Memaparkan catatan dengan label AUS-NZD-CAD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AUS-NZD-CAD. Papar semua catatan

Khamis, 8 Julai 2010

AUDUSD - Our Next Projections


Salam petang Khamis..,

- Kita akan pasang short bilamana ada tanda nak reverse di 4hr atau 1hr atau daily... dia sekarang berada di 50% setelah bounce di 23.8%... jika zigzag correction ini siap dengan kiraan 5.. kita percaya dia tak cukup tanah bila turun nanti...

- Projections bulan ini dan bulan depan kita jangka ke below 0.8080...

- Anyway... amik profit pada setiap level fibo di bawah tatkala dia jatuh kelak adalah taktikal yang paling bagus kita gunakan sebab kita nampak banyak gak support dia nak tembus tuh...


Sekian, Wassalam
"Jual di resisten, beli di support"

Selasa, 6 Julai 2010

NZDUSD - Our next Projection

Salam 5:30ptg Selasa...,

- Hehehe... kita rilek-rilek dan lepak-lepak buat masa neh dengan pair NZDUSD neh, sebab kita semua dah berjaya melayan 2 retracement dia bulan lalu... tak lama lagi kita akan berjumpa dengan kemungkinan dia meneruskan terjunan tanpa payung terjunnya tatkala semua orang mula forecastkan dia naik... hehehe

- Rujuk chart di atas... next projection kita ialah 161.8% ikut fibo kaler merah....

- Dan... kita mengharapkan dia "terpeleset" sehingga ke 261.8% pada tahun ini....

- Hehehe... sediakan jajan sebelum kehabisan... dan biasanya kita kena bertahan dalam jangka waktu yang agak lama sebelum semuanya menjadi kenyataan... oleh sebab itu... money management adalah sangat penting untuk menjalankan trade ini... sesiapa tak sanggup sila lah angkat kaki dahulu setiap kali dia sampai ke S2 daily... hehehe


Sekian, Wassalam...
"Jual di resisten, beli di support"

Sabtu, 26 Jun 2010

UCAD... Peluang Baik...!!!

Salam hari Sabtu....

- Perghhhh...!!! Dia bounce di level yang kita tandakan... toing 3x..!!! Itu sudah kira peluang bagus dan kita lihat dia bikin 5 zigzag kocik2 ke atas sebelum dia turun masuk balik dalam channel dan kita memang lihat dia ada tinggalkan pivot hari Rabu...

- Now... kita ado peluang baik... jika hari Isnin ado gap ke bawah dan pivot Isnin dia tinggalkan sebab gelojoh nak amik pivot hari Rabu ... Kita akan cuba "beli forever" dengan "motto" kapcai kita iaitu "membeli di support untuk menuju ke resisten" di zone (2) yang kita tandakan...

- Sayugia kita ingatkan bahawa ini trade swing... breakdown below zone (C), dia kita kira pair ini belum bersedia untuk start mendaki puncak Himalaya... TETAPI jika berjaya bertahan pada Lower LeveL bulan ini, maka usah lah bertanya padaku ke mana ianya akan pergi... muah -muah -muah... uhukkkk !!!!

Sekian, Wassalam..,,,
"Beli di support, Jual di resisten"

Isnin, 21 Jun 2010

AUDUSD - Tunggu daku...

Salam petang Isnin...

- Malam tadi Brasil menang 3-1... wakaka eh eh... tgh hari nie kita tengok semua posisi Aussie kita nie ijauUuuu... kui3x... so jangan citer bebanyak... eat lah babeh... dia retrace aje neh... eh... mana pergi monyet-monyet yang cakap dulu Aussie ni nak terus jatuh?... Ehehe

- Okey... kita akan perhatikan Aussie ni pada level yang kita bulatkan tu untuk 2-3 hari nie... either di fibo ret 61.8% or 76.4% nanti dia akan bagi signal untuk U-turn balik semula... di situ kita akan short kembali... ehehe... lama lagik kot? Tunggu dia abess pusing-pusing sampai pening

- So untuk sementara nie ... kita lepak tepi makan pisang dulu... tahniah kita ucapkan yang berjaya "menculik" 600pips movement... yang masih tak berjaya lagi mengumpul pips tu... sabar ler menanti...

Sekian, Wassalam
"Beli si Support, Jual di resisten"

Selasa, 20 April 2010

USDCAD - Trade Setup


Rabu 10:00am - An Update
Currently... Kita dah beli pada harga 1.0050 - 1.000
Kita percaya... InsyaAllah dia akan buat pattern begini


Salam pagi Selasa..,

  • There is an opportunity buy setup for UCAD... tapi kita agak2 ianya akan berlaku pada penghujung waktu USA hari ini.. ada beberapa kriteria yang kita perhatikan...

1) Sekarang..., dia tengah tutup gap semalam
2) Nanti..., dia akan bayar pivot semalam
3) Fibo level..., Friday-Isnin HiLo

  • Target kita ialah dia menembusi channel di atas tu untuk mencari Fibo 127.2 & 161.8.. jika terlebih ke 205.8... kita tidak syak dia akan berjaya ke 261.8...

Sekian, Wassalam,,,

Ahad, 18 April 2010

AUD/USD - Back Down Under Trendline




Salam petang Ahad..,

1) Ini lagi satu pair buah rambutan yang kita ada... peh..! Yang paling degil dan yang paling kita benci... sebab buahnya banyak sangat... sakit mata + sakit hati tiap-tiap minggu tengok dia... orang cakap.., kita selalu banyak untung.... heh???

2) Mana ade niaga yang tak pernah rugi..? Semua jenis niaga mesti ada untung dan rugi.. cuma cara nak bertahan dalam kerugian aje yang membezakan antara seseorang peniaga.. itu lah gunanya leverage... itu adalah mengikut pengalaman tahun 2008... sejarah tu adalah pelajaran.

3) Sama macam USDCAD... mereka berdua nie begitu optimistik. Kita hanya bertahan dan bersabar... tapi hati sakit juga... ehehehe... tidak mengapa... masanya akan tiba juga... selagi kita yakin dia akan tersungkur... kita akan bertahan dengan short yang ada...

4) Kita jangka dia akan melorot turun hingga SMA55 untuk target yang pertama berdasarkan pattern yang kita tunjukkan dalam chart di atas.

Sekian, Wassalam...

USDCAD - Don't Chase Yet

Salam hari Ahad

1) Jumaat lepas... ucad buat magik... geduzz.. !! Kita happy bukan kepalang..., sebab seperti yang anda maklum..., kita telah menanam pokok rambutan yang telah berbuah merah sejak akhir Febuari lalu... peh..!

2) Banyak merah... tiap-tiap minggu tengok.., rasa jantung mau tercopot.. kita pun sebenornya tak sedap hati gak.., sebab kita tau mereka yang ikut view kita yang tak menjadi tu... mesti rugi... maafkanlah daku... uhuhuu...

3) Sekarang peluang tu seakan-akan terbuka luas... TETAPI... mengikut pattern tak ikut piawaian antarabangsa yang kita tunjukkan dalam gambar tu... dia akan gostan... OLEH ITU simpan dulu niat nak membelinya...

4) Beri masa dia dalam seminggu dua ni... mungkin minggu terakhir April atau awal May kita pasti akan mendapat satu "kaki" W yang boleh bikin dia terbang melepasi paras 1.07-1.08 dengan bergaya...

5) Gerakan yang berlaku sekarang.., kita rasa limited ke 1.0250-1.0350 sahaja. Stay tune...


Sekian, Wassalam..
Beli di support, Jual di resisten

Rabu, 31 Mac 2010

Contoh Lagi... Belon

Rabu 12:30tgh
  • Ini contoh lagi... camne belon/buble yang terbentuk yang boleh kita lihat
  • Belon tu mesti ada had untuk mengembang, kalau dah terlalu mengembang, dia mesti meletup, POP..!!! Opocot..!
  • Begitu juga dengan harga-harga dalam market, dalam tempoh-tempoh tertentu, harga mesti retrace untuk bagi belon tu kembang kempis cam hidung kita lah gak... wakaka..
  • Januari hingga March... Aussie masih dalam range yang sebegini... agak-agaknya lah, bagaimana kah rupa candlestick Q1 2010 dia neh.. berbanding dengan candlestick dia bagi tempoh Q1 hingga Q4 2009... ??
  • Ahaaaa~... ting 3x! Pergi buat homework....

Sekian, Wassalam
Jual di resistence, Beli di Support

Khamis, 25 Mac 2010

AUD/USD - Decisions

Salam KHAMIS 12:30tghri..,
  • Setelah dia jatuh dari 0.9250... kini hanya tinggal beberapa puluh pips aje untuk dia menggagahkan diri mendaki bukit setelah kita tetap mengeshort dia walaupun dia tetap naik... pehhhh...,
  • Antara beza AUD, EU n GU.., AUD ni sekarang berada zone sebelah di atas, sementara GU dan EU sedang berada di zone sebelah bawah..., so jangan "confuse" dengan situasi mereka bertiga...,
  • Harini... jika di pivot ini dia start jatuh, kita rasa itu dah kira oversold di S1 @ 261.8% dan of course lah dia boleh melorot ke S2 @ 333.0%
  • Dari situ dia boleh naik balik ke... R1 sebagai retracement.
  • Tetapi jika dia harini dia tak gostan di pivot tetapi terus naik ke R1 dan bertenggek di zone atas 23.6%... jangan tekejutz jika pada minggu-minggu ke hadapan... dia boleh pecahkan zone 0.9300 dan of course lah dia akan jadikan harga 1.000 AUD per dollar sebagai target dia dalam Q2 nanti..

Sekian, Wassalam...
Jual di resistence, Beli di support

Ahad, 21 Mac 2010

AUD/USD - Khas Untuk Farid... :P

------------------------
Selasa 23/03/2010
An update Chart

- indecision view-
------------------------




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Salam larut malam minggu..,

  • Sebenornya.., kita dah bagi view tentang AUD/USD ni minggu lalu, tapi sebab Mr. Farid mungkin terlepas pandang atau mungkin dia risau sebab pair ni tak gerak macam yang kita semua hendak, maka lagi baik kita bagi view kenapa dan mengapa kita perlu short dia neh... dari segi teknikal.

Weekly view
  • Ini gambar dia dari end 2007 hingga minggu lepas.
  • Sila perhatikan trendline dia tu, both inner dan outer, dan kedudukan harga sekarang, kemudian perhatikan lokasi dia breakout dari bawah bulan Feb 2009 setelah berjaya bikin bentuk W... dan perhatikan pula nilai dan target yang dia dah archived.
  • Untuk informasi, bila kita jumpa W atau inverse head n shoulder, normal target ialah 100% jugak dari puncak tengah ke bottom W tu... maknanya... 200% total dia naik dari bottom. Kalo tak faham gak tengok gambo tu, kat situ ada tunjuk dari mana bottom dia dan mana puncak tengah dia...
  • Tapi dia tak korner di situ (205.8%).. Why? Sebab Aussie naikkan interest. So dia rally extanded ke 261.8%... Persoalannya kenapa di atas level 205.8% nie Aussie naikkan interest 4x dah.. tapi harga tetap berpusing-pusing turun naik 261.8% ke 205.8%?
  • Ini mungkin menandakan ada fundamental dia yang "fatal-error" di kemudian hari. You cakap ekonomi you sangat bagus.. tapi I nak tanya you kenapa sejak naikkan interest harga duit you macam tak di appreciate? Why?
  • Semak balik posting terdahulu pasal dia naikkan interest... kita dah tulis benda ni bulan lepas kot?...

Daily view
  • Macam kita cakap dalam last posting pasal dia neh.. dia bikin bentuk W kat daily, yelah bikin W mesti lah kita pun risau sebab kalau menjadi W ni.., boleh hangus semua short position kita... tapi...
  • Cuba kira berapa kali dia dah try test cuba bocorkan bumbung dia tu? 5x try masih gagal..!!! yang latest ni tak tau lagi ler... itu kira tanda soal. Berapa kali pulak dia test pecahkan lantai bawah dia? Baru 2x beb..!! Kalo kita totalkan semua try-try tu.. semua ada 7x try (5+2=7)...
  • JIKA yang last try ni juga gagal maka yang ini kita kira 8x try... maka yang nomo 9 (kat bawah tu) tidak syak lagi akan bocor. Ini kita panggil gerakan "King-Crown".. ini teknik lama, orang dah tak pakai istilah ni... so perkara try and failure ni satu bab lah dari segi teknikal...
  • Satu lagi hal ialah tentang W... kita selalu ingatkan.. JANGAN beli W di kawasan yang kita maklum sebagai resisten.. kenapa? Sebab kaki last dia tu selalunya kurang dalam... bila kurang dalam.., kejap aje dia sampai level ext 261.8% dan 423.6%. (Lihat fibo kaler kelabu tu)... memanglah dia boleh terobos lagi tinggi... tapi itu kenalah add lagi level 685.4%.. tapi itu sangat jarang berlaku.
  • Sila tonton video di sini for more ideas. (klik ayat tu)..

RBA vs AUDUSD
  • Baik..., itu semua kat atas tu dari segi teknikal.., yang ini pulak data bank pusat Australia sendiri mengenai pegangan dia dalam AUDUSD. Tengok betul-betul sebab gambar ini kita akan delete... anytime!
  • Data tu dengan jelas menunjukkan bank pusat mereka menjual duit nya sendiri ketika ini. Ingat ayat ni... "Bank Pusat mereka jual duit mereka sendiri." Haa.. simpan memori tu..
  • Seperti tahun 2008, mereka jual, kemudian bila harga jatuh, mereka beli kembali... now mereka buat sekali lagi, dan mengikut laporan terkini adalah dipercayai mereka di bulan Mac ini menjual dalam jumlah yang lebih banyak daripada bulan Jan dan Feb yang lalu..
  • Jadi... kalo bank mereka sendiri pegi jual, nko nak beli ke? Banyak duit ek? Kikiki....
KESIMPULAN
  • Bila kita memorex... pertama-tama sekali ialah untuk menyelesaikan masalah kita sendiri, ye... ramai dari kita memorex sebab kita ada banyak masalah ... ehem... xyah sebut.
  • Tapi ada juga yang memorex sebagai karier dia, so maybe karier untuk diri dia sendiri sahaja ataupun dapat buat rekod supaya di lain masa... mungkin boleh cari "client".
  • Walau apa sebab pun kita memorex, kita sesekali jangan lupa, buat tu, mesti berpada-pada asal tidak menghampakan diri sendiri atau "client" mereka.
  • Jika kita memegang amanah orang, jika boleh, kita trade cara selamat, jika trend melawan trade kita.., get-out..! Jangan swing.., takut-takut semua amanah orang lebur begitu aje, kasihani lah mereka.
  • Dalam kes AUDUSD, saya guna wang sendiri, saya tak ada "client".. so saya "risk" kan duit saya sendiri... jika hangus, saya kena tanggung sendiri.., itu "fair" bagi diri saya..
  • Tapi... jika amanah orang... apa kita nak jawab?
  • So.., Mr. Farid. Harap berpuas hati dengan jawapan di atas tu semua. Keep up hardworking. Dan JANGAN berputus-asa, jika memang rezeki kita pada tahun ini, AUDUSD akan jatuh jua seperti yang kita harap. Amiiiinnnnn....!

Sekian, Wassalam..,
Jual di resisten, Beli di support

Rabu, 17 Mac 2010

KangarOo bikin W

Salam nak maghrib...
  • Satu pair yang bikin hati panas ialah AUDUSD... sehingga harini kita masih pegang short di paras 0.9090-0.8990.... tapi sekarang harganye di paras 0.9220... ini betul2 bikin pusing kepala... dan sekarang daily dia bikin dengan jelas bentuk W dan kalau betul2 dia menjadi... dia tak akan pandang belakang lagi.... dia mesti test harga 1.0000..
  • Dalam tahun 2008... apabila kita mengeshort dia dari 0.93 kemudian jatuh tetapi naik kembali hingga 0.98... kita hampir2 putus asa... rasa macam nak sorokkan muka bawah bantal aje masa tu... tapi... Tuhan tu Maha Kaya... lepas tu pair ini jatuh macam nangka busuk... gedebus hingga 0.60...
  • Tahun ini sama gak rupa dan gaya dia... mereka optimis dia akan pecahkan 1.0000 sebab tahun 2008 yang lalu projek tu tak menjadi... tahun ni mesti jadi punya... uhuhu... tapi kita xmo ikut idea mereka... sebab
  • Waktu 2008 kita cakap turun, mereka cakap naik... akhirnya gedebuk jatuh. Waktu awal 2009 kita cakap naik, mereka cakap terus turun... akhirnya dia sampai dah harga di zone sini... so... what for nak ikut cakap mereka? Mereka tu carry trade... itu cara yang tak boleh kita guna dalam era deflasi... zaman kuncup...
  • Interest rate (riba) akan membinasakan sistem kewangan dunia..., ini adalah zaman perubahan, mana ada negara besar yang naikkan interest sekarang ni..?? US pun tak berani doh, kita dapat lihat baru semalam aje... ini Australia, kita boleh jamin... bulan depan dia pause kan interest rate.. yang baru naik itu kira last hike..
  • Dan waktu tu, semua jenis hedge fund company yang buat carry trade boleh bungkus bisnes mereka tahun ini...

Sekian, Wassalam....

Isnin, 8 Mac 2010

UCAD - 2nd Week MaC


Bersedia untuk counter trend... kita doakan... InsyaAllah selamat berjaya kepada semua
hingga ke anak-cucu... Amiinnn....

Rabu, 3 Mac 2010

UCAD - Tengok-tengok dulu

Salam Rabu... 2ptg

Kita pernah tulis tentang UCAD neh tak berapa lama dulu, cuba semak balik... Kita tengok-tengok dulu dalam sehari dua ni, biar dia abaess kan salam pivot X yang last kat bawah tu, kemudian baru kita lihat peluang counter ( jika ada )...

Sekian, wassalam

Selasa, 2 Mac 2010

Aussie- Break UP or Break DOWN..???

Salam Selasa 12:30tghari...

Australia harini menaikkan kadar faedah mereka lagi setelah mem"pause"kannya bulan lalu. Adakah setiap kenaikan kadar faedah matawang mereka boleh melonjak naik?.. Cuba perhatikan gambar di atas? Adakah patut pada kadar 4% sekarang, tetapi dia di layan seperti pada kadar interestnya semasa 3.25%...???

Tentunya kita tertanya-tanya.. ke manakah arahnya selepas ini? Mampukah lagi KangaroOo melompat tinggi?? Soalan kita ialah mampukah dia melepasi paras tertinggi ketika interest nya adalah 3.75%??? Jika boleh .. it's ok... sebab rate tinggi harga mesti lah tinggi ye tak?? Tapi ... apakah rasional nya naikkan interest tapi harga nya tidak di hargai???

SeSama kita tunggu ye.. uhukkss...

Wassalam...,

Sabtu, 20 Februari 2010

USD - End Week Feb 2010

NZDUSD Comments
Pembentukan head n shoulder... 2x short baru boleh nampak bentuk ni... short kali ke tiga hendaklah dilakukan pada level 38.2% dan jika level 61.8% pecah kembali sila pastikan RSI memang sedang menjunam ke bawah supaya kita pasti momentum dia kuat untuk memecahkan pula level 76.4% dan 100.0% dan seterusnya... TETAPI sila stand aside jika lonjakan yang sedang berlaku ini terus melebihi paras 23.6%... itu nanti kita ceritakan kemudian... ;p

AUDUSD Comments
Macam kangaroOo yang sedang tertido ayam... bingkas naik setelah perasan kepala dia nak cecah lantai... kah3x... kita bagi dia main pusing-pusing sebelah atas lagi satu round, dia nak touch 0.9050 pun takpe, kerja kita follow lagi sekali dan kali ini kita takde bagi kesian lagi, jatuh balik below 0.8850 kita hentak dia cukup-cukup... eeee... geramnye aku..!!


USDCHF Comments
Serupa kedudukan dia macam EU.., sekarang dia tidak stabil, mula dah berombak-ombak yang kita percaya dia steam sangat nak buat correction ke bawah... kuang3x.. tapi bukan semudah itu brader... dulu dia bikin dollar amacam??? Sekarang time orang belasah dia kaw-kaw... over bought bukannya satu masalah... itu boleh bikin adjust punya... kikiki... setakat ini kita masih percaya dia boleh bikin gempaq pecah level 1.01 sebelum correction berlaku...

EURUSD Comments
Kita dah try beli pada minggu lepas.. tapi dia macam berat bontot nak naik.. keke... jadi kita short ler ... aikk menjadi pulak... kiki... tapi dia dah mula start buat ombak-ombak kecil nak naik ni.. so kita semua kena hati-hati sikit masa nak short minggu depan... jangan short kat kepala dia... danger... manalah tau dia steam ikut EG terbang... naya pulak kita nanti... short hanya dibenarkan bila trendline di tf kecik 30m-15min patah... dan jangan bullishkan dia selagi 1.3838 tak pecah... kita jangka dia boleh sampai 1.33-1.31 or even 1.29 dalam masa terdekat neh..

GBPUSD Comments
Nahhh!! Kawkaw... ehehe... ini pun lalat masih bising... lalat tak tau pair ni boleh habiskan semua margin yang dia ada.., pedulikan lalat-lalat tu... stay dengan down trend... follow dari belakang... ini bukan masanya nak jadi superman... :p... hujung tahun nanti baru ler dia tau... :-D


...loading

Sabtu, 13 Februari 2010

UCAD - Pullback

Salam 5:00am
  • Ucad dalam 4hr charts... benda ini semua dah tau sekarang *pivot-x*... so kita xperlu ulas byk... cuma ni mungkin peluang mengeshort dia sementara nak menunggu kita bikin long sekali lagi.... ehehehe
  • Jika dia naik dahulu ke pivot X sebelah atas pada minggu depan... tu kira "bola tanggung"... boleh cuba jumping smash ke half court atau base line... ehehehe... tapi kalo dia jatuh terus pada minggu depan... kita tengok aje bulu tangkis tu "landing" di luar garisan overbought.. ehehehe... Kita bikin 'servis' baru pulok... kikiki
  • UhukkkSSS
Wassalam...,

AUD/USD - Inverse Head n Shoulder

Salam 4am..
  • Aussie dalam chart 4hr... membentuk inverse head n shoulder... pewh... keras jugak Aussie neh... degil cam kangaroo gak... but kita maintain view kita... kita tetap fokuskan dia gedebab-babbub...
  • Kita percaya dia akan failure. InsyaAllah... kita tunggu dan lihat di level di salah satu golden lines kelak... cuba di kira dari situ ke 150% atau 161.8% ada bape pips???...
  • Sabarrr 1,001x

Wassalam...



Isnin, 8 Februari 2010

NZDUSD - Opocot !!!

Salam malam Selasa, 10mlm...
  • Ini UPDATE chart weekly NZDUSD.., rujuk posting terdahulu 8-Dec-2009.. dari atas kita start short... and now... terselepot kakinya ke dalam Fibo 3 golden lines yang kita tunjukkan dalam gambar di atas tu... OoOpocot..!!! Kikikiki....
  • Kita semua maklum... dan kita dah ingatkan berkali-kali... dalam Fibo golden lines, ada banyak singa lapar... tukang karut lagi ler ramai... hehehe... superhero pun ramai gak dalam tu... kikiki... uhukkkk..!!!
  • Set our mind-set... InsyaAllah dan Allah Maha Memberi... dengan izinNya Yang Maha Kaya.. next 1,000pips ke bawah adalah milik kita semua... InsyaAllah.
  • Short any pullback (jika berlaku)... tunggu di pivot atau resisten daily.

Sekian, Wassalam...
Jual di resisten, Beli di support


Sabtu, 30 Januari 2010

UCAD - Hensem...!!!

Salam 5:45ptg...,
  • Rujuk posting kita terdahulu 8hb Januari tahun nie... uhuksss.... setakat neh projek hensem UCAD menepati sasaran... Al-hamdullilah... next week kita relax... yeabedabeduUuu....
  • Untuk awalan bulan Feb kita akan perhatikan pullback dio dulu... sebab kita nak try bawok dio naik lari kuat-kuat melepasi paras 1.10... ngeee... lepas tu kita boleh ucapkan "good-bye" kpd lembu-lembu Kanada.
  • Ramai yang takut nak mem"bearish"kan Kanada neh... heh!!? Mereka ingat Kanada neh adalah sejenis "dewa minyak"... ehehehe... selagi minyak adO di eksport keluar dari Kanada... US mesti beli punya... Sama gak dengan pandangan pedagang emas...
  • Emas telah di spekulasikan akan ke harga USD1,500 sejak 25 tahun yang lalu...!!! wakaka... :p... mereka dah kaut banyak sangat untung... nasib lar generasi baru tak mampu nak kawen sebab harga emas tinggi bebenor... kekekeke... uhuksss
  • Dalam era deflasi nie kita akan lihat nanti barang-barang komoditi nie akan berlonggok-longgok letak tepi aje... kenapa??? Sebab orang takde duit nak beli, ekonomi tak kembang lorrr... orang susah nak cari kerje... duit tu tak berkembang... semuanya kuncup macam daun bunga semalu... xleh nak sentuh... sentuh aje dia makin kuncup...
  • Bukan ker benda neh ade dalam kaedah "Fibo Spiral and Fractal"..???

Wassalam...,
Beli di support, Jual di resisten

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot