Ahad, 27 Februari 2011

USDCAD - Oil naik...?

Oil - end of Febuary 2011
Petrobras CFO: Oil surge may lose steam
Click to read more about this


USDCAD 240min

- Baru-baru ini minyak naik harga secara mendadak akibat daripada pergolakan yang berlaku di kawasan Arab sana. Iyelah... akibat tamak berkuasa ramai lah pemimpin dunia Arab tu terlupa agaknya yang mereka tu manusia biasa aje... 30 atau 40 tahun memerintah biasanya kita akan melihat perubahan akan berlaku... mengapa?

- Dalam pusingan dan rentetan fibonacci sequence number..., 34 adalah tahap kekukuhan sesuatu trend yang develop... jika bertahan di 34..., next level ialah 55 dan 89..., jadi tak hairan lah jika kita baca berita Mubarak dan Gaddafi boleh berundur... itu adalah had rejim mereka...

- Baik..., mari kita olah cerita pasal USDCAD pulak... dalam chart yang kita tunjukkan, sekali imbas pandang dia macam nak terus terjunam kaw-kaw... ehekk...! Tapi cuba kita sekali imbas pandang dan kira... dari 1.068 ke 0.97 bukan ke nilai pips dia hampir kepada 1,000pips ???

- Of course lah kita semua maklum... dia akan sampai ke 0.68 suatu masa kelak jika harga minyak terus meningkat... tetapi sebelum ke situ, dari kejatuhan 1,000pips itu dia mesti retrace sekejap... why? Sebab nilai seribu tu sebenornya ada HAD... jika nak terus jadi 1,597 pips... dia mesti masuk pit stop macam kereta lumba F1 gak... ehehe

- So..., sekarang dia mesti masuk pits stop dulu, tukar tayar, tambah minyak, bersihkan viper etc sebelum dia larat nak teruskan perlumbaan. Jika tidak..., of course kereta akan rosak atau terbakar di pertengahan jalan... wakaka~...

- Untuk UCAD ni.. kita cadangkan BELI pada level yang kita tandakan dalam chart di atas tu... untuk target sebanyak 144pips , 233pips dan 377pips... atau kemudiannya mungkin ke 610pips..!!! WowWWwweee !!! Alopak agogogo

Sabtu, 26 Februari 2011

Buai Laju-laju Sampai Cucur Atap...

USDJPY- 30min

- Relax.... target short kita dah archieved... sekarang adalah time kita bersedia untuk melihat bentuk pattern dalam timeframe yang lebih kecil untuk menerbangkan dia ke atas 85-86.. kih kih kih... senyap-senyap je..! Jangan bgtau oreng lain..!

- Ada 2 choice di sini... pertama teruskan short ke double bottom.., yang keduanya buat bodo counter trend ini sebab kita dah nampak pivot-x..., yang paling baik ialah duduk tepi dulu, sebab dia kalau nak korner pun makan masa seminggu-dua lagi... ehehehe

- Untuk minggu depan... forecast kita ialah... support di 81.20 di jangka bertahan..! Di jangka akan kembali melonjak ke 83.80 ( jika 81.20 bertahan )... pair ini di akan terumbang-ambing di zone ini ( 83.80-81.20 ) sebelum membuat breakout yang "kita harap" akan mengikuti forecast kita sebelum ini... go go chaiiyokkk..!!!

USDCHF - 30min

- Waduhhh.. duh duh... kita ingatkan kete mercedes boleh kuar cepat, kalau pair ni dah breaking low lagi... apa citer? Hmmm... breaking low dengan volume yang tetiba hilang? Apo maknonyo tu?.. Huk huk huk... Profit taking lah maksudnya... ehehehe

- Banyak tanda pivot-x dalam chart kat atas tu.., perlukah kita menerangkan maksudnya berkali-kali lagi ???

- Untuk 2 minggu depan sebagai panduan... follow view pivot-x... BUY BREAK ikut style mid level antara Pivot dan R1 (daily).



EURUSD -15min

- Kali ni..., kita kecik kan timeframe supaya kita sama-sama dapat beberapa pattern yang menanti untuk pair ini yang di beritakan bahawa speculator sedang menambah pegangan belian mereka... yang kita "baca" sebagai gerakan terakhir mereka sebelum melepaskan pegangan tersebut...

- Volume bertambah ketika di resisten bukan petanda harga akan meningkat naik..!

- InsyaAllah... kita semua akan faham "gejala speculator" ini supaya di lain kali dan di lain masa semua daripada kita "kenali taktikal" mereka tanpa panik.. untuk minggu depan forecast kita ialah "kelihatan nya ia masih bernafsu ke FE 100 dan FE 161.8 warna hijau.. yang kemudian nya daripada itu InsyaAllah akan jatuh ke FE 61.8, FE 100 dan juga mungkin akan extra turun ke FE 161.8 warna merah"

- Penerobosan terus ke atas harga FE 161.8 warna biru akan menyebabkan view FE warna merah INVALID..!!



GBPUSD - Daily Chart

- Yeehaaa...! This week kita baca berita yang kita nanti-nantikan... yes, minggu lepas kita ada paste satu hal tentangnya dalam chat-box.., tapi tak tau ler ade orang terbacanya atau tidak.. but today kita link kan beritanya yang terbaru, terkini dan sensasi...

- Sila pergi sini >> Speculators trim bets against US dollar-CFTC

- Baca tentang apa berita tu cakap pasal Sterling... kemudian tengok gambar kat atas tu... huhuhu... macam sepadan tak berita tu? Jika pada pandangan anda ianya sepadan maka elok lah kita semua duduk deam-deam... sebab dah berminggu-minggu kita forecaste kan arah tuju GBPUSD ini ...

- Apa-apa pun.., jika ada "hantu" lain yang datang kacau-daun... kita cabuttttt..!!!

Sabtu, 19 Februari 2011

Market View - 21 to 25 Feb

Dollar Index - Weekly

- Spikes-spikes-spikes...!!! Uhuhuhu~.... Minggu lepas dia turun... jadi kita tak boleh harap dia akan otomatik reversal up... cuma kita harap dia boleh bikin jarum spikes di zone ini... yang demikian itu akan membolehkan dia meluru naik kemudiannya.

- Mengikut kalendar reversal days.., tarikh-tarikh yang dijangka berlaku pembalikan bagi baki Q1 2011 ini ialah pada 25/02, 3/03, 9/03, 15/03, 21/03, 25/03, 31/03 dan 6/04

- Sesuatu yang kita perasan ialah deretan tarikh-tarikh itu ialah nombor-nombor ganjil. Nombor turutan fibo pula ialah pada 3 dan 21 haribulan

- Kita tak kata "gerenti"... tapi kita cakap cuba lihat nanti pada tarikh 25/02 hingga 25/03 untuk melihat reaksi ganjil market ini berlaku... Kita seronok nak lihat, sebab manalah tau ek... kita semua ada peluang besar... kuh kuh kuh


EURJPY - 240min

- Zohor time... nanti sambung~

- Alamak... Lupa nak sambung... Sori... takde idea... tapi jika melihat kiraan pada gambar di atas... Kita rasa semua orang dah faham... naik lagi lah kasi seronok para pembeli... uhukkkk

- Bias kita ialah short... sila refer forecast kat kotak sebelah tu... hmm... kalau jadik memang best..!



GBPJPY - 240min

- Ini dia... pair paling "sengal"... xmo turun-turun... ntah apa di cari kat atas tu, kita pun xtau. Nyata sekali "W" spekulasi... tu yang letih jika kita layan... silap haribulan account kita boleh junam maut. Oleh itu berhati-hati lah... agak-agak x boleh tahan... cabut lari je dulu...

- Setinggi-tinggi punai melayang, akhirnya ke tanah jua mencari sarangnya.

- Jika failured tembus FE 300.0%... Kita masuk short guna standard lot. Forecast minggu depan ialah dia akan try test FE 300.0%... Yang kemudian nya daripada itu jika ianya gagal bertahan di atasnya (bagi maksud terus ke FE 423.6%)... gerakan ini akan di reset kembali ke FE 161.8%..


USDJPY - 240min

- Cerah masa depan...! Kikiki... Kita suka jika apa yang kita forecastkan sedang dalam perjalanan, it's means idea kita sedang develope berbunga-bunga.., hanya cepat atau lambat aje sampai atau jadinya... dan jika market ikut cakap kita maka kita boleh bagi idea mana next move mereka.

- Tapi kalau market degil-degil xmo dengo cakap kita..., itu yang buat tension sampai sakit pinggang... aduhhhh..., bila umoq dah masuk ke era "retro" semua sakit-sakit badan pun datang sedikit demi sedikit... bila duduk sorang-sorang waktu malam seram gak bulu roma. Agaknya tinggal masa berapa lama lagi kita "singgah" kat dunia ni...!?

Forecast minggu depan ialah dia akan try test bulatan biru tu lagi sekali..., adesss..., sekarang kat atas tu takde bentuk "M" kecik.., so selepas dia create M kecik... ade potensi kita ke Fibo 50%... tapi kalau dia nak terjun terus pun ada salahnyer... kuh kuh kuh... Future move ialah mengikut abjad-abjad yang kita letak dalam chart tu. Let's wait and see dia develope...!!!


USDCHF - 240min

Benci larrr... dia turun laju... abess semua trailing stop kita kena hits..., baru angan-angan nak beli kete mercedes.., camni tak payah lah.. :p

Ikut kiraan kita... dia ni hampir nak kata pasti tu tidaklah... tapi mirip-mirip dia ni... bottom long term telah berlaku. Tetapi adakah yang turun laju mcam bullet tren minggu lepas ni akan selesai di bulatan yang kita tandakan itu? Allah jua yang Maha Mengetahui perkara ini.

Forecast minggu depan ialah dia akan try making lower low ke 0.9300..., I don't think it will succesfull... Takdirnya 0.9300 tak pecah.., kita akan consider sekali lagi bahawa bottom telah pun direkodkan pada penghujung Dec 2010 yang lalu dan market akan berpatah balik ke atas fibo 50%.

Mari kita sama-sama tunggu dan lihat... jika benar, kita boleh simpan angan-angan sekali lagi untuk beli kete mercedes-benz.... kuh.. kuh.. kuh.


GBPUSD - 240min

As mentioned before.., bigger pattern "inverse head and shoulder" sedang develope. Adakah ianya akan berjaya??? Jika berjaya pattern ini developed... for sure 1.70 akan jadi next station... adusss.., betul-betul masak!

Pada ketika ini, kita berdoa semoga pattern ini tak berjaya... Takdirnya jika dia terus meningkat tinggi minggu depan.., maka kita kena lepak tepi ajelah dulu... adusss..!

Forecast minggu depan ialah dia akan try making higher ke 1.4500..., lepas tu kita ingat dia akan retrace ke zone di antara FE61.8% dan FE 38.2% terlebih dahulu...., sebelum kita akan melihat mana satu jalan yang dia akan pilih..., adakah akan ke below Fibo retracement 23.6% kah atau meluru naik ke above Fib retracement 0.00% kembali.



EURUSD -240min

As we recognise before... dia mau bikin "W" spekulasi... uhuhuhu~ "W" biasanya TIDAK AKAN selesai di FE 161.8%... nama pun spekulasi, dia biasanya akan selesai di FE 261.8% atau FE 300.0%... tetapi BUKAN semua pattern akan berjaya...

Pada ketika ini, kita berdoa semoga pattern ini tak berjaya... Takdirnya jika dia terus meningkat tinggi minggu depan.., maka kita kena lepak tepi ajelah dulu... adusss..!

Forecast minggu depan ialah dia akan try making higher ke 1.3800..., lepas tu kita ingat dia akan retrace ke zone di antara FE161.8% dan FE 100.0% terlebih dahulu...., sebelum kita akan melihat mana satu jalan yang dia akan pilih..., adakah akan ke Fibo retracement 23.6% kah atau ke below Fib retracement 50%.


Khamis, 17 Februari 2011

Gold - Retrace


- Gold daily view
- Tunggu candlestick ESOK (18-Feb-2011)
- Jika ada tanda reversal... kita akan short... hingga 25-Feb / 3-Mac
- Sampai bulatan warna biru... lepas tu ...
- Mungkin dia akan mulai naik untuk tahun 2011 nie..

Rabu, 16 Februari 2011

Jangan Bersedih...

Down Jones - Check Pivot-X


Salam Bahagia...,

Harini kita attached kan 2 keping gambo iaitu DowJones dan SP500, yang ketika ini masih merangkak naik tetapi semakin membongkok. Tujuan kita meletakkan mereka berdua adalah kerana menunjukkan bagaimana "sentimen" Pivot X mungkin akan mempengaruhi market tidak berapa lama lagi....

Sepertimana kita semua maklum (terutamanya yang dah lama mengikuti forecast di sini) faktor Pivot X (daily, weekly, monthly) adalah pilihan utama kita untuk mem forecast setiap gerakan market hinggakan selalunya kita ter"over" dan ter"excited" untuk mengcounter sesuatu gerakan trend. Itu ler yang berlaku sekarang... adussssss.

Oleh itu, jika pada minggu ini semua yang kita forecastkan masih tak berapa nak jalan dengan baik.., mungkin kita akan lepak tepi dahulu.., tetapi kita tak berhajat nak tukar apa-apa view pun, even GBPJPY telah melompat keluar dari garisan terakhir resisten Q4 2010 ketika ini.



SP500 - Check Pivot-X


Kita masih hold Swing Short minggu lepas yang telah kita tunjukkan dalam gambar sebelum ini, dan kita masih bertahan. Andaikata DowJones dan SP500 terjun sedikit hari nanti, kita tak menjangka market yang lain akan selamat... kecuali Gold.

Buek maso nie... elok lah kita duduk diam-diam..


Sekian, wassalam.

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot