau retracement, anda boleh gunakan line zizgzag tebal tu sebagai A dan B anda... sonang baito..!!!

Haaa.. faham kan?? Hehehe... semua dah terer sekarang, so carry on lah buat homework, kalau ada sebarang pertanyaan sila lah jawab sendiri... ehehehehehe..!!!

Sabtu, 27 Februari 2010

Dollar ... Looking Back


POUND COT/IMM Weekly Reports..
MasyaALLAH...!!!

EURO COT/IMM Weekly Reports..
MasyaALLAH...!!!

Current weekly chart
Friday 20 Nov 2009

Salam Sabtu 4ptg...

Sila klik kedua-dua gambar di atas (sorry tak jelas gambar tu di sini)... Adakah anda ingat tentang gambar dollar index yang dahulu pernah kita postingkan di dalam blog ini??? Ye.. kita upload gambar tu lagi sekali untuk peringatan dan rujukan kita semua... one more time..!!

Yes3x ..!!!... Dia akan terus naik pecahkan level 82 seperti yang pernah dia spikekan dahulu.. gambar tu jarang anda dapat lihat... dan kita yakin memang tak ade dalam mana-mana blog kat dunia forex ni yang pernah tunjukkan ianya berlaku... and now... kita semua dapat melihat ianya bukan "temberang"... it's real money babeh !!!

Auwww...!!! We nearly make it..!!! Don't gohead-gostan babeh..!!! Just follow the spikes going to..

Kita sebenornya ada melihat spike yang serupa pada lain currency pada waktu yang sama ketika itu... tapi... kita cuma dapat tangkap gambo ini sahaja, sebab sehari kemudian semua spike tu takde kelihatan lagi dalam chart.. :p

So... adakah kita mahu "kabur" lagi tentang kekuatan dollar selagi dia tak cecah 82???


Sekian, Wassalam....

EURGBP- end of FEBUARI Comments

EURGBP Comments

Perghhh... dia mendahului kita..., tetapi adakah dia terus meninggalkan kita di belakang??? kita harap tidak!.. oh! tidak! jangan tinggalkan daku~... ehehe.., syukur kepada Allah Taala dengan limpah kurniaNya forecast kita hampir mengenai sasaran, walaupun kita tak follow dia naik nie, but... nevertheless ia menghampiri setakat ini idea kita iaitu EG akan berpisah dengan GU, EU, GJ, EJ apabila ombak tsunami menghampiri pantai kelak... yes3x...!!!

Bulan Mac selalunya market akan agak tenang, tetapi in 2009 cerita dia dah jadi lain sebab market mencari bottom price, adakah in 2010 situasinya sama? Market mencari bottom juga? I'm sure not !!! This time market akan mencari topping price... dalam erti kata lain market mencari pullback dari kejatuhan sejak Oct-Nov 2009... dan kita sedar ramai sahabat yang lain sedang mengumpul "buy/long" untuk GU n EU di minggu akhir dagangan Febuari (bagi tujuan mengikut retracement yang dijangka berlaku).

Sementara kita semua tetap dengan shorts GU n EU hingga ke akhir minggu dan al-hamdullilah hasilnya kita semua dapat merasai nikmatNya yang begitu besar. Kita sarankan.., bawa balik sebahagian keuntungan tu semua dahulu untuk kita pegang-pegang, cium-cium hasilnya... kekeke...

Sebab ada yang tak pernah bawa balik untung dari start memorex dan at last jadi abu aje... hehehe... itu nasihat kita lah, kalo xmo dengo jugak.., nak tunggu sampai jadi Gunung Kinabalu baru nak bawak balik.. itu suka hati kamu lah... tapi kita nak bagitau satu rahsia dalam hal "kerezekian" ni...

Tuhan selalu bagi rezeki kepada kita semua ini dalam satu aliran yang nampak seolah-olah pada mata kita ini ianya hanya "sedikit-sedikit"... tapi hakikat sebenarnya ianya adalah dalam bentuk yang "konsisten"... kerja kita ialah kumpul/simpanan /gunakan yang "konsisten" tu, ibarat kata orang-orang tua dahulu... "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!"

Satu lagi pesan mereka ialah... "orang yang paling kaya ialah orang yang selalu duit dia habis digunakan (bagi faedah diri/keluarga/masyarakat).. orang yang paling miskin ialah orang yang asyik menyimpan aje duit dia.." maksudnya ialah sekiranya duit anda selalu kehabisan digunakan (bagi faedah diri/keluarga/masyarakat) itu tandanya rezeki anda memang mewah dan melimpah ruah... anda sahaja yang tak perasan !!

Tapi jika duit anda sentiasa cukup dalam bank or bawah bantal or dalam saku, itu tandanya rezeki anda gak itu aje... wakakaka~ magik kan? Cuba fikir betul ke tidak? Kalau orang ade duit itu tandanya dia dah cukuplah kan?.. so Tuhan tak akan tambah-tambah kan nya lagi... dah cukup, buatpe nak tambah kan lagi ye tak? Kuang3x... Oleh itu, jangan putus-asa... kalo rasa duit tu asyik habis aje.. bersolat lah, ber doa lah, ber hajat lah dengan Allah Taala...,

InsyaAllah berjaya anda memperolehi apa yang anda inginkan.. so nanti anda akan perasan rezeki anda sebenarnya sedang terus berkembang-tambah (walaupun nampak slow..)

Isshhkkk... melalut plak aku neh.. :P... So.., what next untuk EG nie ???

For 1st week Mac - Kita anggarkan kenaikan yang berlaku ini akan selesai samada di level FE 261.8=0.8977 ataupun di level resisten MTB 0.9011 -0.9053 untuk kembali mengambil pivot hari Jumaat (sila check sendiri) ataupun di level FE 161.8=0.8834. Please take note selalunya jika market ni nak "korner" best counter time ialah pada hari Selasa (sebelah ptg) atau malam Rabu nya ( it's mean hari Selasa mlm Rabu... faham, kan??)

JIKA view ini benar.., kita akan lihat candle "doji" atau something else yang kita faham itu adalah tanda reversal pada 1st week bulan Mac nanti. So.. then next weeknya lagi baru ler dia start kayuh basikal gaya ke"belakang"... uhuksss

For Mac - Kita prefer dia akan gostan sampai pecah-pecahkan semua support kaler hijau tu macam gajah mengamuk dan kita prefer dia buat "leg" baru di sekitar level 0.8600-0.8500... ehehehe... tapi PLEASE TAKE NOTE... jika dia terbang melebihi 89pips paras resisten merah 0.9053 tu... kira pandangan hamba yang dhoif lagi hina nie.. hampir2 invalid lah... faham ye..!??

Sekian, Wassalam..

Jumaat, 26 Februari 2010

Relax tunggu Settings...

EURGBP - Am I wrong?

Yes.. i am wrong to change from buy to sell as u all see for the last 48hours.. i'm sorry for that.. but we all know nobody perfect... qqq

U see lah picture above... that's why i'm changing my view... 5 count for bullish reversal... EG will come down to take pivot-x.. i believe that they will do it in early March... than we can buy forever lah... I just silap teka timing je... and they need to show us candle in Feb were bullish..! Only that tactikal lah i failed lah.

So.. i'm waiting to short lah.. to cover my losses Only.. ;p

Gold False break??

right now, i'm waiting they make u-turn and i made new fresh short OR i just wait my sL get hit and we can forget about whole projection below 1020 -0980

just wait...

GBP/USD - Makang Kacang dulu...


- most of our short from the higher high last year meets target already heh??? it's a good time to take profit all our shorts between 1.62-1.53 and hold above 1.63 level

- i tell you, it would not stop here babeh... it just a tompek isi minyok...

- just follow trendline bawah jika dia pullback (dlm tf kecik).., untuk mengeshort pecahkan 1.5180-1.4980 and run after that, itu hanya untuk confirmkan view kita yang dia nak teruskan perjalanan ke Singapura lepas isi minyok

EURUSD - False Break..???

10:30am Jumaat....
- dont do anything
- ....just watch.... but...
- lukiskan trendline sebelah bawah sperti biasa
- kuang3x.. i luv it..

Khamis, 25 Februari 2010

Bear Market Armageddon

________________________
Prechter sees commodity prices
FALLING

this year into next.........
~Just for u~

Bank-in Your Profit

-------------------------
Khamis 12:30 tghari

Arahan
  • JIKA ANDA RASA GEMBIRA... Bank-in Sebahagian Lagi Profits
  • ENJOY YOUR PROFITS (bayar bil, bayar hutang, belanja makan)
  • TINGGALKAN... Posisi paling atas
  • NEXT-ROUND... dalam tempoh 13jam lagi...
Selamat Meyambut Maulidur-Rasul
------------------------------------------

EUROPEAN OUTLOOK FEB 25TH 2010

Why Gold Will Keep Falling: Currency Strategist

“The easy answer for why gold is expected to come down more is partially because of the dollar’s upside potential, as the Fed reduced liquidity without actually having to raise rates,” Laidi said




EG - Short

-------------------------------
Malam Jumaat.. 12:3o tgh mlm
Currently Price at 0.8868
Kita kena kick-out already.. nvm :-):--):---)
-------------------------------
Subuh Khamis 3am...
  • Kita letak pending short pada pivot hari ini (Rabu)...
  • Jangkamasa 13-21 jam... tgk macam mana nanti...
Wasalamm

Selasa, 23 Februari 2010

Standby...

Asian Stock Markets continue to trade lower

Nikkei -1.84 % Kospi -1.32 % Shanghai Composite -0.22 % and the Hang Seng in Hong Kong -1.07 % Dollar Yen at 90.20/23
Rabu 10:30am
_________________________________________________



EURGBP -jam 8:00pg

1. Buy stop cancelled...
2. STAND-ASIDE UNTIL FURTHER NOTICE

EURGBP -jam 1:00pg
1. Semua Long terdahulu, telah di tutup
2. Saje try.. buy stop di pivot... esok tgk amacam

EURGBP -jam 5:15ptg

Gold -jam 5:05ptg

GBPUSD -jam 5:05ptg

AUDUSD -jam 4:45ptg

EURUSD -jam 4:45ptg

Ahad, 21 Februari 2010

Kenapa Saya Tak Buat Kelas...


Salam Ahad 2ptg..,

Kita menerima beberapa email bertanyakan perkara di atas, sebab kita malas nak balas satu-persatu, maka kita bagi sekali jalan aje jawapan kita supaya mereka tak bertanya lagi... berikut adalah jawapannya... eeeehikss...

  1. Sebab saya kurang hensem... wakaka, ehek btol ape? Anak-anak kita yang bagitau, tapi isteri kita cakap kita hensem sikit aje..., so kira tak hensem lah tuu... ehehe
  2. Sebab saya trade guna fibo dan pivot level... heh? Takde yang istimewa kan? Buatpe nak charge orang suruh tengok fibo ngan pivot level, benda tu free aje... nanti orang mesti boring punya siap sumpah seranah bila rugi trade... ehehehek
  3. Sebab saya kurang kaya dari diorang yang selalu buat seminar... kihkihkih, weiii betul ape? kalo nak buat seminar kena booking hotel lah, buat slide lah, bikin projektor lah... aarghh leceh tu semua, kan? Banyak wang mau bikin tuu... uhuks
  4. Sebab saya suka perhatikan orang... hihihi, yelar sapa lah yang suka orang perhatikan dia ye tak? Kalo suka perhatian orang, lebih baik jadi penyanyi cam Mawi... ehehehe, rimas ler kalo orang dok perhatikan kita dan dengo cakap kita je... cam badut plak rasenya...
  5. Sebab saya tak pernah layak masuk maktab perguruan... ek? Orang yang boleh buat seminar ialah orang yang kelayakan akademik nya tinggi sikit ler, pernah masuk U ke, pernah keje kat institusi bank dan bursa ke, pernah bla,bla,bla ke,.. kita takde apa-apa pun, sijil SRP dan SPM ade lar... kang kene gelakkan orang je kalo bagitau kita keje online trade market forex... wakakak... pengsan kang orang bila dengo... ye tak?
Itu ler jawapan rasmi kita... ehehe... nevertheless, percaya dengan ketentuan Allah Taala, taat pada perintah Nabi dan Rasulnya Muhammad S.A.W, dan yakin, solat, doa ,sabar adalah tunjang kejayaan bagi setiap pekerjaan dan kehidupan.., tanpa itu semua.., nescaya pincanglah hidup kita di dunia ini serta di akhirat kelak pastinya...

Sekian, Wassalam..

Gold.. bye2xx

GOLD Comments
Mereka gelak pada kita, mereka hantar email bagitau kita ni giler, tapi last Jumaat mereka baru tau, langit tu tinggi ker rendah... :p... failure menutup pada harga atas 1121.75.. Gold akan tetap menuju ke pusingan haid yang seterusnya... kikiki... uhuhu... jangan hepi dulu.. kontrol hensem aje.. too early nak gelak kan orang... ehehehe.. oppss!! sorry...

Misi seterusnya:-
Gunakan teknik yang sama... short bila trendline sebelah bawah patah...

EG - Cepat Turun, Cepat Naik(2)

EURGBP Comments

Ini adalah kali ke tiga dia berusaha memecah benteng 0.8850, perhatikan RSI tu, double trendline sebelah atas, jika BERJAYA tembus, tidak syak lagi harga akan di lambung ke 0.8985, level 0.8850 juga adalah stoploss Dinapoli 55.

Harus juga kita ingatkan, jika GAGAL usaha kali ini, kita perlu menutup semua posisi long kita dengan serta-merta, kerana dia pasti akan kembali jatuh dan mungkin boleh menuju lower monthly level 0.8420.

Misi kita minggu depan ialah
1) Stay dengan uptrend view jika 0.8850 berjaya ditembusi
2) Reverse to short jika gagal di 0.8850 untuk menuju ke 0.8420

Sekian, wassalam.

Sabtu, 20 Februari 2010

USD - End Week Feb 2010

NZDUSD Comments
Pembentukan head n shoulder... 2x short baru boleh nampak bentuk ni... short kali ke tiga hendaklah dilakukan pada level 38.2% dan jika level 61.8% pecah kembali sila pastikan RSI memang sedang menjunam ke bawah supaya kita pasti momentum dia kuat untuk memecahkan pula level 76.4% dan 100.0% dan seterusnya... TETAPI sila stand aside jika lonjakan yang sedang berlaku ini terus melebihi paras 23.6%... itu nanti kita ceritakan kemudian... ;p

AUDUSD Comments
Macam kangaroOo yang sedang tertido ayam... bingkas naik setelah perasan kepala dia nak cecah lantai... kah3x... kita bagi dia main pusing-pusing sebelah atas lagi satu round, dia nak touch 0.9050 pun takpe, kerja kita follow lagi sekali dan kali ini kita takde bagi kesian lagi, jatuh balik below 0.8850 kita hentak dia cukup-cukup... eeee... geramnye aku..!!


USDCHF Comments
Serupa kedudukan dia macam EU.., sekarang dia tidak stabil, mula dah berombak-ombak yang kita percaya dia steam sangat nak buat correction ke bawah... kuang3x.. tapi bukan semudah itu brader... dulu dia bikin dollar amacam??? Sekarang time orang belasah dia kaw-kaw... over bought bukannya satu masalah... itu boleh bikin adjust punya... kikiki... setakat ini kita masih percaya dia boleh bikin gempaq pecah level 1.01 sebelum correction berlaku...

EURUSD Comments
Kita dah try beli pada minggu lepas.. tapi dia macam berat bontot nak naik.. keke... jadi kita short ler ... aikk menjadi pulak... kiki... tapi dia dah mula start buat ombak-ombak kecil nak naik ni.. so kita semua kena hati-hati sikit masa nak short minggu depan... jangan short kat kepala dia... danger... manalah tau dia steam ikut EG terbang... naya pulak kita nanti... short hanya dibenarkan bila trendline di tf kecik 30m-15min patah... dan jangan bullishkan dia selagi 1.3838 tak pecah... kita jangka dia boleh sampai 1.33-1.31 or even 1.29 dalam masa terdekat neh..

GBPUSD Comments
Nahhh!! Kawkaw... ehehe... ini pun lalat masih bising... lalat tak tau pair ni boleh habiskan semua margin yang dia ada.., pedulikan lalat-lalat tu... stay dengan down trend... follow dari belakang... ini bukan masanya nak jadi superman... :p... hujung tahun nanti baru ler dia tau... :-D


...loading

Yens - End Week Feb 2010

JAPANESE YEN (Contracts of 12,500,000 yen)

Date||||| 2/16 | 2/09 | 2/02 | 1/26

Long||||| 35,691 | 41,352 | 30,177 | 28,821

Short|||| 21,779 | 18,956 | 23,042| 33,168

Net||||||| 13,912 | 22,396 | 7,135 | -4,347


Nota Jangan Konpius... kikiki
# Long Yen maknanya menjual xxx/yen
# Short Yen maknanya membeli xxx/yen
Harap maklum..,

USD/JPY Comments
Touch 92 seperti yang Dinapoli arahkan minggu lalu, monthly upper breaker range. What next? Speculator sell yen vs kita pula pergi beli. Bunyi macam menakutkan. Bunyi macam salah jalan kan? Eeeee... cuba tengok data COT kat atas tu... eee memang speculator sedang jual yen. Kita tak mahu ikut mereka, kita akan suruh mereka ikut kita. Kikiki...

Tapi.., kita ada reason tersendiri, cuba lihat data itu... untuk bulan Feb (sahaja), cuba kira sendiri, total long =107,220, total short=63,777, so total net=43,443 bermakna mereka masih pegang long dan kita tahu mereka pegang posisi untuk suatu jangkamasa yang agak panjang.... ehehehe... kuang3x

Jadi tak ler meleset jangkaan kita, kan? Betul tak?... ermm,ermm... :p

EUR/JPY Comments
Stay dengan down trend. Memang nampak macam bentuk "W", tapi kita yakin dia akan failure. Jika kita lukiskan channel seperti yang kita buat dalam GU minggu lalu... kita akan tahu down trend EJ ini belum selesai. Ini only corrective move. below 120 adalah next down trend target. Kerja kita ialah cari resisten daily dan follow dengan trendline sebelah bawah dan short bila break down...

GBP/JPY Comments
Stay dengan down trend. Last week dia test 143 kemudian dia down. Kita tak mahu ubah view. Dia memang boleh jatuh below 138 kemudian ke 132. Kita follow dia dengan trendline sebelah bawah. Dia akan test 143 sekali lagi mungkin, tetapi akhirnya menyerah ke 140.50 yang membawa dia terus ke bawah 138 dan kemudian ke 132.

AUD/JPY Comments
Stay dengan down trend. Dia cuma bouncing dari monthly lower range ke upper range. Aussie memang keras cam kangarooO... tapi sekeras-keras kangarooo, bila penat melompat dia akan terseleput juga.., dia memang boleh spikes lagi ke atas, tapi kita ingat tak akan lebih dari 84.20. last short dia jatuh nearly 1000's pips, now kita predict dia boleh jatuh below 79-73. Sabar aje dengan kangarooo sepet ni.... eeehikss

CAD/JPY Comments
Dengan eksennya dia tembus monthly upper range, mari tengok betul ke dia terer sangat nak terobos lebih ke atas atau terus rebah tak boleh bangun lagi??? Dari 88 boleh tak direct ke 77?? Mari kita lihat dengan lebih dekat nanti. Sekali lihat.., naik pada level suku-suku ni (76.4, 50, 21.4) reversal dia pun akan kene level suku-suku gak.. :-) Kita predict dari sini dia boleh jatuh 1st ke 50%, kemudian pullback sekejap, nanti sambung jatuh ke 76.4, dari situ kita dah boleh nampak bentuk "M"... yang lain nanti kita sambung citer dia... eeeeehikss

NZD/JPY Comments
Dia naik pada level di mana pada last 2 month level ini ialah level Dec break up dan Jan break down... biasanya jika pada pattern sebegini, ade counter betting yang buka harga suruh orang letak betting 100usd dengan soalan yang mesti di jawab yes or no ialah "boleh tak harga melepasi paras ini (64.50)?? Jika jawapan peneka betul, mereka akan bayar 170usd, tapi kalau kalah mereka akan di[pulangkan cuma 10usd... ehehe... kita pilih broken trendline sebelah bawah kita akan open short... wakaka.. uhuksss

Jumaat, 19 Februari 2010

Nikkei Today

Closed 10,123.58 -212.11 ( - 2.05%)
12tghari
10pagi

Khamis, 18 Februari 2010

Cara Counter Pullback

(11:00mlm) Pastikan RSI dan Fibo Level

Esoknya (8:00am) Hasilnya...


Salam 11mlm... Jumaat
  • Seorang sahabat bertanya tentang cara yang betul untuk counter balik pullback... eee, ni yang malu nak tunjuk neh.., tapi takpe.. ni kali aje tunjuk, lain kali tak tunjuk lagi... ;p
Kita ambil contoh GOLD, sebab kita suruh tutup dan perhatikan pullback.., jadi kita tunjuk dalam gambo tu kat atas.., first mesti recognize RSI, 2nd baru Fibo level (sebenarnya fibo tu kita letak terbalik supaya orang faham tentang level overbought, 70-80 RSI, 78%-76% Fibo, so harap faham ler)..
  • Target sebenar dia ialah bila kita letak fibo level 100% tu hala ke bawah, so nanti nampak 138,150,161...
Sekian, Wassalam..

Closed..??? Why...

(2) Gelek-gelek time
update view 8am 19/02/2010

(1) Rest time

Salam pukul 10 mlm... Jumaat,
  • kita tunjukkan gambar GU 9:45mlm sebagai contoh rujukan;
  • kita rasa semua faham, ini taktikal sahaja..
  • if broken level 1.5525, kita estimate next week dia ke 1.53-1.51, so.., kita boleh rehat dulu..; otherwise dia masih ranging dalam channel
Sekian, wassalam

EAU - SURRENDER

Salam jam 2pagi, Khamis 18hb
  • Sorry geng!... Kita surrender dengan pair ini... ~uwaaa~
  • Semua 25post bangkrap malam nie... ~uwaaa~
  • Kita akan lihat kembali kemudian, setelah luka sembuh sediakala..
Sekian, Wassalam...
  • NangeSSS...
  • ~uwaaa~uwaaa~uwaaa~

Rabu, 17 Februari 2010

GBP VS USD & JPY - Makang Kacang dulu...



~...Makang Kacang Dulu...~

Nikkei

Salam hari Rabu 2ptg..
  • Harini kita nak bagi alert tentang semua pair xxx/jpy dengan berpandukan kedudukan Nikkei yang sedang buat retracement (ni view sdn bhd).. muah-muah-muah.. JIKA view nie betol maka semua daripada kita akan sama-sama terjun dan henjut xxx/yen kuat2 nanti... eeeeehikSSS
  • Probably trend retracement dia, kita cakap INSYA ALLAH AKAN siap sehari dua lagi... eee... jadi semua xxx/yen pun akan siap juga ler retracement dia... keje kita hanya tunggu "topping bias" je... buat masa nie kita dah letak view GJ.. and please... jangan mengong pegi short dia sekarang... kuang3x.. rilex brader...
  • Mari kita semua lepak diam2... kita tengok 48jam mulai sekarang, ada tak "bias topping" untuk semua xxx/yen... kalo ade, mulut tu kasi katop dulu... ehehe... sorokkan gigi beruang tu dulu... ehehe... buat trendline... marking high dia...
  • JIKA jatuh dari trendline yang kita buat tu... letak short pelan2... take profit dulu, kemudian tgk "topping" tu pecah balik tak bila dia pullback... jika pecah kembali, kita kira belom lagi ler dia nak turun..., kalo TAK pecah... muah-muah-muah... alopak agogo!!!
  • Itu ler projek 1st kita untuk next 48hours untuk semua xxx/yen.

Sekian, Wassalam...
Jual di resisten...

I'm Alive... Yeeehaa...!!!

Eeeee... GU Stoploss Hits... Enjoy the profits!!!




Dibawah adalah peluang2 yang terbuka luas... Enjoy.. YeaaHHH!!!

EG - Nice heh??

Aussie - U know lah what to do

Laluan BASssikal
91.20 >> 90.50 >> 88.20


SSSabar... i'm will flying very high...

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot