Ahad, 30 Januari 2011

Hasil Q4 2010

Salam hormat..,

- Minggu ni.., kita tak de bagi apa-apa view yang baru. View minggu lepas sedang 'develop' maka eloklah kita tunggu sehingga gerakan yang kita forecast itu selesai dan lepas tu kita lepak tepi dahulu untuk memerhatikan bentuk-bentuk pattern yang kita tunggu-tunggu.

- Baik.., untuk mengisi masa lapang, mari kita sembang sedikit tentang hasil memorex kita bagi suku tahun yang lalu. Alhamdullillah... kita masih mengekalkan gaya lemah-gemalai swing trade kita iaitu dengan menggunakan leverage 200:1 dan penggunaan lot per trade 0.01

- Hasilnya adalah seperti gambar di bawah:-

- Seperti biasa pada setiap permulaan suku-suku tahun, kita akan buka account baru, modal kasi letak USD 3,000 dan kita akan bergerak trade dengan slow and steady serta doa dan harapan agar kita boleh generate risk:reward, 1:1 atau 1:2

- Jika kita semak balik rekod-rekod terdahulu, dengan modal pusingan USD 3,000 dalam setahun kita boleh generate secara puratanya kita dapat pulangan 1 : 1.3, jadi kalau kita campurkan semua keuntungan pada setiap suku tahun itu kita dapat USD 12,000 secara kasar.

- Memang "kureng" jika dibandingkan dengan trader-trader pro lain, tetapi adalah sesuatu yang amat kita senangi jika kita dapat tidur lena dan lepak tepi kolam ikan melihat rakan-rakan memancing setiap minggu... hehehe

- Baru-baru ini, tersebar berita tentang kehebatan sebuah "pooling account" yang di kenali sebagai RoyaltyFX.., kita ada bagi komen tentang ia dalam suatu forum, tetapi kita kena "bedal" hidup-hidup kerana menyokong RoyaltyFX tu, mereka kata ianya adalah sebuah syarikat "scammer"...

- Well..., last berita yang kita baca ianya benar-benar ditutup dan dipercayai membawa lari kesemua wang pendepositnya. So.., kita minta maaflah banyak-banyak sebab menyokong idea RoyaltyFX tu, tetapi... kita "admire" cara dia handle MM, cumanya dia guna EA dan at last dia announce "pooling account" tu lingkup sebab "teknikal error" EA tu.

- Ada juga yang tuduh kita bersekongkol dan termasuk salah seorang yang terlibat dengan RoyaltyFX. Heh...!? Dan paling sakit hati dia cop kita sebagai "beruk mak-nyeh" RoyaltyFX. Hmm... tabiat manusia ni di mana-mana pun sama sahaja. Dia tak boleh senang tengok orang lain berjaya dari dia. Padahal dia selalu jadi pencacai angkat najis aje selama ni.., habuk pun tarak!



- Iktibar yang boleh kita ambil dari kes RoyaltyFX itu ialah:-
  • jika kita nak melabur, sila dapatkan butir-butir peribadi pengelola yang lengkap terlebih dahulu dan jika boleh lawati tempat / pejabat; jangan lupa ambil gambar muka dan badan dia hidup-hidup... keh keh keh
  • minta pendapat 4 individu tertentu yang anda kenali mengenai hasrat kita tu, supaya kalau ada apa-apa perkara yang berlaku kemudian, kita boleh mengadu nasib, mana lah tau mereka boleh bantu buat apa-apa yang patut... kih kih kih
  • jangan labur besar-besar.., test lah satu atau dua lot dahulu, yang agak-agak kalau pengelola tu lingkup, kita tak tepuk dahi... he he he
  • pertama-pertama sekali yang kita nak ambil keluarkan ialah modal asal, bukannya untung mingguan atau bulanan, sebab untung atas angin tu boleh kita pusing balik untuk gantikan modal awal tu...
- Apa-apa pun... tradekan modal sendiri adalah yang lebih bagus, cuma yang perlu kita ubah ialah mind-set dan sifat tamak-haloba kita aje... RoyaltyFX tu cuma mensasarkan 20pips sewaktu London Open dan 20pips sewaktu London Close...!

- Kenapa pula kita perlu rasa "PhD" pada orang yang lebih bijak dari kita ??? Dan ingatlah sentiasa bahawa.., orang yang banyak sangat komplen dan kondem orang lain, itu tak betul, ini tak betul, tapi dia aje yang betul.., itu memang petanda paling nyata bahawa dia adalah orang yang sentiasa dan banyak kali gagal dalam hidupnya.


Sekian, Wassalam.

Khamis, 27 Januari 2011

EURUSD - SWING SHORT ACTIVATED

Corrective dip to 1.3365 is favored while below 1.3744 .
Stop Loss above 1.3874 limit.

Sabtu, 22 Januari 2011

Market View - End of January

USDJPY - 240min

- Minggu lepas komen kita ialah :- Sementara ianya berada di bawah paras 61.8%... ianya dijangka mengelirukan keadaan dengan seolah-olah bergerak ke arah 38.2% dan 23.6% dengan taktikal untuk membuat libasan ke atas 50.0% dan 61.8% dan 76.4% kembali.

- Minggu depan komen kita ialah :- Akan mengetest level 61.8% sekali lagi sebelum dia-nya dijual dengan segala stable lumba kuda-nya ke below 50.0% dan 38.2%.., mungkin juga ianya akan terlebeh-lebeh hingga ke below 23.6%.

- Perjalanan minggu hadapan akan membentuk pattern W, samaada ianya berhenti di 38.2% atau 23.6% atau 0.0%... ianya tetap berbentuk W. Kita sarankan SELL dahulu..., sebelum kita dapati ade bounce yang kuek cam superman di ketiga-tiga level tersebut..

- Jika awal minggu depan dia terus-terusan mendaki... follow www zzz buy setop above bentuk diamond... (kita tak fikir ini akan berlaku... tapi... dalam forex apa-apa pun bisa berlaku di luar dugaan).


GBPJPY - 240min

- Level 23.6% adalah kubu "sementara" beruang bertahan atas asakan seladang pound yang meluru naik di awal sessi Q1. Mengikut forecast table sebelah kanan blog ini.., harga akan berlegar di sekitar 131.00 untuk Q1 sebelum melompat naik ke 134.00 di Q2.

- Oleh itu kita setakat ini percaya dia ni akan bearish di bulan Febuari ke below 50% - 76.4%, sebelum dia memulakan kempen pendakiannya ke harga 131.00 di penghujung Febuari atau awal March dan bertahan di paras itu yang kemudiannya terus mendaki ke 143.00 and above.

- Untuk minggu depan kita menjangka satu lagi correction arah ke bawah akan berlaku, tetapi suka juga kita ingatkan bahawa yang turun itu kelak ialah retracement semata-mata, oleh itu kita sarankan supaya setiap short posisi yang di ambil hendaklah di tutup mengikut kaedah intraday setiap hari.

- Dan sila perhatikan bentuk "V" setiap kali sebelum berlakunya penurunan harga.. yang pada ketika ini terbentuk sekali lagi di zone sebelah atas ini... berhati-hati dan sila jangan "ober-ober konpiden"... just ready to take action..!


GBPUSD - 240min

- Komen kita minggu lepas ialah "Sementara masih berada di atas level 50.0%... dia masih suka nak saiko harga 1.6000... kita rasa hasrat dia akan tercapai, dengan tajuk cerita ini ialah jika dia touch 1.6000 pada awal gerakan dia minggu hadapan... kita rasa di penghujung minggu dia akan turun ke 1.58-1.55"

- Komen kita untuk minggu hadapan ialah " Stoploss untuk mengeshort berada di paras 1.6200, dan dia sekarang dalam posisi yang baik untuk di swing Short sehingga kembali paras 3 golden ratios or even more..." Siapa sangka cempedak boleh jadi nangka? Ehekkk... plan kan profit di setiap level one by one arah ke bawah... InsyaAllah, berjaya."


EURGBP - 240min

- Semasa berada di atas level FE 61.8%, Kita menjangkakan dia boleh menuju ke FE 127.2%. Buat ketika ini kita rasa dia tak boleh ke FE 161.8%... tetapi market boleh pada bila-bila masa akan mengambil keputusan yang berbeza...

- Oleh kerana kita telah mengeshortnya pada permulaan tahun ini, maka kita akan follow view "beruang" untuk sekurang-kurangnya sehingga end of this Q1, jadi kita makang kacang dulu dan kalau sesiapa teringin nak follow dia retrace ni, silakanlah...

- Den lebih suko nak handle semuo euro ni bearish... takut den nak main retrace, takut tak terjago nanti janggg ooiii...!!


EURJPY - 240min

- Short kita kantoi minggu lepas, setelah dia tetiba breakout ke atas. Untuk minggu hadapan, kita ingat dia memang boleh try level fibo 23.6% kerana dia telah mendapat sokongan di level 76.4% dan 50.0%.

- Fibo jenis senget ni kebiasaannya akan menuju juga fibo level yang senget juga. Contoh yang kita lihat EURJPY ini 76.4% pergi 50.0% nanti ke 23.6%. Tajuk bicara dia yang lebih luas ialah dari 23.6% kita boleh anggarkan dia JIKA gagal menembusi 0.00%... jawapan bagi segitiga ini ialah ke 127.6%...!!

- Stand-aside, terlebih dahulu... bentuk W spekulasi ini memerlukan margin dan equity yang besar jika mencounternya. Kita akan cuba melihat tanda reversal di dalam range 23.6% dan 38.2% terlebih dahulu, sebelum kita rembat short sekali lagi... ~miyahaha~.. uhukkk..!!!



EURUSD - 240min

- Komen kita minggu lalu ialah "sementara harga masih berada di atas 76.4%, dia agak pasti akan cuba untuk menceroboh sekurang-kurangnya ke dalam golden ratio 61.8% dan 50.0%"

-
Komen kita untuk minggu depan ialah " harga akan cuba untuk menceroboh 38.2% dan jika harga daily close gagal bertahan di atas 38.2% setelah ia berjaya ditanduk atau ianya gagal mencecah level 38.2%, maka InsyaAllah dia akan dijual seluruhnya termasuklah segala stable lumba kudanya"

- Short minggu lalu gagal dan kita takde post swing hingga ke ahir dagangan minggu lalu dan kita akan standby short sekali lagi pada bila-bila masa di antara level 50.0% ke 38.2%.


Rabu, 19 Januari 2011

EURJPY - Standby Short

2:30pm

Membentuk W yang kita semua recognise sebagai W spekulasi.. nampak macam belum abess perjalanan lengan kanan nya... tetapi mereka memforecast dia ni akan kecundang ke below 104 kelak. Semalam dia open below pivot... jika dia "tidak stabil" di zone FE 161.8, kita akan tunggu peluang short apabila dia berpatah balik ke below pivot harini. Harga S1 dan S2 jadi target kita.

Sila perhatikan jika ada bentuk M tatkala dia berada di antara R1 dan Pivot di timeframe yang lebih kecil.

GBPJPY - Standby Short

2:00pm

Dia open price below pivot harini... dan retracement dia telahpun tiba ke level 23%... Kita rasa ada peluang mengeshort dia barang sehari dua ke level 50%... Dengan peringatan bahawa jika dia meluru naik melepasi paras R3 harini, view bearish ini akan invalid.

Take Profit berperingkat yek!

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot