Isnin, 27 Februari 2012

GBPJPY - Ado laei supply ???

GBPJPY 240min

- GBPJPY adalah satu-satunya position kita yang tak sempat di bawa lari tatkala isu MFK berkumandang di udara.. maka terkantoi lah dia beratus-ratus pips ketika ini.. nak tutup rasa rugi pulak.. maka kita niatkan aje.. asal balik modal kembali ke harga yang kita jual pun jadi ler.

- Tapi.. tunggu punya tunggu.. makin naik pulak dia.. adoiiii.. bagaimana ni bung?

- Apo nak buek.., laa ni kita lukis-lukis ajelah dulu.., betul atau tidak.., nasebbb lah lepas ni. Ok berdasarkan kepada pengalaman menggunakan pivot dan kira-kira wave ala elliotwave.., kita dapati yang selalu meninggalkan pivot ialah wave 3 dan wave 5.

- Biasanya wave-wave tersebut akan meng'aimed'kan resisten ke 2 sebagai targetnya.

- Tetapi kerap berlaku wave 5 tu pendek sket.., jadi kekadang wave 5 tu dia tak larat mendaki ke resisten ke 2. Salah satu sebabnya ialah jika wave 3 tu terlalu panjang maka; wave 5 tu panjang dia mesti sama dengan wave 1. Itu undeng-undeng nye lah.

- Perlu di ingatkan bahawa resisten ke 2 yang kita maksudkan ialah the next day/week/month nye (base on jenis pivot yang di guna pakai ketika menyemak)

- Ok.. jika benarlah apa yang tersurat dan tersirat.. dalam gerakan GBPJPY ketika ini.. maka kita yakin harga pagi tadi MUNGKIN harga kemuncak berdasarkan kepada FR 261.8, kiraan wave 5 sama panjang dengan wave 1 (biru), dan kaedah pivot X weekly.

- Tapi yang jatuh ini kelak.. hanya lah correction semata-mata ke pivot X yang terhampir.

- Oleh itu mungkin.. jika 123.77 dapat bertahan.. the next FR 423.7% mungkin menjadi target ke atas yang seterusnya. Itu kita akan lihat kemudian. Laa ni nak tengok dia gostan ke bawah dulu.. tapi kalau dia tak mahu gak gostan, tetapi sebaliknya breakout lagi atas 261.8%.. nampaknya tak berasaplah dapur rumah aku bulan depan.

Sekian, wassalam.



EURUSD - Cukup kah ???

EURUSD 240min

- Seorang kawan saya beritahu bahawa kita mesti trade ikut trend sebab trend ialah kawan setia penjana wang semasa memorex.. Betul ke? Ye.., ramai cikgu cakap macam tu.

- Tetapi lain pula pada pandangan saya. Kalau semua orang ikut trend sebagai methodologi untuk berjaya dalam memorex, kita tak akan jumpa pelbagai bentuk pattern, kiraan dan turun naik harga. Jika semua orang ikut trend.. bermakna manusia ini citarasa nya sama sahaja.

- Maka kalau semua manusia citarasanya serupa.., maka tiadalah kita akan jumpa dalam dunia ini pelbagai ragam dan asam garam kehidupan; untung dan rugi; tinggi dan rendah; Umno atau PAS ... kekeke

- EURUSD kita forecastkan mulai mengendur... kita cadangkan pada harga 1.35 dan 1.34 kita boleh order sell kat counter pertanyaan dengan bayar cash 1:1. Morgan Stanley beri target untuk jangka panjang ialah ke harga 1.21 dan 1.15 untuk tempoh swing masa 2012-2013.

- Kita tak galak orang muslim trade guna margin dan leverage.. tapi dalam bab memorex nie Pak Aji pun boleh tercabut serban nya.. kerana berahi memorex ni lebih dahsyat dari berahi melihat pompuan seksi.. ehehehehe..

- Sendiri mau ingat maa..

Sekian, Wassalam.

Ahad, 26 Februari 2012

Yen - Terus Lemah ??

Yen - Daily

Kebaboommm... !!!

Akibat tekanan harga Yen yang 'terlampau' kuat sejak tsunami dahulu.. ekonomi Jepun tidak berkembang dan mengakibat GDP mereka jatuh untuk Q4 2011, maka terpaksalah menteri kewangan mereka melakukan operasi 'ninja turtle' di tengah malam buta.. buat intervention senyap-senyap.. zap-zap-zup-zup-zass.

Maka.. aku jugak yang terkantoi tak sempat lari ke dalam semak... :P

Ok.., berdasarkan kepada forecast USDJPY ia akan sampai ke 85.00 pada Q2 tahun ini, sekarang baru nak sampai ke terminal pertama iaitu 82.00.. so nanti ada balance lagi up 300pip selepas dia gostan.

Kenapa pulok dia nak gostan di sini? Huhuhu~ Ado pattern dan ado fibo confluence.. lagipun kalau kita sama-tara kan kedua-dua chart USDJPY dan YEN Contract seperti di atas, kita akan dapati harga mereka sedang bertembung di tengah-tengah. So di zone ini kita boleh cakap.. consolidation mulai akan berlaku.

Harga tak akan terus memecut begitu sahaja.

Berapa lama agaknye mereka akan bergomol-gomol di sini ??? Well.., as far as I concerned, mengikut rekod terdahulu.. setiap kali selepas intervention di lakukan.. Yen akan menguat kembali. Kita tak fikir USDJPY akan patah balik ke below last lower price.. tetapi kita tak yakin kekawan dia tu eg. GBPJPY dan EURJPY akan dapat mempertahankan last lower price mereka.

Tak tau ler betul ke tidak.., sebab... kekadang aku ni memang giler sket.

Sekian.., wassalam.

Dollar Index - Junam ??

Dollar Index - Daily

Tak lengkap kalau buat forecast tanpa 'tepek'kan gambar dollar index.

Dollar di forecastkan akan terus turun oleh sebahagian besar penganalisis untuk waktu terdekat ini.. so mari kita check betul atau tidak.

Pattern sekarang yang boleh nampok ialah head n shoulder. Kalau ikut kotak-kotak yang kita letakkan tu, hari Jumaat lepas telahpun terjojol keluar satu candle memberi isyarat bahawa harga dollar akan turun lagi minggu depan.

Kotak-kotak itu bukan benda ajaib.. jadi jangan rasa takjub pulak.. kikiki. Ia hanyalah support dan resisten yang biasanya dilukis sama tinggi dan panjang nya untuk memudahkan mata kita fokus berbanding dengan letak banyak horizontal line .. boleh berpinau biji mata nanti nak cari mana satu line... kui3x

Di kawasan ini terdapat fibo confluence... yang seperti yang kita semua maklum ianya juga mungkin juga akan bertindak sebagai 'bearish trap'. Jadi apakah akan berlaku pada dollar index minggu-minggu seterusnya? Ok.. lebih elok kita forecast begini:-

a) terdapat head and shoulder pattern di daily chart, jika demand masih ade di bahagian bawah, tidak syak lagi bentuk ini akan berfungsi untuk mencapai target nye ke bawah harga 77.80 (FR 61.8).

b) tertakluk kepada supply ke bahagian atas untuk minggu-minggu akan datang, harga dijangka tidak akan berjaya melepasi 77.80 (FR 61.8) sebaliknya akan memantul naik ke atas secara tidak di sangka-sangka dan melepasi paras atas kotak warna pink.

c) sideway~... kekeke.

Sekian, wassalam.

Selamatkan Makcik Felda !!!



Gambar rajah ini hanyalah lukisan tanpa sebab.

Jika ibubapa atau saudara anda adalah peneroka Felda ketika ini,

anda mungkin boleh bersedia memberi maklumat kepada mereka..


Puas sudah menanam padi

Nenas jua di beli orang

Puas sudah menanam budi

Emas jua di cari orang


( nota: ini pantun petani vs politikus.. :p )


Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot