Memaparkan catatan dengan label INDEX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INDEX. Papar semua catatan

Khamis, 29 Julai 2010

Dollar - Bounce..???

Daily Chart

Khamis, Dollar Index Jam 7mlm...

Hari ini dollar index akan sampai ke monthly pivot x yang dia tinggalkan pada bulan May... dan ianya adalah sesuatu yang kita semua maklum terlebih awal daripada mana-mana profesional forecaster dalam dunia memorex ini... apalagi bukti yang mereka mahu ketika mereka begitu bullish kan dollar ketika harganya memecahkan 87-88 tempohari dan sekarang dah pun sampai kembali ke zone 81-80...

Ketika ini mereka memberi view very bearish pulok... kuang3x... tetapi kita stay cool... walaupun kesemua position kita tatkala ini semua merah menyala macam biji saga... Kita seperti terdahulu daripada situasi begini, tetap melihat market dengan perspektif yang berbeza... Kita akan saksikan InsyaAllah, tidak berapa lama nanti index ini akan bounce atau consolidation dahulu sebelum rally naik...

Sila rujuk juga mulai hari ini "corelation" antara EG vs EU+GU..., seperti yang kita beritahu dahulu..., apabila EG berjaya memintas EU+GU nanti.., market akan benar-benar bergoncang.., situasinya kita yakin akan lebih ganas dari 2008... bukan ker kita dah susun semua posisi untuk ketiga-tiga pair tersebut (walaupun sedang merah menyala?)..

Bersabarlah... jika benar sekali lagi short EU+GU dan buy EG menepati forecast kita seperti round terdahulu... InsyaAllah... ianya adalah dalam bentuk lebih lumayan.

Sekian, Wassalam
Jual di resisten, beli di support

Khamis, 8 Julai 2010

DJIA - KebabOoOm...


Salam Khamis... ehehe

- Kita letakkan view Dow Jones Index... bukan apa-apa,,, cuma untuk precautions sahaja dan merangka peluang yang bakal muncul tidak berapa lama lagi untuk kita semua... tapi kena sabau ler bebanyak sebab kita main swing dan maybe harga yang kita dah masukkan mungkin terlalu awal... tetapi dengan mengawal MM atas semua posisi... InsyaAllah takde masalah ler...

- Down Jones naik malam semalam.. ehek... tapi... last week dia dah break level 10,000 dan cecah harga 9,600... this week kita rasa dia retrace aje test line orang kata... kita menjangkakan dia akan tumbang tidak berapa lama lagi... tumbang yang tidak akan bangun-bangun lagi...

- Kita rasa posisi swing buy USDJPY akan hanya mencecah harga first counter kita aje dan lepas tu "sayonara"... begitu juga dengan swing buy EURUSD... kita tak fikir dia boleh retrace sampai 1.35-1.33, oleh itu kali ni banyak post akan hangus... or kita akan hanguskan... kita akan tunggu DJIA nie cecah 61.8% sebab di situ ade trendline... tatkala itu kita akan bertindak, seberapa ada posisi wing buy untuk USDJPY/EURUSD yang boleh kita closed +ve, kita akan closed kan... dan mana yang masih -ve kita terpaksa kerat terus..

- Normally swing position kita guna 0.01 lot aje dengan leverage 200:1... so kita tak rasa ada kureng sangat dengan kedudukan margin kita kot?... :)

- So... kita sarankan mulai pertengahan minggu depan, perhatikan Dow Jones nie... jika dia start tumbang... perhatikan pair CHF, JPY, AUD, CAD crossing... mesti ada banyak peluang yang akan menjelma... just buat kiraan 123... itu cara senang ler nak follow trend...

-Orait... adios amigos... selamat memorex....

Sekian, Wasalam...
"Jual kat resisten, beli kat support"

Jumaat, 23 April 2010

DOllar... Tertelan Kacang

Update 5:50pm

USDCHF TODAY

EURUSD TODAY


  • Dollar closed UP 81.80 Open 82. 11
  • DJIA closed UP 11,134 0.08%
  • SP500 closed UP 1,209 0.23%
  • Nasdaq closed UP 2,519 0.58%
  • Petandingan Laga Lembu dan Beruang.... Siapa akan menang? Dollar index tak boleh gostan... JIKA dia gostan memang betul-betul naya... Begitu juga shares market... Masing-masing tak mau mengalah.
  • Kalau ikut petunjuk RSI untuk Dollar index... momentum NAIK adalah sangat bagus ketika ini... JIKA dia terus naik, kita tak tiada pilihan, melainkan kita emergency close semua posisi minggu ini...
  • Tapi... dia ada gap... yang paling hairan gap, ini terjadi pada open hari Jumaat, biasa gap akan ada pada open hari Isnin... ni dah lain macam punya spekulasi... Tak mengapa, kita memang ada dua-dua choice ketika ini...
  • Kita akan tunggu dan lihat... semua dah di setkan stoplossnya... JIKA memang rezeki kita, semua posisi akan selamat... TETAPI jika semua posisi yang kita dah letak tu bukan rezeki kita kali ini, tidak mengapa...
  • Kita masih tetap bersyukur... kerana TIDAK terlajak terlalu jauh... yah! yah! yah!

Selasa, 20 April 2010

DOllar... Makan Kacang

Salam Pagi Selasa...,

  • Ini juga satu contoh pattern...
  • Walaupun reramai orang cakap dollar nak jatuh...
  • Kita cakap dollar nak naik...
  • Tak tau ler jadi ke tidak pattern W tu...
  • Tapi sekurang-kurangnya.. kita memang ada keyakinan ke arah itu...
Sekian, Wassalam..

Sabtu, 17 April 2010

VIX... Apabila Market Terkejut

Salam hari Sabtu...

Cuba bayangkan... sedang kita seronok membeli-belah di pasaraya yang nyaman, tenang, sejuk dengan air-cond.., tiba-tiba dengar ada bunyi letupan... bommm!!! Opocot...! Mesti lah kita cabut-lintang pukang... semua yang kita dah beli kita tinggalkan begitu saja.

Panik... terpinga-pinga tak tau apa dah terjadi.

Begitulah yang terjadi semalam. Semuanya sedang sibuk nak jatuhkan dollar dan yen sepanjang minggu lalu... dan... seketul batu jatuh dari langit tepat-tepat jatuh kat batang hidung ... "Securities and Exchange Commission sued Goldman Sachs Group Inc. for fraud, damping investor appetite for higher-yielding assets."

Panik... semua orang lari lintang-pukang..., semua market hinggar-binggar-tunggang-langgang..., semua pegangan dijual... ibarat kangaroOo ditarik ekornya... meronta-ronta cuba melepaskan dirinya... cuba bayangkah kaki kangaroOo tu macam mana 'action' dia... hehe

Pada saat itu.., adakah kita semua "panik" seperti mereka?? Tidak.. ! Sebab kita telah "prepared" awal... satu-persatu kita telah tunjukkan... chart demi chart, pattern demi pattern, simptom demi simptom, pivot demi pivot, fibo demi fibo... sampai naik berbuih dah mulut nak cakap lagi... Now.., we must shut-up our mouth

Lepas ni... dengarkan isyarat mereka lagi... mereka akan berteriak... "buy any dips"!

Kita... makan kacang ajelah lagi.... :-p

Sekian, Wassalam...
Jual di resisten, Beli di support

Selasa, 13 April 2010

Dollar Index

Rabu 6:00pm

Selasa 10:20 malam

Ahad, 4 April 2010

DJIA - What next... ??

Salam Satu Dunia... ehehe.. uhuksss...
  • Di atas tu gambo DJI (Down Jones Index) Daily as at EOD 2-April-2010
  • Banyak kita dah dengar dan baca bahawa share market akan jatuh melalui forecast-forecast dari otai-otai sejak bulan Jun tahun lalu... tapi sampai lar nie... dia tegap berdiri... rasanya kita tak pernah letak gambo hansem dia ni dalam blog kita... ni ler first time.. ;p
  • Baik... sebelum kita merepek cam tukang karut, kita nak ingatkan bahawa ini adalah pandangan dari seorang amateur... yang tak di upah oleh mana-mana pihak untuk memberi komen tentang chart di atas...
  • Tetapi kita saje-saje nak komen sebab ianya akan melibatkan semua trade kita berasaskan kepada yen dan segala jenis crossing nya. Kita dah beri view terdahulu tentang Nikkei dan kita juga dah selalu viewkan SP500...
  • DJIA.. pada kiraan tunggang langgang kita yang memang tak ikut standard antarabangsa.., menunjukkan dia akan GOSTAN... walaupun satu dunia yang begitu optimistik sekarang ini bahawa dekad recession sudah pun tamat... ( baca sini )
  • Kita boleh baca dalam akhbar sekarang ni kenyataan-kenyataan sebegitu... dan kita seperti biasa... makan kacang dulu... sambil buat garisan..
  • (JIKA BENAR) dia jatuh... dia akan ke trendline bawah tu.., round figure 8,500.., dan (JIKA BENAR) dia jatuh... kita yakin yen dan segala jenis crossingnya akan ikut sama terjun... soal nya bila..?
  • Kita tak tau... daku hanya seekor kerengga dan amateur pula... dan kita secara perlahan-lahan sedang mengeshort sedikit demi sedikit dalam beberapa crossing yen walaupun ketika ini ada forecaster telah memberikan rekemen nya bahawa UJ akan sampai ke level 100 pada June nanti.. ( tonton sini )
  • Walaupun UJ dah terjojol keluar dari monthly trenline nya ketika ini... tetapi kita tangguhkan dahulu idea untuk mengikutnya ke atas berdasarkan beberapa faktor teknikal yang kita semua memang maklum tentangnya..
  • Penggunaan lot dan leverage yang bersesuaian adalah di galakan ketika ini. sebagai langkah berhati-hati, manalah tau.. mungkin market bergerak mengikut rentak tari penganut optimistik yang begitu beria-ia ketika ini..

Sekian, wassalam...,




Khamis, 1 April 2010

Result Trade - Feb to Mac

Salam 1st of April...

  • Terlalu banyak makan kacang... ini lah akibatnya...
  • Ini result bagi end bulan Mac "consolidation" market... tak banyak aksi yang menarik... tapi result boleh tahan... Al-hamdullilah... walaupun kita hanya sekor kerengga.. tapi kita belum pernah putus-asa... orang ketawakan kita... tak mengapa... sebab ini bukan duit dia.. ehek..!
  • Kita tak tahu setakat ini... adakah Dinapoli setting yang kita beri tempoh hari memberi impak seperti akaun kita ini atau tidak... sebab setakat hari ini, tak ada orang komplen.. ;p.. so kita anggap secara rambang.. semuanya dah melebeh-lebeh hasilnya dari kita sendiri... :D:D:D...
  • Syukur nikmat....
  • apa di tunggu lagiiie...? lari ler bawak guniiiiee.... ~yeabedabeduUuuuu~

Sekian, Wassalam...
Jual di resisten, Beli di Support.

Rabu, 31 Mac 2010

Peringatan... Sebelum Tiba Waktunya...

The making of "W" Senget

  • Ini adalah gambar Q1 dollar index yang penutupnya harini. Dan semestinya harini dollar akan bullish untuk menjadikan gambar ini nampak lebih "cun"...
  • Sebenarnya kita sangat bimbang, takut kalau-kalau ada yang tersilap baca, dan ambil keputusan bahawa dollar akan terus melemah, kerana kita bagi view counter lawan dia.
  • Sila jangan salah faham..., kita hanya mengcounter dia hanya untuk untuk limited of time i.e sebulan dua... sebelum kita start balik bullishkan dollar nie..
  • Kita bagi gambar nie.., supaya kita semua faham, apa situasi dollar ini dalam suatu jangka masa yang akan datang..., dan berdasarkan kedudukan dia sekarang...
  1. Dari segi bentuk... semua orang dah kenal... itu bentuk W... tiada syak setakat ini dia memang akan terus bullish dan jika tangan telah dihulur keluar... kita ucapkan... "bye-bye"
  2. Dari segi moving average.. dia akan ditahan naik, buat sementara waktu ini... dia perlu gostan... so itu kita lihat sebagai retracement dalam daily chart nanti... (correction A-B-C)
  3. Dari segi MACD... crossing signals telahpun berlaku... uptrend in progress
  • Yang kita dok sibuk usha suruh beli EU n GU sekarang ni... ini adalah retracement skala besar yang kita jangka akan men"dominasi"kan market pada awal dan pertengahan Q2 ini.., tetapi uptrend dollar tetap akan berlaku di penghujung Q2 nanti.
  • Jadi kita tak mau sapa-sapa terperangkap dalam situasi begini, kita mau semua selamat dan profit dengan cemerlang..., bila kita arahkan untuk ambil profit dan berehat, sila berehat sementara atau buat latihan tikam-tikam... ~miyahaha~.... tunggu.... bila tiba masanya nanti...

Sekian, Wassalam...,
Jual di resistence, Beli di Support.

Nota :
Quarterly ialah suatu tempoh bagi setiap suku-suku tahun. Setiap suku tahun ada 3 bulan.

An update - USDX

Salam Rabu 10am
  • Heh...? Cuba lihat bentuk dia tu... heh? Mau bikin M kah? Heheh...
  • Cool babeh...! Kita merayau-rayau dulu...
  • Kalau betul itu bentuk M..., dan itu correction A-B... maka C dia ialah di... ??
  • Huhuhu... tunggu dulu, jangan steam lebeh... kita xmo over confident....
Sekian, Wassalam....
"Jual di resisten, beli di support"

Selasa, 30 Mac 2010

USDX - Hati Goyang Jiwa Kacau-ii

------------------------
Selasa 29 Mac 1 tghari
Just an update chart 4hr
Support Zone - beware of bouncing!!!
Toing-toing-toing..!!!
-------------------------

Khamis, 25 Mac 2010

USDX - Hati Goyang Jiwa Kacau

Jumaat 11:30am - Soft landing

Salam KHAMIS 8am...,
  • Seperti yang kita maklumkan terlebih dahulu.., mengcounter minggu terakhir di hujung bulan adalah sangat merbahaya.... terutamanya bagi perahu-perahu kecil. Tetapi....
  • Mengeshort di kala orang lain begitu optimis dengannya ketika ini..., adalah satu tindakan yang di anggap dan di lihat ganjil dan bodoh...
  • Sama lah keadaaan nya ketika ianya berada di ABC dahulu... "orang menjual, kita membeli"... oleh itu... "jangan biarkan... hidup anda, di selubungi oleh..... misteri...."
Sekian, Wassalam.
Jual di resistence, Beli di support.

Jumaat, 19 Mac 2010

USDX - tonite

-------------------------------------------------
Rabu 5:00pm
An Update Chart lagiiii... eeeehiksss
Breaking Upper trendline
Chasing Weekly Upper Range
Finished..!??!
Note: Gap at 81.20 at open price today
USD totap akan jatuh,,, keyakinan bertambah..
--------------------------------------------------


-------------------------------------------------
Rabu 2:30pm
An Update Chart
Breaking Upper trendline
Chasing Weekly Upper Range
Fade momentum ???
Note: Gap at 81.20 at open price today
Kita tak ubah view... USD totap akan jatuh
--------------------------------------------------






------------------------------------

Selasa 9:30am
An Update Chart
One more try to 81 then down to 80
------------------------------------


======================================
An Update
Isnin 2ptg
Kita akan lihat Crown Formation ini menjadi atau tidak..
tunggu.. uu..u ... jangan tak tunggu.. uu.. u

Setup One

Setup two

====================================

Salam jam 11:30 mlm...
  • Before it happen... kita bagitau dulu...
  • Dia akan gostan...!!!
  • Why...? See the pivot lah... 2days not salam...
  • I think you better watch-out now if you short EU n GU...
  • ehehehe... selamat memorex... :D:D:D:D
Sekian, wassalam.

Khamis, 18 Mac 2010

Tajuk Berita PanaSsS-PanaSsS...

A Greek official was quoted as saying that the government has little hopes over seeking financial helps from the EU and may turn to the IMF during the Easter weekend in April.

..........

Rabu, 17 Mac 2010

Fed Hold Rates...

Salam jam 11pagi....

Tajuk berita harini:-

"Fed holds rates: In a widely expected move, the Federal Reserve announced plans to hold its benchmark interest rate at historic lows near zero percent, the level at which the rate has been since December 2008. Echoing past statements, the Fed added that rates will remain "exceptionally low" for an "extended period" of time."

Maka.. berlumba-lumba lah orang menjual dollar...

Daily chart harini USDX jam 1tghari
- Kita xmo cakap "dia" xleh turun..
- But... kita predict "dia" flip-flop aje..

Kita..., stand aside for today... mereka cakap xxx/usd dan xxx/jpy akan bull... BUT... kita nampak dari sudut yang berbeza... kita percaya... ini adalah "bull trap"... ye... perangkap lembu yang sengaja di pasang di tepi kandang...

Yes3x..... Kita makan kacang dulu...

Sekian wassalam...

SP500 - dYing.. kui3x(3)

An update...
Kita tunggu esok-esok apa cerita dia...

Sabtu, 13 Mac 2010

USDX - MidMac 2010

Salam Sabtu 7ptg...

  • Ramai yang suka sekarang neh.., sebab dia tengah melengkung nak jatuh... but watch-out babeh...!!! Think Twice... :p... i give a reason why dia bukan nak jatuh... tapi dia akan ke 261.8...!!!
  • Trendline... yeahhh... trendline ni kita rasa tak patah, kalo patah pun dia "flip-flop" aje.. bawah tu ade bulan ni punya lower range dan last week lower range pun ada di bawah tu... kita rasa dia akan spike di bahagian bawah tu.
  • Ingin terobos ke 161.8 tapi tak berjaya, dan kemudian berpatah balik ke 127.2... ini adalah square dia... if... kita cakap "if" (jangan salah faham ye...) "if" 127.2 berjaya bertahan minggu hadapan (maksudnya dia tak jatuh kaw-kaw ke 76.4)... maka kita akan lihat dia melepasi kembali paras 161.8 dengan bergaya untuk ke upper range bulan ini...
  • Oleh itu... sila "allow" kan harga ni buat kaler hitam 2-3 hari lagi (Isnin dan Selasa or Rabu) sebelum kita tinjau-tinjau kembali kekuatan USD yang pasti akan mengejutzkan semua orang yang dah mula mencongak-congak keuntungan dia kerana membeli euro dan pound untuk trade 2QT tahun ini....

Sekian, Wassalam...,


SP500 - dYing.. kui3x(2)


Salam petang Sabtu 5:50pm...
  • Dia naik lagi... uikss, xmo plak dia turun ek ??? Tu yang bikin hati panasSs, sebab kita dekat panas bontot nak tunggu short xxx/yen... tapi sabar tu separuh dari iman... so sabar aje dulu... jangan terburu nafsu... nanti boleh cepat lesu...
  • Mereka berkata dia ni nak bull 10 hari ke atas lagi..!!! Adoiiii... lama lagi lah macam neh... nampaknya bukan kita aje yang kepanasan neh... Nie Bob Pretcher boleh kepanasan dalam salji neh... tak tido malam neh dia... kira kantoi dah predictions dia...
  • Tapi satu perkara yang SP500 neh tak boleh nak lari ... it's time..! Bila harga + fibo level jumpa masa... berapa trillion pun duit dalam poket yang trader tu ada... dia patut berwaspada. Dalam view ini... kita TIDAK sangsi dia ni akan jatuh...
  • Perhatikan chart di atas... kita nampak pattern, time, fibo expansion, fibo retracement, monthly range, gaps dan harga sekarang... semuanya penunjuk masa hadapan adalah menuju ke bawah... yang paling nyata ialah bila harga berlari-larian di atas monthly range dalam minggu awal bulan MaC ini....
  • Sharp drop..! Ye... ini petandanya... kita jangka minggu depan atau minggu lagi satu akan ada petanda dalam weekly candlestick...
  • Sediakan payung sebelum hujan..!
Sekian, wassalam..

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot