Ahad, 21 Mac 2010

AUD/USD - Khas Untuk Farid... :P

------------------------
Selasa 23/03/2010
An update Chart

- indecision view-
------------------------




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Salam larut malam minggu..,

  • Sebenornya.., kita dah bagi view tentang AUD/USD ni minggu lalu, tapi sebab Mr. Farid mungkin terlepas pandang atau mungkin dia risau sebab pair ni tak gerak macam yang kita semua hendak, maka lagi baik kita bagi view kenapa dan mengapa kita perlu short dia neh... dari segi teknikal.

Weekly view
  • Ini gambar dia dari end 2007 hingga minggu lepas.
  • Sila perhatikan trendline dia tu, both inner dan outer, dan kedudukan harga sekarang, kemudian perhatikan lokasi dia breakout dari bawah bulan Feb 2009 setelah berjaya bikin bentuk W... dan perhatikan pula nilai dan target yang dia dah archived.
  • Untuk informasi, bila kita jumpa W atau inverse head n shoulder, normal target ialah 100% jugak dari puncak tengah ke bottom W tu... maknanya... 200% total dia naik dari bottom. Kalo tak faham gak tengok gambo tu, kat situ ada tunjuk dari mana bottom dia dan mana puncak tengah dia...
  • Tapi dia tak korner di situ (205.8%).. Why? Sebab Aussie naikkan interest. So dia rally extanded ke 261.8%... Persoalannya kenapa di atas level 205.8% nie Aussie naikkan interest 4x dah.. tapi harga tetap berpusing-pusing turun naik 261.8% ke 205.8%?
  • Ini mungkin menandakan ada fundamental dia yang "fatal-error" di kemudian hari. You cakap ekonomi you sangat bagus.. tapi I nak tanya you kenapa sejak naikkan interest harga duit you macam tak di appreciate? Why?
  • Semak balik posting terdahulu pasal dia naikkan interest... kita dah tulis benda ni bulan lepas kot?...

Daily view
  • Macam kita cakap dalam last posting pasal dia neh.. dia bikin bentuk W kat daily, yelah bikin W mesti lah kita pun risau sebab kalau menjadi W ni.., boleh hangus semua short position kita... tapi...
  • Cuba kira berapa kali dia dah try test cuba bocorkan bumbung dia tu? 5x try masih gagal..!!! yang latest ni tak tau lagi ler... itu kira tanda soal. Berapa kali pulak dia test pecahkan lantai bawah dia? Baru 2x beb..!! Kalo kita totalkan semua try-try tu.. semua ada 7x try (5+2=7)...
  • JIKA yang last try ni juga gagal maka yang ini kita kira 8x try... maka yang nomo 9 (kat bawah tu) tidak syak lagi akan bocor. Ini kita panggil gerakan "King-Crown".. ini teknik lama, orang dah tak pakai istilah ni... so perkara try and failure ni satu bab lah dari segi teknikal...
  • Satu lagi hal ialah tentang W... kita selalu ingatkan.. JANGAN beli W di kawasan yang kita maklum sebagai resisten.. kenapa? Sebab kaki last dia tu selalunya kurang dalam... bila kurang dalam.., kejap aje dia sampai level ext 261.8% dan 423.6%. (Lihat fibo kaler kelabu tu)... memanglah dia boleh terobos lagi tinggi... tapi itu kenalah add lagi level 685.4%.. tapi itu sangat jarang berlaku.
  • Sila tonton video di sini for more ideas. (klik ayat tu)..

RBA vs AUDUSD
  • Baik..., itu semua kat atas tu dari segi teknikal.., yang ini pulak data bank pusat Australia sendiri mengenai pegangan dia dalam AUDUSD. Tengok betul-betul sebab gambar ini kita akan delete... anytime!
  • Data tu dengan jelas menunjukkan bank pusat mereka menjual duit nya sendiri ketika ini. Ingat ayat ni... "Bank Pusat mereka jual duit mereka sendiri." Haa.. simpan memori tu..
  • Seperti tahun 2008, mereka jual, kemudian bila harga jatuh, mereka beli kembali... now mereka buat sekali lagi, dan mengikut laporan terkini adalah dipercayai mereka di bulan Mac ini menjual dalam jumlah yang lebih banyak daripada bulan Jan dan Feb yang lalu..
  • Jadi... kalo bank mereka sendiri pegi jual, nko nak beli ke? Banyak duit ek? Kikiki....
KESIMPULAN
  • Bila kita memorex... pertama-tama sekali ialah untuk menyelesaikan masalah kita sendiri, ye... ramai dari kita memorex sebab kita ada banyak masalah ... ehem... xyah sebut.
  • Tapi ada juga yang memorex sebagai karier dia, so maybe karier untuk diri dia sendiri sahaja ataupun dapat buat rekod supaya di lain masa... mungkin boleh cari "client".
  • Walau apa sebab pun kita memorex, kita sesekali jangan lupa, buat tu, mesti berpada-pada asal tidak menghampakan diri sendiri atau "client" mereka.
  • Jika kita memegang amanah orang, jika boleh, kita trade cara selamat, jika trend melawan trade kita.., get-out..! Jangan swing.., takut-takut semua amanah orang lebur begitu aje, kasihani lah mereka.
  • Dalam kes AUDUSD, saya guna wang sendiri, saya tak ada "client".. so saya "risk" kan duit saya sendiri... jika hangus, saya kena tanggung sendiri.., itu "fair" bagi diri saya..
  • Tapi... jika amanah orang... apa kita nak jawab?
  • So.., Mr. Farid. Harap berpuas hati dengan jawapan di atas tu semua. Keep up hardworking. Dan JANGAN berputus-asa, jika memang rezeki kita pada tahun ini, AUDUSD akan jatuh jua seperti yang kita harap. Amiiiinnnnn....!

Sekian, Wassalam..,
Jual di resisten, Beli di support

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot