Sabtu, 24 Julai 2010

Market View 26-30 July (Dollar)

USDCHF - Daily

- Gann Grid.., Wolfwave..., FiboRET

- Buat ketika ini kita tak ada cadangan nak ubah view terdahulu kita, walaupun dia memang berada di bawah 61.8% dan dalam triangle lagi dan mungkin juga boleh jatuh ke 76.4%... tetapi kita nampak dengan jelas yang naik terdahulu ada 5 gelombang dan yang sedang turun lurus tempohari tidak lebeh nampak macam "correction"...

- Triangle ni kelihatan kembang ke atas... minggu depan mungkin dia boleh start closekan candlestick dan harga dia di atas level 61.8% kembali... stay tune..!

EURUSD - Daily
- Daripada 91 buah bank yang dibuat ujian "stress test".... 7 buah bank Eropah telah gagal minggu lalu, tapi di USA 5 buah bank dah tutup kedai sepanjang 2010 menjadikan totalnya 101 buah bank telahpun bangkrap sejak krisis ekonomi 2008...

- Daripada 7 yang gagal tu.., 5 datangnya dari Spain... 1 dari Germany... 1 lagi dari Greece... kuhkuhkuh... agak mengejutkan kat Portugal takde lak bank yang gagal ujian tu.. Tapi bila lihat adenya bank di Germany yang gagal gak dalam ujian tu, mestilah ada sesuatu tak berapa betul sedang berlaku...

- Deria bau kita menyatakan EURUSD naik ni tak akan lebih jauh dan lebih lama, Kita akan bertahan dengan view bearish kita, sementara di dalam chart di atas masih menunjukkan dia ada bentuk nak mengetest 1.3120... tidak mengapa,,,, kita tunggu lagi... dan breakdown below 1.2750 akan menunjukkan lorong yang seterusnya untuk ke bawah...




GBPUSD - Daily
- Mantap...! Masih Bullish... Takde candlestick yang bagitau dia nak corner turun... jadi minggu depan dia masih boleh testing high 1.5520 (letakkan fibo expansion dari point 4,5 dan bawah FE 127.2 tu nanti kita nampak dia nak try pecahkan FE 61.8 dan FE 76.4)...

- Tetapi... mengikut kiraan kita... biasanya gelombang ke 5 "mungkin" dah siap kerana biasanya gelombang 5 adalah sama panjang dengan gelombang 1 ( rectrangle warna biru ), oleh itu yang sedang bergerak ke atas ini adalah sejenis "correction" ABC..

- Berwaspada...!!! Jika dia boleh pecahkan 1.5520-1.5590... dia mungkin boleh terbang sehingga 1.57-1.58... !!! Adoiiii makkk sakitnya...! :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot