Ahad, 28 Februari 2010

^Cara Kawal Dinapoli Signal dan Target^

Nota : Jika anda telah mendownloadkan indi dan template tersebut, anda perlu edit "ZigZagLastLeg" indicator "Visualization" untuk "All timeframes". Harap maaf atas kesilapan teknikal...


Gambar1 - ZigZag 21
Latihan1 - Letak Fibo Expansion pada point 1-2-3

Gambar2 - ZigZag 55
Latihan2 - Letak Fibo Expansion pada point 1-2-3

Gambar3 - Combine ZZ 21 & 55
Latihan3 - Combine Fibo seperti dalam gambar

Salam Hari Ahad...,

Pada awalnya.., kita bercadang nak letak Dinapoli Signal Entry kat dalam suatu kolum atas tu.., tapi... kita teringat pesan cikgu porex kita dulu-dulu..., "kalo nko bagi signal, nanti mereka tak paham apa-apa pun.." ehiksss..!

So... sori lah ek, kekadang cakap orang tua tu betul jugak. Tapi kita tukar tajuk lain lah ye.., supaya tak ler hajat asal tu "terkambus" begitu saja.., jadi kita tukar kepada tajuk tu kepada "Cara Kawal Dinapoli Signal dan Target"... ehehehe!

Haaa... best kan bunyi nya..?? Kita yakin idea ni lagi bagus daripada terus suapkan pips dalam mulut.. tapi... kena kuat keje lah sikit, sapa yang rajin.. "tembikai" dia boleh gemuk2 dan berat2.. sapa pemalas maka "tembikai" dia kurus2 takde air ler.. kikiki!

Baik lah..., kita semua maklum bahawa Dinapoli Target dibina berasas kan kepada 2 indicator iaitu Zigzag dan Fibo Expansion. Hasil gerakan market dari pucuk ke pangkal atau pangkal ke pucuk Zigzag.., maka Fibo Expansion di gunakan untuk mencerap Entry level dan Stoploss level bagi sesuatu andaian trend yang berubah.

Kaedah ini lebih dikenali sebagai gerakan 1-2-3 atau A-B-C yang menjadikan point 1 sebagai static point, point 2 sebagai entry level, dan point 3 sebagai retracement @ Stoploss point. Tujahan harga melepasi level 2 di kira sebagai "continuation of trend"...Ini asas kepada gerakan mengikut trend. Trend is your friend. Hehehe...

Tapi masalah dengan Dinapoli Target ialah dia berubah-ubah level dia sebab dia ikut zigzag berubah .. tu yang kekadang bila buka chart.. kita jadi confuse.. hari semalam lain, ni dah lain.. betul tak? So.. how to handle with this..? Huhuhu...

  1. First of all... pergi download files mq4 dan tpl <<< (klik to link)
  2. Secondly.. tengok gambar kat atas tu, buat latihan amali sendiri.
Apa yang perlu anda fahami ialah line zigzag yang kaler tebal2 tu ialah "trend yang belum selesai secara rasmi"... dia automatik akan tukar kepada line dotdotdot jika trend tu selesai ( dalam fibo, pembalikan 50% adalah tanda previous trend siap). Selagi tak bengkok, selagi ituler kita aimed 161.8% or 261.8% even 423%..!!!

Dan kita mesti selalu ingat bahawa ZigZag 55 adalah lebih "dominan" dari ZigZag 21. Dan setting giler kentang ni adalah bersamaan dengan gerakan moving average 55 dan 21... kikiki... magic bukan??? Dan jika anda sedang memantau retracement, anda boleh gunakan line zizgzag tebal tu sebagai A dan B anda... sonang baito..!!!

Haaa.. faham kan?? Hehehe... semua dah terer sekarang, so carry on lah buat homework, kalau ada sebarang pertanyaan sila lah jawab sendiri... ehehehehehe..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot