Sabtu, 17 April 2010

Market View 19-23 April 2010

EURUSD

Kita dah letak view daily pada hari Jumaat... dan ini pula ialah "alternative" view dalam tf yang kecik sket... H1... Situasi akan jadi sket pening bagi yang tak faham mengapa perlu naik padahal kita dah bagitau dia nak turun... uhukks...

Kita beri 4 sebab... 1) Divergence.., 2) Pattern.., 3) Pivot X.., 4) Gap dah di tutup

Nanti lepas ni apabila view ni menjadi... mesti kita boleh baca orang tulis "beli-beli-beli... dia nak breakout...!" Heh..??! Tak caya?... makan kacang banyak-banyak dulu... nanti boleh tau apa nak buat bila mereka start "steam" semacam tu... :p

GBPUSD

Free fall...! Uisshhh... awal sangat kot nak sebut tu?.. Adesss... OK OK... betulkan ayat... dia berpotensi untuk terus jatuh jika berjaya melepasi SMA55 dan juga weekly lower range... haa.. sedap baca ayat tu... hehe

RSI pada end last week divergence... pada end this week dia bearish.. below 50.

Kedudukan dia ni dari satu segi dia sebiji macam EURUSD... sila semak chart hari Jumaat EURUSD... dan JIKA benar yang top ni "false break" juga... jangan terkejut jika dia nak duduk diam-diam bawah channel dia ni... TETAPI... AWAS...!!! Kedudukan SMA55 di timeframe daily dan H4 ini boleh membantutkan cita-cita kita semua... Berwaspada lah...


USDCHF

Masih dalam progress untuk menutup GAP minggu terdahulu... last week kita tunjukkan chart dalam timeframe weekly... ado yang komplen... dia kata tak releven... peh... ok takpe... this week kita tunjukkan daily chart... siap ada dengan bentuk "sayap" lagi... kalo nak tengok "sayap" dia yang betol2.., tunggu dia siaplah baru nampak... ~wakakaka~

Minggu depan.. kita harap pair ini tak mengong buat gap beso2.. takde gap pun lagiiii bagus! Kasi pelan2 naik tanduk SMA55 tu... haaa... kasi orang lain short kat situ.. memang best!... Sebab setiap kali kena short ade "sayap" baru yang tumbuh dalam timeframe yang lebih kecil...!!! Wow! magik kan?

USDJPY

Fuhhh... selepas dia berjaya menyeramkan kita... dia jatuh juga akhirnya... gedebuk! Toing..! Tepat landing di weekly range... Ado pulak pivot-x kat atas tu dia tinggalkan... adessss... TETAPI kita masih mengejar pivot-x terdahulu di bawah tu... JANGAN tukar view dulu..! Simpan view nak counter tu dalam poket... hehe... buat masa ni tumpukan target kita dengan sempurna... wave 2 ke wave 3 kekadang tak tercapai dek akal... walaupun ianya mungkin hanya sejenis "correction"...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot