Selasa, 2 Februari 2010

Correlation - EU vs UCHF

Salam malam Rabu 9:30pm
  • Kali ni kita nak tunjukkan satu gambou cun melecun dengan tajuk nya "Corelation" atau dalam bahasa kita yang senang nak faham ialah "ikatan atau pertalian" yang sama antara EU n UCHF yang memang semua orang tau, dia erat cam belangkas tapi berjalan cam ketam... sekor naik dan sekor plak turun... :p
  • Ok... sekali imbas... kita semua tau, bila mereka start crossing-crossing tu memang ade petanda market akan brakeout ke suatu arah yang memang kita nanti-nantikan... cam yang kita tengok sekarang ni... ini petanda awal yang kita memang fokus guna teleskop mengikuti dengan rapat dalam timeframe yang lebih kecil... :D
  • Sementara lembu dengan beruang tengah berguling-guling bergaduh ni... kita tak buat apa-apa pun sebab kita memang short EUR/USD sejak beberapa ketika dahulu, sekarang hanyalah menunggu hasil yang kita harapkan berbaloi-baloi pada masa hadapan... walaupun mungkin EU ni boleh naik sedikit kerana kenaikan EG, tetapi jangan kita sesekali lupa tatkala EU n GU menjunam jatuh dahulu... EG mencacak naik... ehiksss
  • Dengan berdasarkan faktor sejarah terdahulu, maka itu ler sebabnya kita merangka plan jangka panjang dan pendek untuk GU, EU dan EG..., sementara EJ dan GJ, kita percaya dia akan bikin kacau bilau GU n EU tatkala UJ jatuh kelak (itu pun kalo betol jadi larr)... pokoknya pak... sejarah dahulu telah pernah berlaku dan, sejarah mungkin akan berulang kembali... walaupun mungkin hentamannya tidak sekuat dahulu... tetapi setakat ini kita fokuskan apa yang telah kita plan kan terdahulu...
  • Kita jangkakan pada waktu ketika ini lebih banyak gerakan consolidation akan berlaku sebelum kita menyaksikan adakah trend rejection berlaku ataupun trend continuation yang bakal mensasarkan EU ke zone below 1.3230

Sekian, Wassalam...,
Jual di resisten, Beli di support

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot