Sabtu, 8 Oktober 2011

Market View - 10/14 Oct


USDX 240min

- Biasanya lembu tu leka makan rumput bila kat tali air ataupun sungai, sebab rumput-rumput tumbuh segar bugar di situ... nyaman agaknya. Lembu tu tak perasan selalunya bila rumput tu terumbang-ambing di tiup angin menandakan tak jauh dari tempat dia makan tu ada tali air atau sungai untuk boleh menjerumuskan dia ke dalam nya.

- Ketika bottom ada banyak zigzag terbentuk.. tatkala di atas banyak juga zigzag.. yang jenis sebegini kita panggil '3 drive pattern' atau yang sahabat kita "dana" cakap 'bearish wedge'

- Potensi nya ialah seperti yang bearish crab pattern tunjukkan... iaitu ke X dan B kembali. Drop below B kira kes naya... expectation nya A dan C boleh hancur lebur bagai debu, maknanya USDX ada satu (1) lagi kaki ke bawah (yang mungkin belum siap)

- Dan.. kita ulang sekali lagi bahawa 'in long term' trade bias.. kita prefer bullish untuk dollar. Tetapi kita tak fikir ianya akan berlaku pada tahun ini. Dalam jangkaan kita ianya akan berlaku di pertengahan tahun 2012 atau sedikit awal dari itu... kita estimate sekitar hujung quarter one dan di pertengahan quarter two tahun hadapan.

- Ok.. next week dia mungkin akan consolidation dahulu.. beware jika dia break kembali 79.85.. tetapi jika tembus critical level.. kita yahooo-yahooo!



EURUSD - 60mins

- Beza antara 'cikgu' dengan 'ustaz' memang jauh berbeza. Seorang cikgu dia mengajar contoh-contoh teori, sejarah, ekonomi etc aje tapi mungkin dalam kehidupan dia seharian dia tak sempat nak gunakan pun perkara-perkara yang dia ajo kat anak muridnya.

- Seorang ustaz pula dia ajo orang tentang hal-hal keagamaan dan dia juga pada kebiasaanya kena buat juga apa yang telah dia ajokan kat anak muridnya kerana apa yang di ajo tu memang bersandarkan dengan Al-Quran, Al-Sunnah, ijtimak, qias para ulama' dan para sahabat tentang arahan dari Rasullullah s.a.w yang di terima dari Jibril a.s yang menerima arahan terus dari Allah SWT untuk kita laksanakan.

- Uhukkk.. gitu juga beza antara 'kelas' porex dengan 'trade' porex. Kat kelas di ajo nya teori-teori nak trade porex sambil ditunjukkan 'SS' hasil guna teori-teori tersebut. Kat rumah, masa nak 'trade' porex semua jadi haru-biru sebab semua teori-teori tu keluar semua sedang kita nak baru mulakan trade.. pening kepala mana satu nak buat.. sell ka, buy ka? Adusss !!

- Gitu juga lah macam kita ni.. minggu lepas tunjukkan pattern lain.. minggu ni plak pattern lain yang muncul.. mana satu nak ikut? Sell ka, buy ka? Adusss.. peningggg !!! Kah..kah kah..,,, Jangan gabra... kita 'pura-pura' buat 'steady'. Berniaga memang ada untung dan rugi... apa yang perlu kita buat ialah kita laksanakan apa yang kita dah planned kan.

- Jika muncul masalah... berjaga-jaga... apa yang patut kita ambil untung.. kita ambil dulu. Dan bersedia untuk next development. Next week kita akan berhadapan dengan news tentang bayaran untuk bail-out Greece. Rumours sejak beberapa minggu terdahulu cakap Greece akan "default" = "bangkrap". Well... I don't believed it..

- Dan itu lah trade plan kita... InsyaAllah.. berjaya!




GBPUSD - Daily

- Terima kasih kengkawan... ehehe... minggu nie memang cun... semua pair kita mula menunjukkan tingkah laku yang serupa iaitu cuba dengan agresif me retrace kan harga mereka melawan trend 'palsu' bulan lepas..

- Mengapa pula kita cakap itu trend 'palsu' ? Sebabnya banyak benor 'gap' sana-sinun.. dan GBPUSD pun tidak terlepas dari terkena tempias nya. Dan siapa pula yang berani cakap 'gap' tak akan di 'filled' kan kemudiannya?

- Khamis lepas jadi bukti 'kecil' tentang tabiat memenuhkan 'gap' memang berlaku.. cumanya bekal kita ialah sabar dan yakin.. sedikit demi sedikit harga merangkak naik dan akhirnya meletus ke atas kembali.

- Ok next week.. GBPUSD pada hari Jumaat dia ada tinggalkan 'daily pivot'.. so jangan terkejut dan panik pulop jika dia turun.. lagi pun ado satu lagi 'tiang letrik' yang dia kena harungi,, so sabor aje jika dia pullback ke situ (ke daily pivot dan 'tiang letrik' no.8) or otherwise dia terus try keluar dari trendline tu pun ok jugop... kikiki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot