Selasa, 27 Disember 2011

Sideway ii

NZDUSD 60MIN 10AM

- Sideway... rase nya dia gagal nak lepas 0.7750... tapi doptau laei betol ke tidak.. so untuk keselamatan kita closed buy kita dan kita short aussie dulu... dia ni boleh buat kemudian.

- Banyak jugop kalau jatuh balik ke kawasan gap tu.. ehemmmm..!!!


AUDUSD 60MIN 10AM

- Tetiba momentum dia naik jadi kendur.. bila kita check balik, rupanya ada bentuk W.. ohhhh tidakkk!!! Cabuttttt...!!!

- Hmmm.. nampak gaya dia mau bikin AB=CD yang topat-topat akan tutup gap kat bawah tu.. uhukkk.. ok.. i short here. SL +34pips .. Tengok amacam ???



USDCAD 60MIN 9AM

- Rase-rasenye.. elok lah kita mamam short kita.. kerana kita yakin samaada dalam minggu ini atau minggu lagi satu.. lubang gap kat atas tu perlulah di tutup.

- Bentuk yang develope kelak ialah W.. kita boleh layan beli follow sayap ke D nanti.. dan kita akan cuba lihat kelak adakah sayap ke D tu boleh extended atau tidak.

- Kegagalan dia ni extended above 1.o570.. akan kita jadikan 'gauge' untuk membeli eurusd dan gbpusd secara serentak.



GBPUSD 60MINS 8AM

- Dia jatuh dari triangle seperti yang kita tunjukkan pada hari Jumaat. Now kita rasa dia hanya pullback sahaja... yang kemudiannya dia boleh jatuh dan mengetest kembali 1.54.. jika ianya berlaku ia adalah test kali yang ketiga.

- First try memang selalunya tak sukses... tapi jika telah masuk kali ke tiga.. ada kemungkinan kapal boleh karam.

- Oleh itu jangan pandang remeh dengan bear yang bakal muncul.. sebab sepanjang tahun ni kita masih belum nampak sebatang candle daily yang range dia 610 pips !


EURUSD 60MINS 8AM

- Kita lihat dia akan cuba rally ke bawah semula walaupun ketika ini market keseluruhannya agak senyap sempena cuti hujung tahun nie. Bentuk nie mirip head and shoulder dan yang bahayanye dia boleh cecah 1.27 or more than that.

- Tetapi dia touch FE100.0 than bounce up.. bear akan sakit kemudiannya.

- Currently kita takde position.. tapi kita akan cuba scalp ke bawah tatkala jatuh below FE61.8 untuk target ke FE100.0 (jika boleh)... dan kita masih mengharapkan bull akan muncul walaupun harapanggg nye ketika ini amatlah tipis.

- Break FE100.0 akan membuka ruang ke FE161.8 or FE261.8 kemudiannya.!

Selasa, 20 Disember 2011

Sideway



GBPUSD 60 min Jumaat 10:00 pagi

- Dia buat correction dalam triangle.. jenis yang degil macam ini memang payah kita nak buat keputusan. Dia boleh breakout either side.. tak kiralah ke bawah atau ke atas.. bias kita ialah ke atas sebab triangle ni terbentuk kat atas.

- Walaupun begitu.. perlu kita ingatkan bahawa hari ini hari jumaat.. jika tersalah bias dan arah.. elok ler kita cabut tak payah tunggu lama-lama. Kikiki..



GBPUSD 30 min Rabu 8:45mlm

- nampaknye dia dah tembak high yang sebelah tu.. and now ade divergence.. kita fikir dia akan buat correction sedikit dahulu.. dan lepas tu baru lah dia pergi ke 161.8% ikut fibo projection nie..





EURUSD - 60min - 4:30 ptg Rabu

- Belum salam pivot harini.. dan jika divergence tu valid.. harga akan pullback ke mid- pivot sebelah bawah.. yang kemudiannya.. mungkin akan pigi cari 261.8%. So ado maso laei kalau nak follow pun




EURUSD - 60min - 1:30tghari

- Apa yang kita nampak.. market masih sideway.. nak harap breakout kita rase tak ade kot untuk sepanjang minggu ini kerana cuti perayaan.

- Time gini layan tido pun best jugop.

Ahad, 18 Disember 2011

Gold.. Update

awal bulan dec

mid bulan dec

weekly
trendline & triangle

Jumaat, 16 Disember 2011

GBPUSD - Perangkap?

EURUSD as at 7mlm
Friday

GBPUSD as at 7mlm
Friday

Khamis, 15 Disember 2011

EURUSD - Daily Fibo Fan

Daily Chart

- Semua tajuk utama berita ialah Euro menjunam.., sentiment sangat bearish.., semua teknikal menunjukan terjunan maut.., maka jangan berani-berani counter kalau 'takde sebab'.

- Oleh kerana teknikal kita bagitau 'ada sebab' .., maka kita cuba jugalah.. dengan sL below kaki Januari 2011.. mungkin kita ambik reward setakat risk 1:1 hingga 1:3 aje.. seram nak pegang lama-lama.. unless kemudian nya jika ada berlaku tanda reversal yang jelas pada daily dan weekly..

- Doakan saya 'selamat dunia akhirat'... Amiinnnn.

Selasa, 13 Disember 2011

Update views

EURUSD, Jam 10:00pagi

- Semalam dia betol-betol jatuh dan melepasi paras 1.3250.. rase keciwe jiwe dan rage den.. dan currently dia telahpun mengesahkan yang di akan pergi lebih jauh ke bawah pada minggu-minggu yang akan datang.. sedeyyy.. sob sob sob.

- Walaupun bentuk nya ketika ini mirip inverted head and shoulder.. tetapi den rase-rase kalaupun harga pullback ke atas lagi sekali.. mesti ade ramai orang yang menanti untuk menghentaknya kembali untuk pergi jauh lagi ke bawah.

- Taktikalnya ketika ini.. den pun tak berani pegang 'buy' .. tetapi teknikal kita bagitau bahawa terdapatnya weekly pivot X di 1.3580 dan zone untuk meng counter nya adalah di 1.3000; ianya adalah lebeh kurang -144 pips dari 'harga semasa' di dalam gambar di atas.

- Jadi pada fikiran den.. pullback ini (jika berlaku) akan tersekat di sekitar 1.3270.. dan kemudiannya terjun kembali menuju ke 1.3000 untuk menjadikan sequence dia 233pips. Kemudian daripada itu.. jika ada spikes-up di harga paling bawah.. mungkin kita boleh jua pasang angan-angan dia cuba nak kembali ke 1.3580.

- Ianya tidak mustahil berlaku.. kerana kebiasaanya.. setelah mana-mana trendline di patahkan.. harga akan 'mengetest' trendline itu kembali (kita rujuk daily dan weekly bottom trendline) dan kadangkala ianya boleh jadi extreme hingga boleh juga menjadi pullback yang begitu jauh ke dalam..

- .... *blink-blink*... hilang!

EURGBP - 11:00 pagi

- Penilaian mengenai EURUSD kita sandarkan dengan view EURGBP ketika ini. Kita tidak fikir hentakkan ke bawah EURGBP akan berakhir serta merta di sini... kerana setakat jam ini tiada kelihatan reversal candle berlaku.

- Mungkin.. reversal candle akan berlaku di bawah level 224%.. dan seperti yang kita semua maklum.. ini ialah pattern crab bullish.. expectation kita ialah dia boleh tembus kedua-dua puncak A dan C.. itu pun jika harga berjaya melepasi paras X dan B

- Hanya setelah ianya memberi signal reversal candle.. barulah kita berani masuk buy.. dan biasanya pattern ini akan gagal jika terdapat candle bearish yang besar dan menerobos 224.0% dengan bergaya.. oleh itu level yang selamat kita letak entry ialah di atas 161.8% warna kuning setelah kita mendapat isyarat bottom telah terjadi di bahagian bawahnye.


dOLlOR index - 12:30tghari

- Bandingan EURUSD dan EURGBP boleh juga kita terapkan dengan view dollar index. Dalam chart di atas.. kita masih melihat dollar index masih berada di bawah paras 80.0... yang naik semalam pun tidak melepasi paras 3 minggu sebelumnya. MACD memberikan signal divergence.

- Jika ia gagal melepasi high tersebut.. ada kemungkinan bahawa dia boleh jatuh below 11.4% dan kemudian menjunam terus ke 88.6% (fibo warna kuning).. tetapi kemungkinan dia terus meluru naik juga tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja.

- Nampaknya.. kita sekarang berada dalam situasi 'decision'.

- Jika benar dollar index gostan harini.. esok kita yakin dia akan terus tembus channel line dia tu tanpa menoleh kebekang lagi.. tetapi jika dia tembus ke atas maka kita memang takde pilihan kecuali menyatakan bahawa EURUSD dan GBPUSD valid untuk mulai beransur-ansur jatuh menuju ke dasar lautan.

- Jika GBPUSD telahpun berada di posisi nya 1.5780 sebagai top... break lagi sekali 1.5550 (semalam dah break).. akan membawanya menuju ke 1.5420 dan 1.5270 pula pada minggu ini.



EURJPY - Jam 1:30 petang

- Kita membeli nya dengan stoploss yang kecil dan rasa was-was sama ada akan berjaya atau tidak dalam situasi yang genting sebegini. Counting tu kita rujuk mesin. Dan batang warna kuning tu adalah sama panjang. Mengikut teori.. jika benar low nye di sini.. harga tidak akan lebih ke bawah dari batang bagi wave 4,5.. so.. i letak lah stoploss di sinun.

- Setakat ini sahaja komen kita.. jadi atau tidak.. wallahua'lam.

Sabtu, 10 Disember 2011

Market View - Mid December

GBPJPY -60min

- Alternative view

- Currently kita kena ambil alternative view ini buat sementara... susah nak hold posisi sewaktu dia giler turun naik tak tentu pasal.. elok aje kita mamam dulu semua long nye sementara dia betul-betul menunjukkan momentum nak memecut. Bagus jugek begini... hari-hari boleh dapat gaji dan broker mesti sibuk sebab hari-hari kita buat withdrawal ... wakaka.. uhukkk!

EURJPY -60min

- Alternative view

- Meng kantoi kan long kita minggu lalu.. bikin hati panas.. currently kita kena ambil alternative view ini buat sementara waktu ni as kita percaya bottom telahpun berlaku di penghujung Nov yang lalu... correction ini akan berlarutan hingga menghampiri double bottom. Tetapi break A level warna kuning akan meng invalid kan view ini.. :-D


EURUSD -60min

- Alternative view

- Tiada gerakan yang signifikan kecuali semakin mengelungsur turun.. boleh kita semua lihat dengan jelas dia masih berjaya membuat LL dan LH.. choppy trade dan loceng krismas telahpun di pukul.. it's time untuk kita rembat up and down..


GBPUSD -60min

- Alternative view

- Exhausted bull.. krismas pun mau mari.. BOE pun sengaja keluarkan kenyataan berbaur kelemahan ekonomi Britain.. sengaja kot sbb takut duitnya jadi mahal sebelum sukan olimpik berlangsung. Jom kita layan roller-coaster yang bakal berlaku.. one day up one day down !


AUDUSD -60min

- Alternative view

- KangarooOo nie penat agaknye setelah berjaya melompat pagar letrik ketika dikejar beruang last 2-weeks.. Jika kangarooo ni dok relax kat zone 1.0250 tanpa bingkas nak teruskan lompatan.., kita risau dia kena bedal ke below 1.000 kembali... agaknya sedap juge daging kangarooOo ini ni ek?

NZDUSD -60min

- Alternative view

- Hampir menyamai lenggok dan bentuk pattern yang develop dengan kangarooOo.. AWAS ! Mungkin akan ada 'sudden drop' kerana dia ni lah yang aje tak salam pivot ketika di tendang kuda last 2 weeks ago... Jangan lepaskan peluang bearish yang muncul kelak (jika ada)


USDCAD -60min

- Alternative view

- Adehhh... tetiba dia meletus naik plak.. duzz-duzz.. dan kita boleh lihat projection nya jika ianya meneruskan letusan yang berlaku pada hari Khamis lalu... ye.. ke pivot X sebelah atas.. tapi dop tau lah lagi boleh ke tak boleh.. Kita boleh ambil peluang nie untuk tambah-tambahkan duit poket masa cuti sekolah nie.. time bukak sekolah nanti takler terkocoh-kocoh dan garu kepala.


GOLD -240min

- Currently dia berada di garisan Demark Projection Lines.. garisan untuk lower projection untuk bulan Disember ni.. Mek Dee pointing flat down.

- Keadaan sebegini bikin hati jadi teragak-agak.. nak short ke atau nak beli.. jadi jawapannya minggu depan kita kena tengok dulu keadaannya bagaimana lah... sebab mengeshort di lower projection line kekadang boleh mengundang bahaya.

- Kita tunggu orang-orang kaya tembuskan line tu dulu.. hehe.. lepas tu baru kita letak entry semasa dia pullback naik ke line tu kembali. Otherwise .. kita tunggu aje siapa lepas dari triangle ini.. senang sket keje... kan,kan,kan?


Jumaat, 9 Disember 2011

GBPUSD - Jeling-jeling


Jam 8:00 mlm...

- Walaupun dia dapat memulangkan kembali wang kita semalam.. tapi sebab hari ini ialah hari Jumaat.. maka elok lah kita semua berwaspada dengan dia ni.

- Pattern W sebelum ini ialah pattern untuk jatuh.. itu kita semua memang sedar lah.. dan currently setelah ianya pullback kembali ke atas.. maka bentuk head n shoulder plak yang kelihatan.. very becareful di sini....

- Kita tak suka dengan view nie... tapi... jika ianya berlaku... pepandai lah apa nak buat.

Selasa, 6 Disember 2011

EURUSD & GBPUSD - Bullish Pattern

GBPUSD 240min

- Yesss.. buat pekak je dengan mamat tu... dulu kita main gap dia sombong nak mampus.. skrg dia nak suruh kita ikut gap 'ilusi' dia... kah3x... kesian.. orang main gap, dia pun nak ikut main gap.. kuang3x..

- Currently best try.. untuk long GBPUSD nie.. ado pattern nak develope.. ayat 'nak develope' ini saja kita letak jadi syarat... sebab W pattern ni kekadang jadi perangkap.. sebab dia selalunya dalam keadaan sebegini dia 'mungkin' tidak akan berhenti di penghujung sayap nye nanti (cuba check w jenis apa yang celah kangkangnya tu 61.8%).

- Mengapa?.. Sebab saje nak kasi duit mamat tu licin sebab short tak abess-abess nak tutup gap.. keh3x... lantakkk lah dia.. peduli apa.




EURUSD 30min

- Yesss... peduli apa dengan mereka.. sebab mereka dah kepunden tengok semua position kita 'in place'... cantekkk duduk diam-diam.. biarkan dia sibuk melihat posisi orang lain.. kah3x... nak curi idea lah tuuuu... ehehehe

- EURUSD currently ade dua view.. dia terus memancut ini malam... atau dia bikin satu sequence lagi ke bawah mengikut setup yang di panggil orang 'Bullish Three Drive'.. relax je jangan cemburu.. sebab dari tengok chart dari Jumaat sesudah NFP.. mana ade beruang boleh pegang posisi longer term?

- Paling-paling pun mereka buat hit and run.. apa barang nak kepoh sampai taip pesanan ringkas dalam chat orang..??? kah3x.. kan?kan?kan?

Sabtu, 3 Disember 2011


Yeahhhhh... I Like this video.. hoo hoo
~Layannnn~

NZDUSD - Bullish Kicking


NZDUSD - Weekly Chart

- Kui3x... Memungut cendawan di pagi nyaman; bapak berok 'er' mengutip ranting; Sungguh derita sakitnya seorang teman; di sepak kuda hingga terpelanting... :-p

- Keh3x.. bullish kicking.. duzz-duzz.. ada nampak gap tak kat sini? Tak kan se'candle' ni aje? Paling-paling pun dua tiga candle kawan-nya. Dan bermula 5hb Disember.. semua 6 world central bank akan melaksanakan program ~bersama-mu~ menyediakan kemudahan tunai ke dalam market.

- Adakah intervention tersebut boleh menyebabkan market berubah arah serta-merta? Tentu sekali tidak ! Tetapi market sedang menunggu EURO-TARF (Troubled Asset Relief Program) bakal laksanakan sedikit masa lagi.. segala usaha satu persatu sedang dilakukan.. dan pastinya para 'bapak' dan berok 'er' jenis beruang tak suka.

- Tapi kita paduli apa dengan mereka?

USDCAD - Pullback

USDCAD - 240min

- Ehiksss... Banyak batang tumbuh cendawan.. Cendawan kukur di tepi paya.. Banyak orang mengaku pahlawan... Bila rugi main forex yang disalahkan ialah brokernya... :-p

- Sekali jalan... duzzz-duzzz.. terjun dan cendawan-cendawan berkembang biak.. dan hasilnya melimpah-ruah hingga ke tepian sempadan kebun sayur kita. ehekkk... girang tak terkata sewaktu mengutip hasilnya.

- Rehat sekejap... tanam lagi minggu depan atau minggu depannya lagi sekali... dia mungkin akan buat pullback mungkin setinggi pivot daily X yang dia tinggalkan (ntahkan kuat ntahkan tidak).. selagi 'Mek Dee' below zero line dan tiada divergence.. cuaca adalah baik untuk bercucuk tanam.

- Vertical dan horizontal line warna purple tu ialah sempadan bearish dan bullish mengikut kacamata 'Mek Dee' sejak October. Jika gagal retrace naik dari garisan ini.. below tu ialah trendline besar yang datang dari bulan Jun-Okt.. signal daily 'Mek Dee' telahpun memberikan arahan selanjutnya... maka jika harga berada di bawah trendline tu.. ehehe.. xmo citer lah.. maluuuuu nak cakap..! :-p


GBPJPY - Future Pattern

GBPJPY - Daily

- Kiki.. gulai lemak sayur cendawan; anak udang goreng berlada; kalau teringin nak jadi jutawan; belilah GBPJPY ni semasa peluang masih ada.. :-p

- Future pattern yang kita nampak setakat ini ialah nak perform jadi rama-rama.. agaknya rama-rama suka dengan cendawan tu sebab minggu ni dia terjojol keluar dari trendline Apr-Aug.

- Pattern ini ada dua tompek nak targetkan.. tapi kita estimate target normal je dulu.. extended kaluuu.. itu bonus lah..

- Momentum akan pick-up once dia break line 38.2% AB dan macam biasa bila kita guna mana-mana pattern pun.. level yang keras sket nak tembus ialah level B... maka eloklah semasa hampir tiba ke sana closed half dari positions yang kita pegang... later kita boleh invest kembali samada cara breakout atau cara tunggu pullback.

- Gogo chaiyokkkk !!!

Jumaat, 2 Disember 2011

EURJPY - Future Pattern

Daily Chart..,

- Rasanye.. elok kita cuba petik cendawan yang tumbuh kat badan broker-broker tu.. dan tanam kat tepi rumah kita.

- Mana tau.. untung-untung cendawan tu boleh tumbuh lagi banyak semasa musim hujan nie.. hehehe.

- Kalau nasib baik.. kita gak boleh jadi jutawan cendawan.. kah3x.. uhukkkkk.

USDCHF - Risk Reward 1:1 to 1:3

as at 4:00 pm

EURUSD - Tabiat Bulan Disember

Monthly Chart

- Hehe.. ramai orang cakap.. daily eu belom abess turun.. bla..bla.. kah..kah.. piraa mabukk!! Kali ni kita tunjukkan tabiat eu dalam bulan Disember sebelum krisis dan semasa krisis ekonomi. Ahakk.. nak gelak pun ade.,

- Sebelum krisis.. memang dia setiap Disember bearish.. range dia kecik.. tetapi semasa krisis bila dia berada di kawasan support dia jadi bull dengan range yang besar.. oleh tu jangan terpedaya ler dengar cakap orang tak buat homework.,

- Itu je kita nak bgtau.. dan once dia ni establish atas 61.8%.. kita ucap aje bye-bye aje pada beruang.. silalah berhibernasi sehingga salji mulai cair nanti... kikiki

- Apa-apa pun.. kita control hansem dan jaga sL sentiasa.

Gold - Momentum kantoi ??

Daily Chart..

- Pagi ini kita closed semua posisi buy Gold.. ntah lah kenapa semua kita closed kan.. tangan ni gatal terclosedkan kesemuanya.. uhukkkk !!!

- Ada masanya kita suka kat Gold.. ada masanya menyampah !!!

- Rasenya dia nak mulakan kembali projection ke bawah... sebab dia dah 2 bulan retrace ke atas.. kita lepak tepi; sambil skodeng next move.. sebab dia masih dalam triangle

- Kita tunggu siapa break-out dulu... bear atau bull.. kita akan follow selepas dia break-out dan pullback kemudianya. Ehekkk !!!

- YeabedabeduuUUuu.. harini boleh kuarkan gaji... ehehehe :D:D:D

AUDUSD - Reversal Sign

Daily Chart..

- Lihat gambar tu.. ada reversal sign sama seperti end of October yang lalu.. becareful..!
- Tetapi kita tak takut pom... kita order buy 'atas' hammer tu, target ke 61.8%..
- Buat bodo je... mintak-mintak sekali jalan... zrapppp... terus tutup
- Saja nak sakitkan hati beruang... lantak lah ... kikiki

Warning !!! For Adult ONLY... :p

Friday NFP

Dear Friends..,

- Kita dah tunggu market pullback.. tapi ianya berlaku sedikit sahaja.

- Hari nie data Non-Farm Payroll akan keluar di sebelah malam.

- Elok ler kita break-even kan mana-mana posisi yang menentang dollar.

- Strategy kita untuk penutup minggu ini ialah mengekalkan posisi yang ada.

- Jika market breakout ke atas lagi harini (EU,GU,NU,AU,EJ,GJ) "i followww"...

Khamis, 1 Disember 2011

EURUSD & GBPUSD - Corrections

GBPUSD - 60mins
as at 8:30pm Khamis
Pullback to mid-daily pivot
(peluang buy lagi selepas corrections selesai nanti)


EURUSD - 60mins
as at 7:00pm Khamis
Pullback to daily pivot
(peluang buy lagi selepas corrections selesai nanti)

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot