Ahad, 3 Mac 2013

Lahad Datu.. Kasi 'Smack Down' Semua Lah !!


SEMPORNA 2 Mac - Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah....


MANILA 2 Mac - Pengikut Kesultanan Sulu yang menceroboh sebuah perkampungan di Lahad Datu, Sabah tidak akan menyerah diri dan berundur dari kawasan tersebut.

Anak perempuan ketua kumpulan itu, Puteri Jaycel berkata, kumpulan itu akan terus bertahan di Kampung Tandou, Lahad Datu dan bersedia mati di sana, selepas berlaku pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan polis Malaysia, semalam....


LAHAD DATU 1 Mac - Selepas hampir tiga minggu kerajaan membuka pintu rundingan kepada kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu, penceroboh itu hari ini memulakan serangan dengan menembak mati dua anggota komando polis dari pasukan VAT 69 dan menyebabkan tiga lagi cedera....


Kita berdoa ke hadrat Allah Ta'ala... semoga krisis pencerobohan ini dapat selesaikan dengan secepat mungkin dan ke semua penceroboh serta ketua nya serta tali-barutnya dapat di tangkap atau pun di tembak mati tanpa ada rundingan lagi.

Semoga Allah Ta'ala merahmati dan memberikan anugerah yang setimpal ke atas kedua-dua roh anggota komando polis yang terkorban semasa menjalankan tugas demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara kita Malaysia. Amiiin.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot