Rabu, 4 Julai 2012

Nisfu Syaaban







Maghrib ini (4.7.2012) akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban ialah malam di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar. (Riwayat Ibnu Majah)

Imam Syafi‘e pula berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban. 

"Saya mengajak rakan-rakan semua, yang muda atau yang tua, yang miskin atau yang kaya, marilah kita beramal-soleh sebanyak-banyaknya di malam yang barakah ini. Kalau rasa-rasanya tak konfiden nak buat sendirian.. jom ler kita beramai-ramai memenuhkan surau atau masjid yang berhampiran dengan tempat kita.. pakat-pakat kita beramal di sana bersama jemaah yang hadir.. semoga kita semua berjaya.. di dunia dan di akhirat " 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot