- Di atas tu gambo DJI (Down Jones Index) Daily as at EOD 2-April-2010
- Banyak kita dah dengar dan baca bahawa share market akan jatuh melalui forecast-forecast dari otai-otai sejak bulan Jun tahun lalu... tapi sampai lar nie... dia tegap berdiri... rasanya kita tak pernah letak gambo hansem dia ni dalam blog kita... ni ler first time.. ;p
- Baik... sebelum kita merepek cam tukang karut, kita nak ingatkan bahawa ini adalah pandangan dari seorang amateur... yang tak di upah oleh mana-mana pihak untuk memberi komen tentang chart di atas...
- Tetapi kita saje-saje nak komen sebab ianya akan melibatkan semua trade kita berasaskan kepada yen dan segala jenis crossing nya. Kita dah beri view terdahulu tentang Nikkei dan kita juga dah selalu viewkan SP500...
- DJIA.. pada kiraan tunggang langgang kita yang memang tak ikut standard antarabangsa.., menunjukkan dia akan GOSTAN... walaupun satu dunia yang begitu optimistik sekarang ini bahawa dekad recession sudah pun tamat... ( baca sini )
- Kita boleh baca dalam akhbar sekarang ni kenyataan-kenyataan sebegitu... dan kita seperti biasa... makan kacang dulu... sambil buat garisan..
- (JIKA BENAR) dia jatuh... dia akan ke trendline bawah tu.., round figure 8,500.., dan (JIKA BENAR) dia jatuh... kita yakin yen dan segala jenis crossingnya akan ikut sama terjun... soal nya bila..?
- Kita tak tau... daku hanya seekor kerengga dan amateur pula... dan kita secara perlahan-lahan sedang mengeshort sedikit demi sedikit dalam beberapa crossing yen walaupun ketika ini ada forecaster telah memberikan rekemen nya bahawa UJ akan sampai ke level 100 pada June nanti.. ( tonton sini )
- Walaupun UJ dah terjojol keluar dari monthly trenline nya ketika ini... tetapi kita tangguhkan dahulu idea untuk mengikutnya ke atas berdasarkan beberapa faktor teknikal yang kita semua memang maklum tentangnya..
- Penggunaan lot dan leverage yang bersesuaian adalah di galakan ketika ini. sebagai langkah berhati-hati, manalah tau.. mungkin market bergerak mengikut rentak tari penganut optimistik yang begitu beria-ia ketika ini..
Sekian, wassalam...,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan