Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.
Ahad, 15 April 2012
Hala Tuju Masa Depan Kita
Dow Jones Islamic Market
- Minggu lepas kita dapat lihat Dow Jones mulai gostan. Ketika ini banyak pengumuman tentang keputusan korporat bagi suku pertama untuk tahun ini mulai dikeluarkan satu persatu. Saham tidak seperti currency.
- Benda paling bodo tentang saham ialah dia tidak boleh dijual jika kita tak ada pegangan terlebih dahulu. Ini adalah sebagai mengelak 'short selling'. Ianya juga untuk mengelak spekulasi. Tak ke kelakau? Jika orang ada akal dan duit banyak dia boleh beli aje dan sampai mati pun saham dia akan tetap naik, sebab adanya sistem bodo begitu.
- Jika company tu ialah company lanun, saham dia tak akan jatuh sebab seluruh persatuan lanun-lanun sedunia akan membeli saham ahli-ahli kumpulannya setiap kali lanun yang lain ambil untung.
- Itu adalah pandangan peribadi saya tentang saham. One way ticket.
- Lain dengan currency.. kita boleh beli dan jual bila-bila masa.. mengapa? Sebab sistem currency ni canggih sikit.. Jika kita pegang duit Malaysia Ringgit pun kita boleh beli dan jual dengan mana-mana satu currency atau pair yang kita suka.. tapi MFK kata cara itu tidak mematuhi garisan panduan 'qabd, iaitu cara sebegitu ialah kita menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd).
- Maknanya, kita kena pegang (ada) duit Euro baru ler kita boleh beli Dollar contohnye.
- Kita kena maklum dalam dunia pengkomputeran; kaedah conversion boleh dilakukan dengan sekelip mata. Sistem komputer boleh menukar dari Ringgit Malaysia kepada Euro dengan arahan kita. Dengan Euro itu kemudiannya sistem tersebut akan membeli Dollar. Maka berlakulah arahan yang telah kita hajatkan iaitu kita menjual EURUSD melalui broker dan platform masing-masing. Mudah bukan?
- Sayangnya.. cara ini dibakul sampahkan aje, sebab professor-professor tu lagi tinggi ilmunya.. maka sabitlah kesalahan kita semua kerana ke'jumudan' kita mengambil cara pegang dan tukar currency cara komputer.. dan kita pun memang jahil bab hadis nak sokong cara ni.
- Baik.. berbalik kepada Dow Jones.. as we can see.. ado gap! Weekly gap.. nampak gap ini teringat dengan gap NZDUSD dahulu.. 'Horse Kicking'. ingat lagikah apa yang berlaku kepada NZDUSD setelah itu? Adakah gap di Dow Jones ini akan mengakibatkan perkara yang serupa akan berlaku? Ehemmm..
- Anggap aje benda tu ialah suatu 'kemungkinan'. Ya atau tidak... itu aje.. jangan ober konpiden sudahhh.. apa-apa pom.. stoploss jangan lupeee... eeeyaahhhhhh!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan