Isnin, 12 Oktober 2009

Kita duduk diam-diam...

Salam malam Isnin, 9:00 malam..,

  • Minggu ini dan mungkin di sepanjang bulan Oktober ini kita mungkin tidak mempokaskan apa-apa pair lagi, melainkan kita akan updatekan sahaja view untuk pair yang telah kita pokaskan dalam bulan ini.
  • Mengapa...?
  • Kerana sejarah tahun lepas membuatkan kita jadi phobia untuk menukar view terlalu kerap yang boleh membinasakan kita sekali lagi pada tahun ini. Tahun lepas seperti yang anda maklum, kita rugi besar pada ketika ini.
  • Sejarah selalu mengajarkan kita bahawa bukan selalunya langit itu biru, kalo hujan ribut sudah mari..., payung yang besar pun boleh terbang... kekekeke.... walupun begitu...
  • Al-hamdullilah segala kerugian tahun lepas dengan pantasnya kita cover pada tahun ini kerana gerakan pullback market sepanjang Dec hingga sekarang adalah begitu besar dan kita semua mendapat manafaat yang besar dan ehem... keuntungan yang begitu lumayan daripada gerakan sekarang ini.
  • Tetapi kita merasakan pullback ini tidak akan kekal lama.., sama ada ianya akan berakhir dalam bulan ini ataupun dalam 2-3 bulan akan datang. Kita merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan market ketika ini terutamanya tentang gerakan EURO, AUD dan CAD.
  • Bak kata pepatah "Indah khabar dari rupa..." kah3x... uhukz... maksudnya... adakah fundamental ketiga-tiga currency itu benar-benar bagus ketika ini? Adakah tindakan AUD menaikkan interest rate mereka betul pada ketika ini..??
  • Selalunya sejarah tu ada tanda peringatan bagi kita semua... siapa rajin, dia boleh baca di sini bagi tujuan berfikir macam ahli ekonomi negara... kah3x...
  • Baiklah... mari ler kita sama-sama bersabar dalam tempoh Oct-Dec ini... jika ada peluang melintas di hadapan mata, sila jangan lepaskan peluang merembatnye... dun care-lah it's bulls or bears... janji masyukkk... sudah kira ok..!!
  • Ibarat kita berniaga durian.., awal niaga menjaga modal, di hujung nye pula meraih keuntungan... kalo orang nak beli durian kita tu 50sen sebiji pun jual ajelah... dah penghujung tahun, modal dah cover, tu untung sket2 apa salahnye....
  • Orait , stay tune... kita akan lihat perkembangan mutakhir Dollar yang semakin kurus di belasah oleh Euro, Aud dan Cad dalam sehari dua lagi... Betul ke mamat Dollar tu nak tinggal tulang??? Huhuhu.... pesan kita berdasarkan sejarah tahun lepas.., "pelanduk tu selalu lupakan jeratnye..."...

Sekian, Wassalam..,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot