Sabtu, 6 Julai 2013

EURUSD - Contracting Triangle



EURUSD - Daily & 60 min

- Bulan pose ialah bulan yang mendebarkan... dada kita berbunyi degap-degup-degap-degup.. bukan sebab takut nak pose... tetapi pada setiap bulan pose EURUSD akan buat suatu kejutanzzz..

- Pada 2010... pose jatuh hujung bulan 8.. harga melantun naik
- Pada 2011... pose jatuh awal bulan 8.. harga merudum turun
- Pada 2012... pose jatuh hujung bulan 7.. harga melantun naik
- Pada 2013... pose jatuh awal bulan 7.. jeng...jeng...jeng !!!

- Ye.. pada setiap Ramadan.. ada candle yang besau-besau akan muncul.. kasi abesskan semua duit orang.. dan tahun ini kita sekali lagi akan berhadapan dengan situasi yang serupa... kita berdoa semoga kita tak terjerumus dalam situasi tersebut.. kalu ikut cycle turun naik di atas.. maka mungkin tahun ini kemungkinan nya ialah harga akan merudum turun.

- Tetapi.. entah mengapa hatiku berkata-kata dan berbisik manja.. "tahun ni dia naik bang.." ... adussss... hatiku mulai goyang... so minggu lepas, tak trade langsung EURUSD dan GBPUSD... maka kita tengok ajelah sambil makan karipap-karipap lain yang ade.

- Merujuk kepada chart 60min... Crab bullish berganti dengan Crab bearish... dua-dua kita kira dah selesai kerja... finished already... both bull and bear makan besar... kureng lebey both dapat 610pip up down.. now kita beralih kepada chart daily... dalam pattern... ada contracting triangle.

- Tetapi kita nak ingatkat terlebih dahulu.. bahawa ada 3 pattern bearish yang wujud sekarang iaitu bearish head and shoulder, bearish butterfly dan bearish gartley... bergabung untuk meranapkan ERUSUD.

- Kita rujuk kamus... apa maksud "contracting" ? .. maknanya ialah menguncup... biasanya harga melantun-lantun macam bola ping-pong dalam triangle tu... sehinggalah membentuk gerakan ABCD.. and the final leg ialah E.. dan ... E itu tidak akan mencecah garisan A ke C.. atau dengan kata lain E mesti lah kedudukan terakhirnya berada di atas C.

- Dan... setakat eod hari Jumaat... EURUSD belum melepasi garisan A ke C or level C... soklan yang menarik di sini  sekarang ialah... akan bocorkah kah kah kah ????

- Sama-sama kita tunggu dan lihat adegan seterusnya... dan kita view tetap sama iaitu stand-aside lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot