Khamis, 29 September 2011

Gartley - Contoh "Ter Now"

Jumaat 8:30am.. EURUSD more likely akan ikut pattern seperti di bawah ini.. unless dia kembali memecahkan A

LIVE & WITHOUT PREJUDICE
Kita boleh mencerap EURUSD akan buat setup begini juga
Anda kecewa ??? Jangan begitu... ini ialah bullish setup
bila ianya siap... wink!!! wink!!!


Jumaat 8:30am.. USDCAD pattern di bawah ini failured.. Point-X pecah..



Bahan Kajian "Live"
Gartley Bearish Setup

Gartley - How to Spot ?



Salam bahagia...,

1. Seorang teman bertanya bagaimanakah nak spot pattern gartley sebab dia tak ada details nya dan dia main 'tangkap-tangkap' guna mata dia sendiri.. try and error katanya. Ehekkk... actually pada awalnya kita pun gitu jugak.. dop reti apa-apa pasal gartley ni... cuma biasa terjumpa 'bentuk sebegitu-sebegini' dan rasa-rasa dalam hati 'agaknya dia nak patah balik'... Kikiki...

2. Okay.. gambar di atas ialah detailsnya.. sila jadikan rujukan untuk kemudian hari.

3. Cuma kita nak tambah sedikit bahawa... kita semua akan jumpa bentuk sebegini dalam pada dua (2) keadaan... iaitu

Pertama:- Ketika sesuatu trend itu sedang consolidation dan akan meneruskan trendnya kemudian. MACD atau RSI biasanya tidak menunjukkan adanya divergence pada peringkat ABCD

Kedua:- Ketika sesuatu trend itu mungkin telah selesai atau hampir selesai dan mulai membuat correction yang besar kemudian. MACD atau RSI biasanya akan menunjukkan divergence pada peringkat ABCD

4. Dengan info yang sedemikian kita harap teman kita tu boleh praktikkan cara ini, dengan harapan akan membuahkan hasil yang lumayan kemudianya... dan pattern ini boleh juga digabungkan dengan teori Elliot Wave jika anda berminat untuk mengkajinya secara sendiri. Sila dapatkan pdf file mengenai Elliot Wave di sini >>> Klik

5. Dan... kenali lah trend dengan struktur XABCD... kikiki... alopak agogo!

EURJPY - bUy

Jumaat 8am... 2 target archieved ke puncak C dan A.. now consolidation ..


10:00am

1. Pattern M
2. Divergence
3. Currently kita fikir 'bas' baru aje bertolak
4. Tunggu lah di stesen hadapan
5. Jika gostan kembali, tunggu di 23.6%

GBPJPY - Entry Level

Jumaat 8am.. Target ke 100.0% archieved... now consolidation


Jam 9:45 pagi

1. Expecting bounce /consolidation dalam kotak 61.8% - 38.2%
2. Sepatutnya harga tak lebih ke bawah dari 23.6%
3. Position trader BUY current stoploss kat zero level

NZDUSD - Entry Level

Jumaat 6:00pm... Stoploss 0.7621... Hits.. Adoiiii..


Jam 9:30pagi

1. Creating M pattern
2. Divergence
3. Buy


Rabu, 28 September 2011

AUDUSD - Entry

Jumaat 8am.. Trade still in play.. First bought at 0.9700.. Pending Order 0.9826.. stoploss 0.9641

60mins - 8:30pg

- Dia tak ade divergence... tetapi dia berjaya mengestest SMA55 and now dia pullback. Kita jangka correction ke bawah ini akan mengambil sedikit masa jadi kita menunggu harga yang paling cun di bahagian bawah sana.

- Dia pun tak ade pattern... uhukk... tetapi kelihatan nya ianya sedang membentuk kaki W yang boleh membawanya naik membuat correction yang besar di kemudian hari. Jadi sementara dia turun ini.. sila lihat-lihat kelibat bentuk AB=CD dalam timeframe M15 n M30.

- Sediakan kacang untuk di kunyah.. correction pun correction lah... kikiki

Selasa, 27 September 2011

Gold - Just wait n see dulu~

Gold daily..,

- Hehehe... tahniah ler kepada sesiapa yang mengikuti "temberang" kita yang tak letih-letih menunjukkan gold tu ada "lobang".. kiki.. cerita ini serupa cam gu n eu n uchf.. bukti demi bukti dan lobang demi lobang kita dah tunjukkan.. malah sendiri pun boleh lihat depan mata dan batang hidung sendiri... pun masih ada oram dok cakap eu nak terus jatuh ke 1.2 ...

- Nampok banget dia dop juga reti cara kita trade guna pivot-x ! Ahhh... letih doh nak layan orang-orang sebegini.. pesan orang-orang tua.. "biarkan.. biarkan.."

- Untuk gold.. kita duduk diam-diam ajelah dulu... sebab kita nak tengok stoploss level tu hits atau tidak seminggu dua ni... sebab kita rasa dia akan consolidate di dalam channel itu untuk sekurang-kurangnya 3 bulan. Jika hits stoploss tu, maka kita akan lihat eu n gu akan mengikut forecast kita kemudian nya.

- So be patience.. ek ! Kikiki ~lalalala

USDCAD - Entry


Jam 5:20ptg
1. Ada W
2. Ada divergence
3. Ada lobang... nun kat kaki 0.9760
4. Order Short letak sL kat line merah
5. Jengok EU dan GU dan UCHF

Isnin, 26 September 2011

EURUSD - Entry LeveL

6:00 ptg
1. Divergence
2. Pattern
3. Long

USDCHF - Correction

4:30ptg

1. Divergence
2. Pattern
3. Short

Sabtu, 24 September 2011

Market View - End September

USDX - 240min

- Masa harga dollar di bottom.. seseorang tu long vs dollar dia bagai nak rakkk..! Lepas tu yahoo..yahoo.. bagitau orang "kesian... orang yang short..." ... lepas tu harga dollar di puncak... perangai dia serupa jugek... bagitau orang "kesian... orang yang long..." nevertheless... orang jenis macam tu mestilah cara trade dia berbeza dengan kita.

- So kita ucapkan.. selamat berbahagia sahaja kepada beliau. Cuma jangan timbul riak dan takkabur timbul dalam hati... nanti apa yang di buat semuanya tak ade erti.. uhukkkk. Kalau aku jadi dia... tentulah aku malu masuk blog ni baca view orang lain... apa barang baca view cikai semua ini ye tak?

- Gaya letak trade "kais pagi makan pagi kais petang" bukanlah style trade kita. Kita menabung hari ini untuk kebahagian dan kemewahan di masa hadapan... cuma yang perlu di praktik selalu ialah money management.

- Baik lah.. usahlah kita berbicara panjang.. kita lihat setup dollar tu... di lain masa nanti kita ulas lah pulok..



EURUSD 60mins

- Huhuhu..~ nampak gaya macam terjunan nya di "pause"kan di zone bawah ini... namun sama-samlah kita maklum bahawa yang namanya wave 2 tu boleh lari sampai FE 261.8 hingga FE 423.6%... huhuhu~

- Itu sebab, jika guna fibo... dia ada 2 tools... satu untuk kira retracement (fibo retracement) dan satu lagi untuk kira trend (fibo expansion)... jadi kalau nak tau sesuatu trend tu dah siap ke belum, kita ukur guna fibo expansion. Uhukkk... sila simpan tips tu ek.. sebab oram tak akan bagitau apa guna kedua-dua tools tu.

- Untuk gambar di atas.. kita nampak belum siap zigzag kecik-kecik tu.. biasa nya zigzag tu pun revolution dia mengikut nomo-nomo fibo gak... dalam subjek up dan down trend dia ikut rythm 8, 13, 21..etc.. mengapa? Malas nak jawab.. tapi.. cuba lah amik calculator cuba picit 8/13= ..?, 13/12=..?, 13/8=..?, 21/8=...?

- Dapat idea tu mengapa kita ambil rythms sebegitu? Ok... gudluck..!


GBPUSD - 60mins

- Kita menanti dengan debaran adakah akan berlaku "black Friday" pada akhir dagangan minggu lalu... tetapi... ~wakaka~ ianya jadi green Friday !

- Tetapi harus ler kita ingat bapak beruang tak akan mahu kasi chance candlestick September 'cacat'... dia mesti bikin cun-cun punya bearish supaya quarterly candle (Jul-Sep) nampak cantekkk nak hentak ke bawah lagi.., sebab doji quarter lepas lebih bermakna jika di kawen kan dengan candlestick quarter ini.

- Walaupun begitu.. jangan sesekali kita cakap dia tak akan tutup semua gap weekly dia yang tercipta pada bulan ini. Kita tak mahu ubah view kita. Totap jua den cakap gap akan di "filled" in dengan body weekly candlestick jua.

- Berikan masa separuh tempoh quater hadapan (Oct-Dec)... insyaAllah.., dan kita totap yakin tiket ke selatan masih ado untuk kita semua setelah technical correction ini selesai.

Jumaat, 23 September 2011

AUDUSD Update

update view 3 pagi 23 Sep 2011
(Komen : Mostly likely downside target dah archieved)
Selagi bawah 0.9826.. dia masih boleh teruskan ke 0.9490
Tetapi jika naik balik above 0.9826.. kita prepare nak layan pullback ke below wave (i)
Next strategy kita ialah untuk mencari 2nd target dia iaitu yang paling jauh ke 0.9143 (ntah bila lah nak sampai)...

GBPJPY Update

update view jam 2 pagi 23 Sep 2011
(Komen : most likely semua downtrend target dia dah archieved)
Sama macam eurjpy silap haribulan lagi jauh ke bawah dia pergi

EURJPY Update

update view 2am 23 Sep 2011
(Komen : most likely downtrend target dia dah archieved)
Selagi trend masih kuat turun dan share market pun masih
menjunam.. bahaya kalau counter dia

GBPUSD Update View


Update jam 1 pagi
23 Sep 2011
(Komen : berehat sebentar di previous supports)
Close below this support.. 38.2% dan fibo fan 23%
jadi idaman

Khamis, 22 September 2011

EURUSD - Update View

update jam 1:00 pagi
Jumaat 23 Sept
( Komen : masih di sapot oleh fibo fan dan 50%)
Close below 50% , bearish


update view
jam 11:30pagi

Annoucement

Salam hormat..,

1) Fed TIDAK lanjutkan Q3..
2) Share Market Terjun..
3) Euro n Pound will continue down..


Black Friday = Tomorrow ?

Jika berlaku sedemikian...
jangan lawan trend..

JUST FOLLOW IF BREAKING LOWS !!!



Rabu, 21 September 2011

Gold - Decision

Gold jam 8 pagi

- Se akan-akan nampak lenggok dia nak ke mana yek? Apalagi kalau tidak meletus naik. Kecuali time aje yang tidak setuju...

- Weekly candle dia sejak dua tiga minggu menunjukkan pokok kelapa yang tinggi melangit ini mulai tidak stabil...

- Kita prefer dia jatuh semasa berada di bawah trendline... tapi dia memang selalunya suka main breakout sebelah atas. Berhati-hati di minggu-minggu terakhir bulan Sep ini... pastinya bapak-bapak kambing tidak mahu candle bulan ini di tutup menjadi spinning top.




- Kita layan lagu neh untuk dia neh dan usdx vs euro&pound... ehiksss!

Selasa, 20 September 2011

Ahad, 18 September 2011

AUDUSD - Retrace


AUDusd - 4hr

- Kita dapat cilok +144 pips up... kiki... seronok gak dapat... bila mana 60min ade divergence... end of week kita cuna tengok lah apo kato 'mesin'.

- Fuyoooo... dia boleh naik sampai target yang di komen kan... tetapi harus lah kita ingat... bahawa komen tu cakap ini ialah retrace aje.. dan kita pun jika lihat seimbas lalu.. naik dari low minggu lalu MUNGKIN mau bikin bentuk W skala besar... dan lepas tu.. kebabOmm.

- Apa yang perlu tunggu setelah retracement hampir siap? Kita rasa.., elok kita tunggu quarter ini punya candlestick siap sepenuhnya. Sebab nya ialah dia jatuh bulan Julai, naik bulan Ogos, ni bulan Sep mana dia nak close?

- Jadi sementara tunggu dia close di mana .. kita layan lah dulu view yang ade.. retrace pun retrace lah.. kikiki~

GBPUSD - Mid Sep View





GBPUSD - 4hr view

- Kita letakkan kedua-dua view bullish dan bearish mengikut perspektif "mesin memproses gelombang market" ... setelah sehingga Jumaat lalu... dia ini gagal 'meletus'naik buat correction seperti yang kita jangka kan.

- Sedey jugok.. tapi 'lobang-lobang gap' masih belum ditutup.

- Kita masih percaya dia akan naik juga menutup gap. Tak tau pula mengapa dia begitu lemah gemalai macam tak ada 'power'... mungkin dia menunggu sehingga :-

  • Wed September 21, 2011 – 4:30am EDT – UK MPC Meeting Minutes
- Tetapi kita memang tengah panas bontot. Dia masih mendatar... EURUSD dah jalan tapi GBPUSD masih tak bergerak.. walaupun begitu dia dah tembak line +144pips jika kita kira secara manual dari low minggu lalu.. next week adalah decision time.

- Jika break low minggu lepas... rujuk lah view pertama sebagai panduan... ( i don't like it !)

- Jika break high minggu lepas... rujuk lah view kedua sebagai panduan... ( i like it !)

- Bersedia untuk apa-apa kemungkinan... Kita doakan semua position kita.., hijau menuju ke bahagian atas... InsyaAllah.

Sabtu, 17 September 2011

EURUSD - Mid Sept View


EURUSD - Weekly Chart

- EURUSD mungkin TAK AKAN lebih bearish daripada low minggu lepas..., Insya Allah..! (Ayat tu cover sket.. kuh3)

- Teknikal view kita cakap
  • Pertama - dia masih ada "lubang gap"
  • Kedua - Pattern yang ketara sekarang ialah AB=CD=Bullish Reversal Sign
  • Ketiga - ECB, SNB, FED, BOE, and BOJ minggu lalu menawarkan untuk meningkatkan kadar kecairan dollar ke dalam market sehingga bulan Disember nanti.
- Adakah ketika ini kita boleh menganggap bahawa dia ini akan melepasi setiap level C dan A seperti yang tertera dalam chart itu? Uhukkk... mengikut pattern... memang kita cakap BOLEH ! dan kita tambah sket di hujung ayat kita tu... Insya Allah.. (tq Jenahak bagi link lagu tu)

- Adakah di FOMC meeting minggu depan Fed akan mengumumkan Q3 nya? Sudah tentu lah kita tak tau lagi sebab news belum keluar.. kuang3x.. TETAPI.. acapkali (berulang-ulang kali) kita sudah melihat bahawa SEBELUM sesuatu fundamental news itu di umumkan.. sesuatu pattern di dalam chart itu telah pun SIAP terbentuk terlebih dahulu dan HANYA fundamental news akan mengesahkan bahawa sesuatu pattern itu VALID untuk di niagakan.

- Maka dengan pandangan kita yang sedemikian maka lengkaplah sudah persediaan kita semua untuk memorex untuk next quarter... jika news cakap ada Q3 maka pattern ini valid... jika news cakap Q3 tak ada maka pattern ini jadi invalid. So.. itu adil bukan?

- Kita pilih EURUSD bullish untuk
  • sehingga gap tutup.
  • lengkap nya pattern AB=CD (bullish reversal) ( End April to Mid Sep)
  • Fed akan umumkan Q3 atau stimulus package bentuk lain
- Berhati-hati aje lah semua pada bila-bila masa jika dia ini gagal melepasi level -610pips dan sebaliknya merudum turun ke below -987 kembali. Pastinya anda tahu semua ke mana ianya akan pergi kelak... iaitu -1,597pips.

Jumaat, 16 September 2011

GBPUSD - today



1. Tengok gambo ni.. (ini gambo petang smlm)
2. Cemerlangkan hari anda..
3. InsyaAllah

Khamis, 15 September 2011

AUDUSD - Bullish Divergence


2:30pm..

- Divengence..! Runnn... kikiki.. wow..!!
- Happy green pipsss ...!!!
- Boleh counter jika berani... ke lobang gap minggu ini...
- Adiosss... wassalam

Rabu, 14 September 2011

Dow Jones Index : Update


240min , 9:30mlm

- Rata-rata baca news takde lah yang positip pasal share market.. macam lah dulu masa dia bulls.., semua komentar cakap share tak akan turun dan akan terus naik sehingga end of 2012.. dah turun masing-masing panas punggung... huhuhu~

- Sila semak forecast kita terdahulu

- Sessi correction kita jangka bermula andaikata malam ni dia break trendline putus-putus tu dan base on time... correction ini akan selesai di penghujung bulan Sept ini dan tak lama lepas ini kita semua akan dengar komentar cakap share akan bull kembali.. huhuhu~

- Kita tunggu dan lihat dulu lah camne yek!?

Duduk Diam kan Bagus ??


Dollar index Update 8pagi.

1. Target pertama = X.. hits !
2. Next is Target = B


==================================================

# Nota :

Kita dah keluarkan gambar chart EU n GU semalam as ade orang "sakit mata" tengok kedua-dua gambar tersebut... wakakaka~ Uhukkkk !!!


Kepada user67..,

- Cakap siang pandang-pandang.., cakap malam dengar-dengar..
- Kita letak comment & trade bukan nya sebab kita terlalu pandai atau memandai-mandai..
- Setiap comment & trade ada probility nya..
- Sama ada menjadi atau tidak.. itu Allah punya kuasa..
- Jangan ler kasi panas kami yang sedang "kepanasan"..
- Harap maklum...~ Adios..!!!

Dollar : Update View


3omin Chart

- Dalam uptrend ade W dan divergence..
- Jika break below pitchfork channel ini malam..
- Mana-mana pivot-x akan jadi target nya...
- Tetapi.. jika break high lagi.. nangess ler ramai-ramai..!!!

Selasa, 13 September 2011

AUDUSD - Jengok Kebun

Jam 11:00 pagi..

- Candlestick berkumpul-kumpul selalunya bukan petanda dia buat bottom.! Kita lock profit kita kat entry dan kita add swing short below -377pips.

- Harap-harap dia jangan tutup gap dulu untuk 2 minggu nie... ehiksss.. biar kebun kita sugar bugar cam elephant..! Tapi kalau dia naik jugek tutup gap tu.. kita akan dapat harga yang lebih baik..! Ehehehe.. uhukkkk..!!!

EURUSD & GBPUSD - What a day !



13 Sep 8:00 pagi..

- Gambar yang membawa seribu makna atau mungkin juga seribu pips !

- InsyaAllah...

Isnin, 12 September 2011

USDX - Update View

Daily Chart

- Of course.. jika dia giler.. dia boleh terus melompat naik atas channel warna biru tu.. dan bearish divergence mungkin tak laku... -:p

- Tapi setakat market tutup hari Jumaat.. harga tak close di atas channel tu. Jadi kita percaya dia akan touch level Gann +180dg dan Fibo XA = 127.2%.

- Soal nye apa akan jadi lepas tu?

- Gambaran awal yang kita dapat lihat di sini ialah... jika pun dia jatuh, bentuk pattern ini cakap dia boleh jatuh kembali ke X dan B... atau kalu kuat sket dia ke mid B dan C.. tetapi kita tak prefer dia akan jatuh below A..

- Apakata jika dia tidak berhenti di 127.2% ?

- Of Course dia terbang terus menerus ke 161.8% = 78.77 dan 261.8% = 82.2 tanpa henti kerana ikut weekly chart dia boleh mencacak tegak membikin candlestick marubuzo.

- Mana satu pilihan kalbu? .. Kita prefer dia gostan isi minyak dan totop lobang gap. Tapi kalu dia tak mau gak ikut cakap kita.. apo den boleh buek?

GBPUSD - Jangan Tinggalkan Daku


Weekly Chart

- Kita nampak gap... dan... kita pernah melalui situasi ini... berkali-kali.

- Tapi gerakan dia ketika ini sedang cuba me"reset"kan pattern terdahulu... once level fibo 100.0% breaks.. pattern ini akan invalid kan cobaan dia naik ke 1.7... so harga 1.5779 akan kasi kompom gerakan retracement A dan D selesai dan new trend akan developed..

- Currently dia tertahan di 88.6%.. jika ikut standard GBPUSD.. <>377 pips seminggu bukan lah petanda ianya gerakan pemecahan yang besar.. ianya mungkin pembalikan atau hanya penerusan trend atau correction.. GBPUSD dalam sejarah nye boleh jatuh 1,000pips seminggu bila market panik... maka adalah agak menghairankan jika kita lihat dia jatuh ciput aje pada minggu lepas..

- Walaupun begitu.. ber waspada lah sentiasa dengan dia ini.. tatkala EURGBP bersedia untuk meluru naik pada minggu-minggu yang akan datang.., pastinya kita akan melihat situasi yang kita sebutkan di atas.. tapi kita harap dia akan tutup kan gap dia tu sebelum benda tu berlaku.

- Harga dan masa akan memainkan peranan.

EURUSD - Koo Koo Bird

Weekly Chart

- Kita nampak gap... dan... kita pernah melalui situasi ini... berkali-kali.

- Kita cakap harga akan berpatah balik ke atas... tetapi... siapakah yang boleh bagi jaminan ianya akan berlaku seperti peristiwa yang lalu ??? Rata-rata orang cakap harga akan terus turun.. oleh kerana kita trader kecil-kecilan.. elok lah kita jangan lawan cakap trader besar yang giler kentang... kita cuma perlu tunggu dan lihat.

- Buat masa ini dan sekurang-kurangnya sehingga FOMC meeting end of this month.. kita yakin "bas ke selatan masih ada tempat duduk yang kosong". Dan sementara menunggu harga "basing di bahagian bawah ini" pada minggu depan hinggalah body candlestick menutup ruang gap tersebut.. kita boleh stand-aside atau mulai meninjau-ninjau kebun-kebun yang lain.. contohnye kebun-kebun kita di New Zealand dan Australia.

- Sabar itu kan tangga kejayaan?

Jumaat, 9 September 2011

EURUSD - Kupu-Kupu


Jam 5 ptg...

- Sampai dah ke bulan ni punya support ke-2.. baru sembilan haribulan harini.. uhukkk... -700pips dah... dan kalau dia xmo berhenti jugak pada harga 1.3795... maka kompom lah dia nie menuju ke zone 1.2 selepas dia pullback kelak..

- next Level jika dia tak berhenti di 1.3795 ialah ke sequence pips seterusnya -987 = 1.3562

- Nampak memang tak mau berhenti ni... uwawawa... kecuali dia puas hati dah hits -610pips tolak lagi -89 dan turun lagi -34 = 1.3816 dan dia gagal pecahkan 1.3795.

- Kita tunggu tengok macam mana yek!

Khamis, 8 September 2011

EURGBP - Consolidation/Decision


EURGBP 10:30 mlm

- Huhuhu~.. Kena bedal dengan Pound.. tapi bagus gak sebab GBPUSD boleh naik.. kikiki~

- Setakat ini masih percaya pattern M sebelah kiri tu masih valid.. tapi kalau jatuh terus below D, kita boleh ubah view bullish nim.. erm erm erm..

- Kita akan long balik sebaik sahaja momentum menjatuh ni slow sket dan jika terdapat candle reversal pada level fibo warna putih.

USDX - Klasik view

USDX 9:45mlm

- First of all... ini hanyalah idea view kita aje... setakat harini kita tak rase dia akan meluru naik begitu sahaja.. base on time.. harini dia kena batang letrik.. base on fibo harini dia jumpa 76.4%... base on pattern... dia kena buat suatu bentuk M.. ini hanyalah pandangan kita aje.

- Ada juga faktor lain contohnya.. FOMC Sept akan due tak lama lagi dan tentunya semua dok "nga-nga " nak tau tau pasai QE 3.. Hujung minggu ni ada G7 meeting yang tentunya dan biasanya selepas meeting USD kena bedal sket.. Juga jika anda ada chart VIX anda perlu melihat bearish divergence telah terbentuk di timeframe H4 dan ke bawah...

- Setiap trader mempunyai pendapat sendiri.. jadi tentunya ada yang tak setuju dengan semua view kita kebelakangan ini.. namun itu memang biasa berlaku dan kita akui bukan semua pendapat kita betul dan bukan semua trade kita berjaya (ratio swing trade kita setakat ini ialah 8 win : 2 loss).. oleh itu kita menerima setiap pandangan dan pendapat.

- Dan.. kita masih menunggu ketika yang sesuai untuk merallykan dollar ini menuju ke puncak nya apabila semua lobang-lobang gap yang tertera di chart telah selesai di hadang oleh body-body candle pada hari-hari yang akan datang.

- Kita semua telah hadapi perkara lobang gap ini ini dengan berjaya sesuatu ketika dahulu.. sila rujuk posting 1 dan posting 2. Sementara semua benda-benda teknikal ini selesai.., kita boleh bersedia dengan tenang tanpa tergopoh-gapah... Alopak agogo..!!!

AUDUSD - 18SX

AUDUSD

- Kita sedang tunggu dia buat topping untuk kita start short... ke... -1,597pips ke bawah... uhuhuhu~.. Dengo orang Australia marah dia... ehehek..

- Tu idea aje.. jadi tak jadi.. itu Allah Maha Berkuasa.

- Long kecik dulu sebab gatal.. lepas tu sell kaw-kaw.. opps.. tercakap plak !

GU & EU... Try aje



GBPUSD

- Currently kita takde idea... ini cedok punya view dari web lain.. huhu~ hantam saja lah.. dapat separuh rally pun ok kot.

- LONG position above 1.59 with targets at 1.6250 or even 1.6750.

- A break below 1.59 would call for a further decline to 1.5650.





EURUSD

- Ehiksss.. cam sama dengan kedudukan pivot X kita.. try ajelah mana tau ek?

- LONG above 1.395 towards 1.43 & 1.4700.

- A downside breakout of 1.3950 would open the way towards 1.37.

Selasa, 6 September 2011

EURUSD - Update


EURUSD - Weekly chart

- Malam ini temberang USD menjadi.. stoploss saya kena hits.. tapi sebab petang tadi ade spike sebentar ke atas... maka sempat lah saya closed posisi yang berada di atas level 1.4100.. yang bertahan sehingga stoplos kena gigit ialah posisi di bawah paras 1.4100

- Now kita stand-aside.. adakah trendline ini dapat bertahan ??

- Kita akan biarkan market tunjukkan jalan.. sebelum kita ambil sebarang tindakan.

USDCHF - Seram Sejuk


USDCHF 240min 10:00mlm

- Fuhhh.. meletus-tus-tus !

- Nasib baik kita stand-aside.. now kita dop tau betol ke tidak tindakan kita ini untuk mengeshort nye... mengikut kiraan manual kita, dari kaki low dia nie 0.7067 hingga harga fibo kat 161.8% = 0.8569... fibo sequence pips yang terhampir ialah 1,597 = 0.8664

- Maka nya dia mungkin ketika ini ada baki lagi nak naik menjadikanpips dia 1,597 = 0.8664.

- SNB telah secara rasminya mem"peg"kan duitnya dengan nilai euro pada harga 1.2.. dulu masa harga kat bawah melompat ke atas.. SNB menafikan tentang rumours tu plak.. now they kompom kan plak.. apadaaa.. bank pun kuat temberang.. kihkihkih

- Apa yang kita khuatir ialah.. selalunya orang membeli tatkala rumours berlegar.. dah tu bila statement dah kuar, mereka pegi menjual plak... kan pelik tu? Mungkin kah juga USDCHF nie akan boleh jatuh hingga ke 0.6500 kelak?

- Wallahu'alam... Semoga short ini berjaya dengan cemerlang.. InsyaAllah

EURGBP - Siap ke belum ??


EURGBP 240min 11:45am

- Kita dah totop short sengal kita. Sekarang kita fokus kan kembali bentuk M seperti dalam gambo tu.. ehekkk.. last high price ketika kita short, harga tak lepas A.. walhal kita semua maklum bahawa bentuk M yang kaki kanan dia yang tak lepas X , biasa nye dia akan tembus level C dan A... jadi sekarang amacam?

- ECB dan BOE interest rate statement akan keluar pada hari Khamis. Both side kita rasa takde apa-apa perubahan pun yang akan dia cakap. Rumours menyatakan bahawa ECB akan kerat interest dan BOE akan tambah stimulus... ehekkk.. kalau camtu gaya nye keras ajelah EG kat zone 3 fibo golden line nie ye tak?

- Oleh yang demikian.. kita letak kan kedua-dua posibilities gerakan nye. Barang siapa yang keluar dahulu dari Channel Picthfork (warna pink) kelak.. next pullback nye better kita follow arah yang dia dah tunjukkan nanti.

- Buat masa nie.. duduk tepi pun boleh, scalp short & long pun boleh sehingga lah ECB n BOE selesai ber "meeting".. kikiki... uhukkkk !!!

- Idea kita ialah "Long=Beli" ... err err err..???

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot