Ahad, 30 Ogos 2009

UJ, GJ, EJ - Trade Setup Strategies

UJ - Follow The Trend # 2

UJ - Counter #1

&&&&&&&&&&&&

GJ - Follow the trend #2

GJ - Counter #1

%%%%%%%%%%%%%%%

EJ - Follow trend #2

EJ - Counter #1


Salam Ahad 2:30pagi..,

Merujuk kepada kedudukan terbaru SP500.., serta amaran peringkat merah+kuning fundamental news Japan, China Europe dan US, serta faktor pilihanraya Japan minggu hadapan yang dijangka akan menumbangkan parti LDP yang telah memerintah selama 50tahun... maka eloklah kita merangka strategy untuk trade setup semua crossing pair yen.

- EJ... kita merancang seperti dalam gambar di atas.
- GJ.. kita merancang seperti dalam gambar di atas.
- UJ.. kita merancang seperti dalam gambar di atas.

Kita akan lihat dalam tempoh 2 minggu ke hadapan ke arah manakah ketiga-tiga pair ini akan pergi... We dun care, it's bull or bear... jika signal buy hidup di daily atau weekly atau monthly) support; kita akan buy.., jika signal sell hidup di (daily atau weekly atau monthly) resisten ; kita akan sell...


Selamat memorex
Beli di support, jual di resisten

Sabtu, 29 Ogos 2009

NU - Next Trade Idea


Salam buah Kiwi ranum..,

Mengikut data COT 24/8.. minggu lepas... "NZD: The 13 week index has turned from 100, suggesting a turn from a top in bullish sentiment."

Kita telahpun menyusun strategi untuk mengeshort dia secara kecil-kecilan sejak minggu lalu untuk trade setup bulan Sept hingga November. Rasenye dia akan buat spike sedikit ke paras 0.7020 sebelum dia betul-betul junams...

Oleh itu kita sarankan, sediakan margin yang secukupnya, sebelum hujan... keekekeke...


Selamat memorex,
Jual di resisten, beli di support..

AUS - Next Trade Idea


Salam Down-Under...,

Mengikut perspektif kita sendirian berhad.., AUS/USD perlu me"retrace"kan diri mereka sedikit sebelum mereka benar-benar boleh terbang melintasi awan biru... tatkala semua view mengatakan dia akan lebih bullish, kita ambil langkah sederhana...

Kita akan short dia minggu hadapan setelah kita melihat adenye potensi pembentukan head n shoulder di tf 4hr ini.. target 1 dan 2 menjadi igauan kita... dan jika terus meleret jatuh, kita sediakan bakol aje.. kuang3x..

Setiap trade hendaklah di sertakan stoploss dan target, kerana .. tanpa irama dan lagu, tiada siapa pun sudi berkenalan dengan penyanyi-nya... kuang3x...


Selamat memorex..,
Jual di resisten, beli di support.

Warning SP500



Salam hari Sabtu, malam minggu...,

Kali nie..., kita tunjukkan pula chart SP500... dan pada penutup Jumaat dia bikin dOJi... Kita tunjukkan juga level Fibo dia dan juga kipas ajaib level 76.4%...

Kita kelaskan petunjuk yang baharu ini, tahap cipanzi.. Sila berhati-hati dengan pair Yen dan USD... JIKA dOJi ini menjadi tanda reversal seperti yang kita tunggu-tunggu, maka kita perlu bersiap-sedia untuk mengaktifkan semua bom nuklear kita... kerana gelombang kali ini jika menjadi kenyataan akan memecahkan semua benteng pertahanan bulan Mac 2009...

Mungkin kita terpaksa mengkorner lipatkan semua counter yang telah kita lakukan, sebelum gelombang beruang bertindak, yang selalunya akan "meng"ignore"kan apa-apa fundamental news. Harga pasaran dan waktu adalah penting, kita menjangkakan news NFP akan mempengaruhi arah market selepas itu...

Sayugia di ingatkan sekali lagi... Stoploss adalah penting ketika ini...!!!

Selamat memorex...,
Jual di resisten, beli di support

Khamis, 27 Ogos 2009

EG - Warning

Update Sept 15, 2009
"Simpan untuk lepas hariraya..."


Salam ptg Khamis... 6:30ptg

Di luar hujan lebat + angin, malam.. ni malam Jumaat... kata orang tua-tua... jika malam jumaat hujan... insyaAllah ... sepanjang minggu depan... hujan akan menyirami bumi...

Gambo di atas ialah EG.. di mana kita jangka dia akan turun mengambil mana-mana pivot X dia.. harap2 dengan turunnye hujan petang nie, turun jugeklah EG nie sepanjang minggu depans... wakakakaka.... uhukz

Ok.. itu ajelah untuk harini... ingatlah motto kita selalu.. Jual di resisten, Beli di support...

Sekian,wassalam

Rabu, 26 Ogos 2009

GJ - Warning


Salam masyukkk petang Rabu, 7ptg....

Kita issue alert warning bagi sapa-sapa yang masih hold short GJ... macam yang tunjuk dlm gambo tu.. dia dekat nak touch kipas ajaib kita 76.4%.... kita dah tunjuk beberapa kali tentang line kipas ajaib nie dalam beberapa kali operasi "menyerkap" potensi bouncing yang tinggi... terlatest sekali kita dah tunjuk dalam EG.... tapi itu cuma dalam tf 1hr...

Chart ini adalah chart daily... jika 76.4% berjaya "menendang" bola ni naik ke udara.. potensi memecahkan paras harga 163 adalah tinggi.... oleh itu.. jika masih memegang short... sila letakkan SL secukupnye...

Sekian, wassalam...

London Ahead - Buzz... buzz




Take Care everybody... Jangan terbakar jari...!!!

London Session Review


Salam pukul 2:30pagi..,

Bila kita nak counter trend... cari time/masa/waktu... market dah sampai support atau resisten, biasanya memang waktu tengah malam dan nak masuk subuh time kat Malaysia... dalam kes sekarang, kita nak counter GJ, GU dan EG... kita akan lihat balik pada esok, samaada projek ni menjadi atau tidak... kalo tak menjadi, kita lari ler dulu... eeeeehikss


Sekian, wassalam...
Beli di support, Jual di resisten

Sabtu, 22 Ogos 2009

Uchf - Bpunce


Salam 1 Ramadhan, 4:30ptg...

Selepas kita bagi EU trade pivot X semalam.., harini kita letak view UCHF yangi mana pada last posting kita try tahan lukah tapi tak berjaya dan selepas dari itu kita biarkan dia dulu kerana kita agak bizi menjaga eu... kui3x...

Kita plan next week kita akan start beli dia. pada zone yang kita tandakan tu.. JIKA dia jatuh lebih dari 1.0550... kita cancel plan nak counter dia ni, sebab below 1.0550 dia boleh pergi ke 1.000 atau 0.9800...

Oleh sebab itu, kita kena berwaspada mulai skrg... setiap trade yang kita buat, sila letak stoploss, rakaman sejarah tahun lepas jangan di ulang kembali..., bull or bear pada tahun ini... we dun care..., kita hanya bikin planning, trade the plan, in and out... kita tak kira waktu out tu.., green atau red, tapi mesti out...

Mulai minggu hadapan, setiap trade sangat disyorkan agar "activate"kan stoploss untuk semua trade yang kita masih hold... soon or later... market akan bergerak pantas, samaada mengikut plan kita atau berlainan arah.


Sekian, Wassalam
Beli di support, Jual di resisten


GJ - Retracement


Salam petang 1 Ramadhan, Ahad..

Sila rujuk posting dan update untuk GJ nie.. last update.., kita cakap buy break, sell failure... so dia dah break... kita buy bila dia pullback sket nih... sama cam uj gak taktikal dia... apa-apa pun kalo dia mula break trendline... dia akan pullback untuk test trendline tu kembali... time pullback tu ler kita boleh masuk entry sekali lagi untuk next new trend...

Sekian, Wassalam
Beli di support, jual di resisten.

UJ - Jangan Terkejutz


Salam malam 1 Ramadhan, pukul 2pagi...,

Kita rujuk chart UJ sebelum ini, serta gambo terbaru yang kita "snap" tadi... nampak gaya, UJ mungkin akan buat corrextion yang agak besar sekali lagi... sebab malam ini dia telah melepasi channel 30minit dan bertepatan tempat yang dia bounce tu kat Fibo 76.4% mengikut gambo dalam posting terdahulu...

JIKA demikian keadaannye... pada malam ini kita akan cubo membeli masa dia turun sekarang ini pada tempat yang telah kita tandakan seperti di atas. Paling minima setakat yang kita lihat pada malam ini, pada minggu hadapan dia boleh retrace ke atas ialah pada line 50% fibo, kemudian kita akan lihat kembali adakah untuk di akhir dagangan minggu / bulan Ogos ini dia nak jadi bearish kembali atau bertukar bullish...

Kita akan maklumkan kemudian setelah keadaan menjadi lebih jelas kelak.

Sekian, wassalam....
Beli di support jual di resisten

Jumaat, 21 Ogos 2009

EU - Counter Pivot X


Salam Maghrib...

Eee.. kita taip cepat-cepat sebab nak azan nie... Ok... EU semalam pivot dia tak salam... so ikut standard trading kita.. counter level dia ialah di R2 harini... tapi tunggu dia bagi sign revesal dulu ek.. moementum dia naik belom abess... standby short bawah R2 jika dia siap bagi tanda nak reverse.... yehaaaaa... lari dulu... dah azan.... :D

Khamis, 20 Ogos 2009

GJ - Hit n Run....

UPDATE : 07:00MLM 21/08/2009
Yeehaaaa...!! Setelah berjaya mengecewakan para pembeli GJ tengahari tadi, petang ni.. strategi yang sama kita gunakan,,, sila lihat gambo kat atas tu ye... haa, tapi malam ni jangan lupa pegi tarawih dulu ... yek!...


UPDATE : 10:30MLM
Oleh kerana dia gagal menembusi palang besi petang tadi... malam ni kita short dia kat pivot.



Salam Hari Khamis....

Sementara menunggu GJ nie terbang ke 160.20... Anda boleh membeli dia jika dia berjaya memecahkan trendline sebelah atas tu.... Cubalah mana tau ade rejeki harini... :D

Rabu, 19 Ogos 2009

Hehe... London OutLook & Fibo Extension

London OutLook
------------------




Add KnowLedge - Fib Ext
-----------------------

Selasa, 18 Ogos 2009

EG - Next trade Idea


update jam 5ptg Rabu... 19/8/2009

OUT... bawa GOnie .... yehaaaaaaa!!!!



Salam hari Selasa malam Rabu..,

Rujuk posting terdahulu tentang EG nie...

Malam nie.. kita dah beli sket2 EG nie... start dari paras pivot X yang dia dah bayar hutang-nye tu dan... midS3 & S3... RSI hourly oversold... so next projektion kita ialah melepasi paras monthly resisten 1, sekurang-kurang sebelum bulan Ogos nie berakhir...

So.. esok, kita tgk balik samada kita boleh hold posisi ni.. atau kita lepaskan dulu dan buy balik kemudian di paras S2 untuk esok... ehehehe... sekian, wassalam

Beli di support, Jual di resisten

GJ & EJ - Next Trade Idea


Salam Petang Selasa...,

Ehiksss... Setelah berjaya dengan trade mengeshort GJ& EJ... harini dan esok kita nak lepak kejaps.. kah3x.. lotih tak tertahan, badan pun dah tua, lagi pun... bukan ker bulan tu nak masuk fasa "gelap"..? So... ini lah masa kita nak relaks... kikiki

Baikkk... untuk next trade GJ & EJ... sementara belum masuk bulan posa nih... kita makang kacang dulu... kikiki... bagi dio retrace up dulu... sementara SP500 telah "membreaking" 2weeks low... dan GJ & EJ ni weekly dio engulf... kita kena sabar dengan baring and guling sementara time kita sampai untuk masuk entry kembali..

Kita dah tandakan tempat kita nak letak short dalam gambo di atas, jadi sila gunakan signal sell jika muncul dalam kawasan situ yek!... adios...

Sekian, wassalam...
Jual di resisten, beli di support..

Sabtu, 15 Ogos 2009

Colonial BancGroup shut down






WASHINGTON (AP) -- Real estate lender Colonial BancGroup Inc. has been shut down by federal officials in the biggest U.S. bank failure this year.

*77* bank failures nationwide this year compare with *25* last year and *three *in 2007.

read more <here>

Tahun 2007 - 3 budak hitam terjun kolam
Tahun 2008 - 25 budak hitam terjun sungai
Tahun 2009 - 77 budak hitam terjun laut (setakat ni)...

... next... apa tindakan market???

New Version My101... tungguuuu....


Gambo di atas ialah versi baru my101 trading sistem yang kita jangka akan kita berikan secara percuma kepada sesiapa yang berminat kelak. Buat masa ini, masih dalam peringkat kajian dan minggu hadapan akan di berikan testing 1,2,3 kepada beberapa orang rakan yang telah kita hubungi untuk di cuba beberapa ketika....

Jika mereka berjaya menaikkan demo akaun menjadi gemoks, maka sistem ini akan di releasekan, tetapi jika mereka gagal... sistem ini akan di simpan ke dalam peti sejuk sahaja... ehekkk... sila bersabar ye... kita kan test 2 peserta pilihan tersebut untuk melihat siapakah di antara mereka itu yang paling berdisiplin dan ade potensi untuk maju kedepan dalam bidang porex nie...

Oleh itu untuk pesanan mereka berdua tu, sila jaga disiplin trade, jangan main-main trade, jangan ikut suka hati nak trade sebab semuanya akan direkodkan, walaupun akaun tu demo, tapi jika anda berdua gagal, anda akan menghampakan setiap insan yang lain... kikiki...

Sekian, wassalam...
Jual di resisten, Beli di support

Nonton Fellem Dulu Pak...!!!

EU - Daily View

Salam Sabtu...,

Kat atas tu gambo EU update dari posting terdahulu...,,

Setelah makan kacang sampai sakit gigi, kita mula mengeshort EU kembali.. sekarang ni nampak positive kedudukannye untuk terus ke bawah dan kita akan tunggu samada tanda (4??) tu akan lupus atau tidak... jika lupus, maka yang naik haritu hingga pecah channel, kita anggap hanya correction... dan kita mengharapkan minggu hadapan market akan beri keputusan yang jitu dengan memecahkan tanda C warna purple tu....

Stochastic menunjukkan tanda oversold, buat ketika ini kita yakin dia akan kena pressure bawah level 20 untuk membentuk cycle baru untuk trend.

Apa-apa pun kita hanya trade mengikut plan kita sahaja, sementara idea untuk mencounter trend TIDAK akan di laksanakan buat masa ini, kerana kita jangka pada ketika ini, market telahpun terlalu "under estimate" tentang kekuatan Lembu Laga Baka USD....


Sekian, Wassalam....
Jual di resisten, Beli di support

UJ - Next Trade Idea


Salam Sabtu...,,

Gambo kat atas tu ialah UJ daily.... ianya adalah update dari posting terdahulu...

Seperti yang kita jangka... dia menepati sasaran, masuk balik ke dalam channel... maka banyak ler lori-lori durian sibuk membawa pulang penuh hasil durian runtuh... kekeke... Syukur...

Pada pandangan kita... seperti kebiasaanya... kita kena lihat dia ni jatuh dari mana?.. Let's say.. jika ikut dalam chart tu... 21.4% menembusi 50%... maka next target yang reliable ialah 76.4%..
maka bila tiba di 76.4%, maka kita kena alert sket... dia mungkin akan bounce retrace ke 50% untuk menjadikan kiraan ini sebagai (A) 21.4%... (B) 76.4%... (C) 50%... Jika benar kiraan ini, maka untuk minggu hadapan yang lagi satu... dari (C) 50% itu akan memecahkan benteng (B) 76.4% dan seterusnye mengancam kedudukan 100%... dan jika pecah 100%, maka InsyaAllah... level 121.4% akan menjadi idaman beruang.

Sayugia di ingatkan bahawa... tidak semestinya jika ianya sampai di level 121.4% nanti dia akan melompat naik... kerana jika stock jatuh gedebam-gedebum seperti yang di ramalkan... pair ini dan geng-geng dio akan melebeh-lebeh aksi mereka seperti aksi mereka tahun lepas.

Oleh sebab factor sejarah telah berlaku tahun lepas, maka pada tahun ini kita bercadang TIDAK akan buat counter trend JIKA pair jatuh below 121.4%.... ye... kita akan follow wave dio sehingga selesai... taktau mano point dio nak berenti... setakat ni... kita tak leh imiginasikan... kerana kita telah mendapat amaran bahawa wave kali nie lebeh besar dan lebih panjang dari wave terdahulu... maka samo-samolah kito berjago-jago...

Sekian, Wassalam...
Jual di resisten, Beli di support

Jumaat, 14 Ogos 2009

Dollar... Oh Dollar

Uchf - Next Trade Idea


Salam pagi Jumaat...

Nie Gambo Uchf... sila rujuk posting terdahulu ye.. sbb dia ade pattern bullish...

Now.. dia retrace back.. ok... perhatikan... dia macam bentuk kepala beso... we hope... dia akan jatuh ke support kedua today... why?

Gambo Pertama : dia sedang membentuk W... di tf 4hr... tak jelas sangat.. tapi boleh agak2
Gambo Kedua : dia ade pivot X... counter level dia ialah di S2 harini...

So... dalam kedua-dua senario.. kita amik view bullish.. makan kacang dulu sampai sakit gigi, jangan gopoh-gapah tak tentu arah... tenang aje... bayangkan kita kunyah kacang tu pelan2 sambil duduk dalam buai bawah pokok petai... ehehehe

Sekian, Wassalam...
Beli di Support, Jual di Resisten

Gchf - On Trade

Update : Trade Out... Stoploss kena baham,...

Jumaat - 5:30ptg

Salam pagi Jumaat...,

Gambo kat atas ialah gbp/chf... pound lawan swiss franc... As shown above.. dia ado pivot x on Selasa, dan jika kita dapat pivot x, biasanye kita akan perhatikan pada support/resisten kedua sebagai marking kita untuk counter...

Harini kita buy dia kat level counter tu.. sL kita letak pada semalamnye low.. target R1 ke R3... iaitu sepanjang laluan dia nak salam balik pivot X tu...

Rsi dah masuk level consolidation (warna kelabu)...

Hehe.. kita rasa ini setup yang mancho sebab jarang sL dia ni sebegini kecik... tapi dia selalu lari kuat-kuat macam GJ gak, malah kekadang lagi hebat dari GJ... ehehehe... kita cuba aje harini.. manatau ade rezeki hari Jumaat.. ye tak?...

Sekian wassalam
Beli di Support, Jual di resisten

London OutLook Today



Yesss..!! EU dan GU akan berlainan arah... or consolidation salah satu antara keduanya sebelum mereka berpegangan tangan bersama-sama terjun tanpa pakaian... Makan kacang dulu larrr bagi trader yang sabar..!!!... Kekeke


Khamis, 13 Ogos 2009

Bulan... Ramadhan


Ramadhan makin hampir.... Sudahkah kita semua bersiap-sedia jiwa dan raga kita untuk menghadapinye? Kitaran bulan sekarang ialah di "Third Quarter"... maknanye tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berpuasa.... Berbahagialah orang yang sentiasa tunduk kepada arahan Tuhan yang Maha Pencipta...

Siapalah kita di-sisi Tuhan Yang Maha Esa..???

Sila download pdf file berkenaan PUASA dan TARAWIH sebagai rujukan.


Marhaban....Ya Ramadhan

Marhaban....Ya bulan yang selalu dinanti-nantikan

Kurindu denganmu...rindu akan kesediaanmu untuk selalu bersamaku

Marhaban.....Ya Ramadhan
Marhaban

UCAD - Next Trade Idea


Salam potang Khamis...,,

Satu lagi... Ucad... ehehehe... sila rujuk posting terdahulu ye... ehiksss...

Dia jatuh mendadak malam semalam... fuyooo.. cam air terjuns... tapi macam biasa, jika kita amalkan kaedah mengalihkan sL setiap 4jam mengikut gerakan tel0 (Parabolic Sar), trading kita takde sebarang masalah... ehehehe... walaupun dio gostan dan tak dapek nak achieved target no. 3... kita masih membawa guni rambutan penuh bergoni-goni... ehehehe...

Ok... dio jatuh.. but itu normal, kan ado pivot bawah yang dia tak salam?? Elok jugak dia jatuh, sebab lepas ni bila rally up balik mudah-mudahan takde lar lagi dia tinggalkan pivot... heh? Ade pulo orang tulis minyak akan naik sampai 100dollar satu tong?... Agaknye orang tu minum todi byk sangat kot... kikiki.... uhukkkk... tutup molot.

Baikkk... apo yang perlu kito buek dgn UCAD neh???... ye... kita nak beli dia balik.. di mana???... Ahaaa... di support ler, lepas dia mintak mahap dengan pivot kat bawah tu... jangan gopoh, biarkan dio salam dulu.... lepas tu baru ler kita tumpukan pada support dan tunggu signal buy..

Ado banyak support kat situ... tengok ajelah dulu... ehehe

Setakat tulisan ni di taip.. candlestick weekly last week masih berpihak pada pandangan kita neh... so selagi previous low weekly tak broken... kita masih ado laei chance nak kumpul duit buat beli barang-barang anok gi skola... ehek..!!

Sekian, Wasalam...,
Beli di support, Jual di resisten

AUS - Next Trade Idea


Salam potang Khamis..,

Sila rujuk posting terdahulu mengenai pair nie... ehehehe... (masssyukkkkkk...)

Kali ni kita akan short lagi... peduli apa orang nak cakap AUS nie kuat... petang nie RSI nak oberbot... kita tunggu malam... ahaaa.. kita tunggu resisten.. ado nampak tak resisten tu?... Ehehehe... Jangan takut dengan resisten, mengeshort mesti di kawasan resisten... huhuhu...

Idea kita... bagi dia spike up kat trendline ateh tu... jangan gopoh, amik posisi jika selepas spike tu ado signal sell... ado signal kita masuk, takdo signal tunggu esok... ehehhe... apo plak target dio kali nie??? Ermm... tu yg payah nak cakap tu... tapi... 1st target ialah Pivot harini... next target OPEN sampai signal padam... miyahahahaha... uikss?

Kenapa nak open target?... Err... err... cuba tgk last weekly candlesticks dio.. apo namo bendo cenonet tu? Ontah larrr... den pun tak tau apo namo dio tu... tapi as long as previous candlestik weekly tak pocah... kita aimed bahagian bawah... sampai lantai 0.6000 pun tak pe.. kikiki... uhuks,,, patut-patut sudah ler... agak signal padam, kita lari ler kuat-kuat... ehehe..


Sekian, wassalam...,
Jual di resisten, beli di Support

EU - Next Trade Idea


Salam Khamis petang jam 3...

Nie gambo EU... last trade setup kita menjadi dan harap2 kalini boleh menjadi sekali lagi... eeee.. Ok... nampak tak bentuk dia cam kepala beso tu..?? Haaa... ni sekarang yang tengah naik nie.. kita harap nie bahu dia... so pattern nie orang panggil head and shoulder...

RSI still bullish... so.. biarkan dia topping .. samaada ptg nie atau pun malam nanti... dia pun dah tinggalkan pivot dia untuk harini... so... seperti biasa, kita tunggu bola tanggung... kita jangka pada resisten kedua pada harini atau hampir kepada weekly resisten pertama...

Tujuan kita... nak short dia... first target pivot harini, second target kita cuba ke pivot yang kat bawah tu... kalo dia terlepas lagi ke bawah pun takpe... kui3x... stoploss pulak, kita cuba akan letak pada last high candle 4hr di zone yang kita jangka dia akan gostan tu yek..

Ok.. itu aje untuk EU... harini makan kacang dulu...

Sekian,wassalam..
Jual diresisten, Beli di Support

Rabu, 12 Ogos 2009

GU - Wonder Pet


Salam... YEEEhaaaaa..!!

Malam nie kita berasa sungguh gumbira kerana projek mengeshort GU berjaya dengan sL di pivot telah selamat di mamam oleh pembeli GU... kui3x....

Malam ni malam FOMC.. yakss!!... Jika melihat kedudukan GU sekarang... dia mungkin nak capai pivot x sebelah atas tu... tetapi dia juga dah balas pivot semalam yang dia tinggalkan... so.. kita ingat nak tengok dia nak ke mana dulu... sebab kekadang dia salam satu je pun jadik dia nak teruskan trend... kikiki...

Kita cadang nak masuk short dekat monthly pivot tu... itu pun kalo dia gostan cantek.. kalo tersekat2... esok ajelar tgk apo cerito dio... ehehehe... anyway... terimo-kasih pado yang menghantar email, kekadang bila orang ucap tenkiu sebab untung banyak, kembang jugak ler rasa hati, tapi... ehemm.. jgn ler puji banyak sangat... soram den nie haa.. haa.. haa...

Sekian, Wassalam....
Jual di resisten, beli di support

GJ Break UP or DOWN..??


Salam hari Rabu malam Khamis..,

Gambo kat ateh tu, gambo GJ 4hr... RSI still bearish, kenapa pulok ado kawe kito nak ubah view jadi bullish? Kita tak ubahkan apa-apa view tentang GJ... Kita masih bearish kan dia... Kita bukan "Crocodile Dundee".. bila kita bearish.. kita bearishkan dia, betol-betol sehingga abess....

Untuk balance tahun ini... kita nak lihat dia boleh stay bawoh 150-140 ... jika dia naik ke atas 160 lagi sekali.. apo salahnye kito makang kacang dulu... ye tak?

Pepandai ler kontrol sL kita... jika dia breakout ke atas... masyukkkkk jugak..!!! Kui3x

Wassalam...

Selasa, 11 Ogos 2009

EG... 1st Mission Complete

Salam...,

Sila rujuk posting terdahulu... malam tadi "mission imposible" kita hit target no. 2... Standby untuk "mission imposible" kita versi kedua... stay tune...!!

EU... Special Report


READ MORE ...... HERE

Isnin, 10 Ogos 2009

Dollar... dah mati ka????

Daily Dollar vs Yen vs Swiss

Daily Dollar vs Euro vs Pound

Salam malam Ahad..,

Minggu lalu... Dollar jatuh lagi ke paras paling rendah dalam tahun 2009 ni, maka ramai ler forecaster yang terlompat-lompat menyangka dollar ni akan terus bearish sepanjang tahun ni.. betul ke begitu?

Kita cuba mencari jawapan sendiri... kita cari indicator yang nama dia "overlay" (sila cari sendiri dalam forum Forex Factory dot com), kemudian kita letak Bolinger Band mengikut kiraan nombor-nombor fibo... try period 21.. hmm teruk... try lagi period 55... hampess, try lagi period 89... hancus, try lagi period 144... uikss ade sket harapan, try lagi period 233... yeehaaa.. baru ade jalan cerita... ehem...

Ye, kita lihat dollar bertahan di Bolinger Band paling bawah.. period 233..!!

Kemudian kita renung sejenak chart tu... ye... kita yakin... dollar akan menguat kembali... kita yakin sekarang dia mengumpul kekuatan secara perlahan-lahan... Jika kita selalu menggunakan Bolinger Band... antara simpton nak gostan ialah bila rally berlaku di luar kawasan bolinger... bila dia masuk aje balik kawasan dalam bolinger.. orang pun bedal semacam.. (sila rujuk chart pada Sept 2008 dan Oct 2008)..

And now... bottom line bolinger sudah tahan hentakkan maut para beruang... soalan yang timbul... adakah betul itu bottom bagi dollar atau ade lagi bottom selepas ini? Huhuhuhu... tu yang payah nak jawab tu.... tapi... RSI pula sedang berusaha untuk naik ke atas level 50...

Sudah bersedia kah euro, pound, swiss untuk melakukan silang sekali lagi dengan dollar? (Kecuali yen yang memang sejak dulu dia suka menari dengan dollar..) Oleh itu, mari ler kita sama-sama saksikan aksi lasak dunia forex minggu-minggu yang akan datang... sila jaga acc anda, sebarang kelalaian pasti akan membawa bencana.

Sekian, Wassalam...
Beli di Support, Jual di Resisten

Ahad, 9 Ogos 2009

UJ - Update View


Salam lagi...

Gambo UJ daily adalah update dari posting terdahulu... Yaksss!!! di tak break previous channel tetapi dia bawak lari order kita sampai kena sL... :P... Adakah UJ akan terus naik? Ngeee.. I dun think so... Kita rase dia cuma buat false break aje.

Kita akan ekori dia dari belakang untuk minggu depan dan kita akan tunggu cs daily dia bagi tanda nak gostan i.e doji or other type. Kita akan short dia sebaik saje tanda tu muncul, so for the mean time.. kita makang kacang dulu... lambat sket masuk takpe... janji kita boleh lihat mana sL nak letak.

Setakat nie UJ tak mengecewakan kita, banyak pips yang kita generate hasil trade dia dari awal tahun sehingga lah sekarang. Cuma kita dah bagitau pada last posting bahawa dia sekarang nak abesskan gelombang ke bawah dia.. so biasa lah kalo kucing tu tetiba memanjat tebing perigi, sebab nak bagitau awal-awal, dia xmo duduk lama-lama dalam perigi tu... ehehe


Sekian, Wassalam
Jual di resisten, Beli di support

GU 4hr View


Salam malam minggu...

Gambo di atas adalah update dari posting terdahulu... Kita jangka dia akan menerusksan perjalanan ke bawah untuk ke target ke dua sekurang-kurangnye sebelum menuju ke target ke tiga..

RSI menyokong pandangan kita untuk terus ke bawah... tetapi haruslah berwaspada sebab dia ade pivot yang di tinggalkan di atas sana yang kita semua maklum, u-turn tetiba mmg boleh berlaku...

EU terjun selepas news NFP hingga ke akhir dagangan, tetapi GU tidak melepasi paras S1 daily ... ini adalah menghairankan, kerana GU nie selalu yang jadi paling kuat terjun-nye.. oleh sebab itu kita perlu berhati-hati mengeshort sebelum FOMC pada Rabu depan diumumkan.

Memang ade kemungkinan dia akan rally ke atas kerana FOMC dijangka tiada sebarang perubahan dan ini adalah peluang GU untuk bingkas naik. Sila patuhi arahan arrow signal, sebarang kelalaian boleh membinasakan acc trading kita semua.

Sekian, wassalam
Jual di resisten, Beli di support

Sabtu, 8 Ogos 2009

EU Daily View

Salam Sabtu...

Di atas ialah gambo EU.... hmmmm... agak memenatkan kepala dan badan nak kontrol trade kita minggu lalu... dan semua posisi kita tutup bila dia mencecah 1.4200

Ada 2 persoalan sekarang tentang EU nie... Pertama.., adakah dia akan terbang ke 161.8?, kerana dia telahpun memecahkan high bulan Mei, Jun dan Julai... Kedua... adakah level 121.4% akan membuat dentuman kuat ke 21.4% untuk membentuk kiraan bearish yang baharu?

Stochastic ketika ini menunjukkan mula membearish kembali, selepas divergence berlaku. Kita masih suka dia jatuh gedebab, tetapi kita pun kena berjaga-jaga tentang maksud dia memecahkan high 3 bulan terdahulu...

Oleh itu, kita dah tandakan dalam chart itu level green untuk breaking higher highs, level blue untuk golden ratio (break 61.8% akan ke 50.0% atau 38.2%), level red untuk breaking lower lows... Kita di nasihatkan untuk mengikut signal arrow tf 1hr..

Dan sila.. ambil perhatian, apabila membuat counter trend.... jika kita bercadang menjual... sila lihat dahulu resisten daily nomo 2 atau 3 di mana... begitu juga sebalik jika ingin membeli, pastikan dahulu support daily nomo 2 atau 3 di mana, kerana jika anda tembak tergesa-gesa... mungkin... lembu atau beruang tu boleh menyerang kita kembali... kekekke...

Dalam market yang normal... R2 atau S2 adalah tempat counter yang baguz kerana R3 dan S3 tu boleh dijadikan sL kita, kerana biasanya market akan spike di R2 atau S2. Tetapi jika market melepasi R3 atau S3... ayoyoyo.. itu kira kita takde rezeki larrr..

Oleh itu, lambat sedikit mengambil posisi... tidak mengapa... seboleh-bolehnye kita nak lihat dahulu di mana sL yang perlu kita letakkan... itu aje.

Sekian, Wassalam...
Jual di resisten, beli di support

Khamis, 6 Ogos 2009

EJ - Weekly Head n Shoulder


Salam Khamis 12:30tgh...

Market bergerak agak membosankan minggu ni.., kita lebey byk scalp then cabots untuk memenuhkan masa lapang kita... Gambo di atas ialah chart EJ weekly... tghari nie kita short dia betol topat pada line 12.1%... sL kita risk kan kat 0.0%... target di tempat yang kita tandakan... so buat masa ni.. kita plan risk : reward ... 1:1 hingga 1:3...

Tak banyak boley di komen untuk lain2 pair.., semuanya masih macam kura2... semuanya menunggu NFP untuk breakout... jadi kita masih menunggu hasil setup kita semua tu... dan sementara menunggu tu.. kita makan kacang banyak-banyak dulu... muah-muah-muah...


Sekian, Wassalam
Jual di resisten, beli di support

Rabu, 5 Ogos 2009

UChf - Alopak Agogo

Salam hari Rabu...

Uchf seperti yang di tunjukkan dalam gambar di atas sedang membentuk pattern bullish Bat,.. apakah yang kita perlu lakukan?????? YeabedabeduuuUUuuu o o o

Sekian, Wassalam
Beli di support, Jual di resisten

Selasa, 4 Ogos 2009

Aus... Trade Pivot X

Salam 12:30tgh Selasa..

Gambo di atas ialah Aud/Usd... Macam selalu taktik kita... kita akan short pada r2 jika dia tak salam pivot semalam... jadi dia ade tinggalkan 2 pivot x... and maybe 3... kalo dia tak salam pivot harini... sebab dia begitu bullish sekarang, kita target tak jauh buat sementara neh... tapi kita akan view balik untuk short jarak-jauh jika ade daily atau weekly cs dia bagi tanda nak gostan.. for the time being... kita short sebab divergence dan pivot x aje dulu... kui3x..

Isnin, 3 Ogos 2009

GU - Trade Pivot X

UPDATE LEVEL TO COUNTER
12:30tgh Selasa 4/08/2009


Salam tgh malam Senin...

Kita mlm ni dah short gu kat Resisten ke 2, lepas tu pergi warung ngeteh... Berdasarkan tindakan gu yang tak salam pivot.. dan dlm bentuk pattern (kita lukis hodoh sangat, sori) "crab bearish".... bentuk tu kalo di kira dari bawah menggunakan fiboret... kita akan lihat gu ni dah sampai 261.8%.. rsi overbought... jadi byk ler alasan nak ngeshort...

Maybe kita kena handle lama sket short nie... sehingga lah Khamis ini bilamana BOE akan meeting dan dijangka mereka akan merehatkan program QE mereka...

Sekian, wassalam...
Jual di resisten, beli di support

UCad - menongkah arus


Salam lagi sekali...

Memang ler tabiat kita ni "degil tak boleh di tegur, bodoh tak boleh di ajo"... muah-muah-muah, even though semua orang ikut trend jual.. kita tetap pilih beli, kenapa?.. Senang aje sebabnye, sebab dia berada di support... support bukan ler tempat menjual, soon or later, semua belian kita di support akan menyerlahkan "kebodohan" kita yang tak boleh di ajo itu...

Sekian, wassalam...,
Beli di support, Jual di resisten

EG - Hutang Selesai



Salam memorex, Isnin 8:30mlm...

Malam nie kita beri intraday view EG... As we know before this dia ade hutang kat pivot 0.8500 pada awal bulan June.., now at end bulan Julai baru dia bayar balik... :P... Now early Ogos, I think kita boleh start view bullish terus view dia ni tanpa takut2 lagi... 1st target kita pivot X last Khamis bulan Julai di 0.8600...

Next round... you should buat homework lah... miyahahaha... uhuk!

Sekian, wassalam
Beli di Support, Jual di Resisten.

GJ - Trade Plan

update 12:45 tgh Selasa 4/8/2009
Harini kita nak detect mana stoploss dia...
Currently r2 harini ialah di 164 zone...

Daily Chart

Salam Hari Senin 12tgh...,

Harini kita plan untuk mengeshort GJ pada paras yang kita tandakan di dalam gambo tu.., stoploss pada high harini... target pada lokasi pertama... apa-apa pun sila ek, gunakan signal, jangan main hentam buta aje... Jika GJ ni kuat, dia boleh poei 170... jadi sapa2 yang trade tak letak SL... alamat hangus ler account trading anda...

Sekian, wassalam

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot