Isnin..11:30pagi...
1. Saja kita merapu harinie, bosan takde keje.. :P
2. Sila download gambar duit dan simpan dalam pc anda.
Pakar-pakar motivasi berkata, jika kita sedang bermasalah dengan hutang , dalam kepala kita tiada tersimpan memori gambar DUIT. Yang tergambar hanya surat-surat pajak gadai atau surat-surat tuntutan hutang dari bank hingga menyebabkan kepala kita sakit boleh jadi migrain. Jika kita sedang menangung beban hutang atau ada masalah kewangan, maka ada baiknya kita kerap melihat gambar duit berlonggok-longgok supaya otak kita boleh simpan memori tentang duit.
Apakah gunanya memori ini?
Otak kita biasanya lebih cepat bertindak jika ada arahan dalam bentuk "bergambar". Sewaktu kita berhajat\berdoa memohon bantuan kepada Allah Taala untuk membayar semua hutang-hutang kita, kita boleh gambarkan DUIT terpampang di depan mata kita, ini satu kaedah yang boleh meransang akal untuk memberi arahan kepada seluruh tubuh untuk berusaha bekerja bersungguh-sungguh memperolehi DUIT yang kita kehendaki.
Bila kita sakit pula, sewaktu berdoa memohon bantuan kepada Allah Taala untuk kesembuhan, gambarkan pula UBAT terpampang di depan mata kita. Begitu juga untuk 1001 jenis masalah yang lain kita boleh guna kaedah yang sama, seperti berhajat untuk memperolehi rumah yang kita idamkan untuk keluarga kita, kenderaan untuk kemudahan perjalanan kita, peralatan yang bermanafaat di dalam rumah kita dan sebagainya.
Slide show menggunakan PowerPoint, di samping gambar dan menulis tentang hasrat dan hajat kita, kemudian menonton dan membaca berulang-ulang kali juga boleh menyimpan memori yang baik untuk kecemerlangan di masa hadapan.
Kita perlu gambarkan apa yang kita inginkan ketika berdoa kepada Allah Taala, insyaAllah pasti Allah akan tunaikan doa kita, samada cepat ataupun lambat kerana janji Allah sentiasa dan tetap benar sebagaimana firmaNya :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)
“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)
Sekian, Wassalam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan