Sabtu, 19 Februari 2011

Market View - 21 to 25 Feb

Dollar Index - Weekly

- Spikes-spikes-spikes...!!! Uhuhuhu~.... Minggu lepas dia turun... jadi kita tak boleh harap dia akan otomatik reversal up... cuma kita harap dia boleh bikin jarum spikes di zone ini... yang demikian itu akan membolehkan dia meluru naik kemudiannya.

- Mengikut kalendar reversal days.., tarikh-tarikh yang dijangka berlaku pembalikan bagi baki Q1 2011 ini ialah pada 25/02, 3/03, 9/03, 15/03, 21/03, 25/03, 31/03 dan 6/04

- Sesuatu yang kita perasan ialah deretan tarikh-tarikh itu ialah nombor-nombor ganjil. Nombor turutan fibo pula ialah pada 3 dan 21 haribulan

- Kita tak kata "gerenti"... tapi kita cakap cuba lihat nanti pada tarikh 25/02 hingga 25/03 untuk melihat reaksi ganjil market ini berlaku... Kita seronok nak lihat, sebab manalah tau ek... kita semua ada peluang besar... kuh kuh kuh


EURJPY - 240min

- Zohor time... nanti sambung~

- Alamak... Lupa nak sambung... Sori... takde idea... tapi jika melihat kiraan pada gambar di atas... Kita rasa semua orang dah faham... naik lagi lah kasi seronok para pembeli... uhukkkk

- Bias kita ialah short... sila refer forecast kat kotak sebelah tu... hmm... kalau jadik memang best..!



GBPJPY - 240min

- Ini dia... pair paling "sengal"... xmo turun-turun... ntah apa di cari kat atas tu, kita pun xtau. Nyata sekali "W" spekulasi... tu yang letih jika kita layan... silap haribulan account kita boleh junam maut. Oleh itu berhati-hati lah... agak-agak x boleh tahan... cabut lari je dulu...

- Setinggi-tinggi punai melayang, akhirnya ke tanah jua mencari sarangnya.

- Jika failured tembus FE 300.0%... Kita masuk short guna standard lot. Forecast minggu depan ialah dia akan try test FE 300.0%... Yang kemudian nya daripada itu jika ianya gagal bertahan di atasnya (bagi maksud terus ke FE 423.6%)... gerakan ini akan di reset kembali ke FE 161.8%..


USDJPY - 240min

- Cerah masa depan...! Kikiki... Kita suka jika apa yang kita forecastkan sedang dalam perjalanan, it's means idea kita sedang develope berbunga-bunga.., hanya cepat atau lambat aje sampai atau jadinya... dan jika market ikut cakap kita maka kita boleh bagi idea mana next move mereka.

- Tapi kalau market degil-degil xmo dengo cakap kita..., itu yang buat tension sampai sakit pinggang... aduhhhh..., bila umoq dah masuk ke era "retro" semua sakit-sakit badan pun datang sedikit demi sedikit... bila duduk sorang-sorang waktu malam seram gak bulu roma. Agaknya tinggal masa berapa lama lagi kita "singgah" kat dunia ni...!?

Forecast minggu depan ialah dia akan try test bulatan biru tu lagi sekali..., adesss..., sekarang kat atas tu takde bentuk "M" kecik.., so selepas dia create M kecik... ade potensi kita ke Fibo 50%... tapi kalau dia nak terjun terus pun ada salahnyer... kuh kuh kuh... Future move ialah mengikut abjad-abjad yang kita letak dalam chart tu. Let's wait and see dia develope...!!!


USDCHF - 240min

Benci larrr... dia turun laju... abess semua trailing stop kita kena hits..., baru angan-angan nak beli kete mercedes.., camni tak payah lah.. :p

Ikut kiraan kita... dia ni hampir nak kata pasti tu tidaklah... tapi mirip-mirip dia ni... bottom long term telah berlaku. Tetapi adakah yang turun laju mcam bullet tren minggu lepas ni akan selesai di bulatan yang kita tandakan itu? Allah jua yang Maha Mengetahui perkara ini.

Forecast minggu depan ialah dia akan try making lower low ke 0.9300..., I don't think it will succesfull... Takdirnya 0.9300 tak pecah.., kita akan consider sekali lagi bahawa bottom telah pun direkodkan pada penghujung Dec 2010 yang lalu dan market akan berpatah balik ke atas fibo 50%.

Mari kita sama-sama tunggu dan lihat... jika benar, kita boleh simpan angan-angan sekali lagi untuk beli kete mercedes-benz.... kuh.. kuh.. kuh.


GBPUSD - 240min

As mentioned before.., bigger pattern "inverse head and shoulder" sedang develope. Adakah ianya akan berjaya??? Jika berjaya pattern ini developed... for sure 1.70 akan jadi next station... adusss.., betul-betul masak!

Pada ketika ini, kita berdoa semoga pattern ini tak berjaya... Takdirnya jika dia terus meningkat tinggi minggu depan.., maka kita kena lepak tepi ajelah dulu... adusss..!

Forecast minggu depan ialah dia akan try making higher ke 1.4500..., lepas tu kita ingat dia akan retrace ke zone di antara FE61.8% dan FE 38.2% terlebih dahulu...., sebelum kita akan melihat mana satu jalan yang dia akan pilih..., adakah akan ke below Fibo retracement 23.6% kah atau meluru naik ke above Fib retracement 0.00% kembali.



EURUSD -240min

As we recognise before... dia mau bikin "W" spekulasi... uhuhuhu~ "W" biasanya TIDAK AKAN selesai di FE 161.8%... nama pun spekulasi, dia biasanya akan selesai di FE 261.8% atau FE 300.0%... tetapi BUKAN semua pattern akan berjaya...

Pada ketika ini, kita berdoa semoga pattern ini tak berjaya... Takdirnya jika dia terus meningkat tinggi minggu depan.., maka kita kena lepak tepi ajelah dulu... adusss..!

Forecast minggu depan ialah dia akan try making higher ke 1.3800..., lepas tu kita ingat dia akan retrace ke zone di antara FE161.8% dan FE 100.0% terlebih dahulu...., sebelum kita akan melihat mana satu jalan yang dia akan pilih..., adakah akan ke Fibo retracement 23.6% kah atau ke below Fib retracement 50%.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot