Rabu, 31 Julai 2013

EURUSD - Pegang Telo ~


EURUSD - Daily

- Contracting Triangle... dan kita masih menunggu
- Harapan kita... doa kita makbul... high petang tadi adalah yang ter"last"
- Jenuh dah menunggu... last kopek... esok jika pullback dan tak lepas high Selasa...
- Kita hentak kaw-kaw sebelum bercuti hariraya. 

Rabu 2:00AM MYT


Selasa, 30 Julai 2013

AUDNZD - Waiting for retracement


AudNzd - Weekly

- Bosan dah dengan yen dan usd... fedup pun iye juga... so kita cuba cari peluang lain... lubang rejeki bukan kat satu tempat aje... tapi banyak lain yang ade.

- Kita tepekkan AUDNZD... dia jatuh mengikut pattern head n shoulder.. dan jika ambil range yang kita warnakan dengan DarkViolet AB maka sket hari lagi dia akan sampai target ke dia.. dan kemudian retracement akan berlaku.

- Kita sekarang berada di end of July... so kita akan tengok kembali pada 2nd or 3rd week of August... jika ada peluang.. kita akan cuba tepekkan isyarat yang diproses... jika takde... kita let go aje lah.. buat apa pening kepala ye tak?... kuang3x




CLOSED ALL XXX/YEN SHORT



SELASA 8:00AM MYT

- Kita tutup semua short xxx/yen.

- Tepekkan gambau GBPJPY dan USDJPY sebagai alasan untuk membawa lari apa yang ada... maafkan daku... mungkin projek ke bawah tak jadi... atau mungkin ditangguhkan sementara.. kerana kita fikir mungkin bukan sekarang... tetapi di tangguhkan sehingga Sept atau Oct kelak.

- Tetapi jika ianya berlaku juga selepas ini... kita akan masuk short kemudian sekali lagi ketika market pullback mengambil nafas. Otherwise... kita try buy pada open price harini.. dan stoploss pada low semalam. Jika stoploss kene ngap... kita lepak sampai raya.

- Selamat mencuba dan berjaya!

Jumaat, 26 Julai 2013

USDJPY - Gartley


USDJPY 60min

- Bearish Gartley... nampaknye dah makan kaki C... jika ada rezeki sket masa lagi makan kaki A pulop... tetapi kita masih curiga... kerana Abe telah monang bosar untuk Parliment seats.

- Hari ini Nuzul Quran... cuaca sejuk.. hujan renyai-renyai... suasana di luar nampak mendung.

- Bulan ini kita tak ada gaji... dan masih bertahan... tiada tanda-tanda situasi akan berubah dengan cepat... dan kita memantau pergerakan xxx/yen setiap waktu.. walaupun kekadang dah mula rasa bosan nak mampus menunggu dia rebah seperti yang kita harap-harapkan.

- Ramadhan adalah bulan menguji kesabaran... oleh itu bersabarlah.


Ahad, 21 Julai 2013

Alert !!! Abe menang lagi..


Adoiiyaaa... mampess lah semua xxx/yen kita...
please take any precautions if you still holding short xxx/yen




Jumaat, 19 Julai 2013

Standby... Apa pun bisa berlaku


SP500 - Daily

- Bapak Bernanke masih mahu mempertahankan hujahnye bahawa Federal Reserved masih berminat untuk meneruskan pembelian bond-bond sehinggalah indeks-indeks ekonomi USA menunjukkan petanda yang lebih positif sebelum menghentikan tindakan mereka.

- Well... kita bukanlah seorang economist yang tahu mengenai tindakan itu betul atau tidak... tetapi... apalah yang boleh diharapkan lagi dalam situasi ekonomi yang terumbang-ambing sekarang dan menantikan sesuatu keajaiban boleh berlaku.

- SP500... kita lihat sedang membuat "topping"... kita jangka sesuatu yang diluar kawalan sesiapa akan berlaku sedikit waktu lagi... dan bacaan kita ialah ianya akan tetiba jatuh ke bawah... dan agak pasti ianya akan mengheret beberapa keping currency ikut sama (sila baca sebagai xxx/yen)

- Mungkin jangkaan kita silap... tetapi kita dah bagitau awal... sesuatu akan berlaku.. samada harga terus mengcokeng naik lagi atau pun merudum laju ke bawah... maka sama-samalah nantikan saat dan ketikanya.. dan kita doakan semua short yang kita buat ke atas xxx/yen akan berhasil dan berjaya.

- Buat ketika ini... kita duduk diam macam tikus yang ketakutan.. kerana jika short kita failure... mungkin kita ikut nangis guling-guling tatkala takbir raya kemundang..

- Uwaaaaaa... waaaa... waaaa ~... nangislah dulu..




Selasa, 16 Julai 2013

EURUSD - 5-0 ???


EURUSD - 240min

- Bapak Bernanke akan memberi keterangan di depan Senat esok.
- Masa FOMC.. dia kata Fed akan mulai mengurangkan belian bonds
- Tapi dalam suatu forum yang lain... dia kata Fed akan meneruskan belian bonds
- Bapak Bernanke... memang jika mengikut rekod... dia biasanya dovish
- Jarang Bapak Bernanke beri komen-komen yang hawkish

- Tetapi.. sedar atau tidak.. sejak dia pegang jawatan.. dollar meningkat naik?
- Dan share market juga menikmati hasil yang memberansangkan..
- Malah .. seolah-olah semuanya akan dapat bertahan.. tiada yang akan ranap.

- EURUSD kita jangka akan ranap.. Euro tak akan lebey bagus dari Dollar..
- Malah tak akan lebey bagus dari Yen..

- Maka kita akan open short pada line-line fibo seperti dalam gambar.
- Kerana kita fikir... pattern 5-0 itu telah ter"over" reaction... sehingga tertembus level 261.8% of AB
- Oleh itu... biasanya... jika tejadi sebegitu... maka... harga akan reverse kembali ke below B.

- Sekian, wassalam.


Khamis, 11 Julai 2013

EURJPY - The Target


EURJPY - Daily

- Kita doh lihak pada minggu ini USDJPY dan GBPJPY mulai terbenam.. namun ianya masih diperingkat awal sahaja lagi.. dan kita perhatikan EURJPY akan mengekori kemudian.

- Kali ini kita tepekkan target-target EURJPY. Wassalam.


Rezeki Ramadhan... Closed ALL



Al-hamdulillah.... Rejeki jangan di tolak
Kaut ke semuanya tanpa ragu-ragu
Syukur nikmat !!!

Rabu, 10 Julai 2013

GBPUSD - Standby



slow and steady

USDCHF - Standby



USDCHF - 240min

- Malam pertama bulan Ramadhon.. lepas balik terawih.. lepak-lepak gatal pulak tangan nak trade.. semak punye semak.. nampak macam ucep nie ada sket potensi untuk di counter.. selepas diproses dengan mesin.. memang nampak macam boleh lah kot... dengan lot kecik-kecik.

- Pada chart yang di proses oleh mesin.. gerakan (1)(2)(3) - biru ialah major wave,,, manakala gerakan (1)(2)(3)(4)(5) - merah ialah intermediate wave,,, nampak macam nak siap.. tapi tak tau ler memang dah siap ke belum sebab target intermediate tu baru sampai yang minima target nye sahaja.

- Tapi biasanya jika betul yang naik ketika ini hanyalah sebagai correction... wave (2) biru tak akan di sondol.. itu yang biasa kita lihat lah.. tapi tak tentu jugak... sebab dalam forex... rules sebegitu adalah permainan kegemaran spekulator.. mereka suka main sondol-sondol.. wakaka~

- Dengan syarat bahawa correction yang dibuat oleh intermediate wave tidak melebihi kotak warna hijau, maka correction ini mungkin wave 4 yang paling extreme bagi major wave... dan jika harga boleh berpatah balik ke below range minggu ini ( 0.9550 ) .. maka ada kemungkinan ini petanda dollar akan buat deep correction kembali below label (3) biru pada minggu-minggu yang akan datang.

- Walaupun begitu... kita nak ingatkan juga bahawa... bulan pose ialah yang mulia... semua trade perlu berwaspada... sL jangan lupa... jika tidak... mungkin nanti raya kita tak berjalan ke mana-mana.

- Wassalam...

Sabtu, 6 Julai 2013

EURUSD - Contracting Triangle



EURUSD - Daily & 60 min

- Bulan pose ialah bulan yang mendebarkan... dada kita berbunyi degap-degup-degap-degup.. bukan sebab takut nak pose... tetapi pada setiap bulan pose EURUSD akan buat suatu kejutanzzz..

- Pada 2010... pose jatuh hujung bulan 8.. harga melantun naik
- Pada 2011... pose jatuh awal bulan 8.. harga merudum turun
- Pada 2012... pose jatuh hujung bulan 7.. harga melantun naik
- Pada 2013... pose jatuh awal bulan 7.. jeng...jeng...jeng !!!

- Ye.. pada setiap Ramadan.. ada candle yang besau-besau akan muncul.. kasi abesskan semua duit orang.. dan tahun ini kita sekali lagi akan berhadapan dengan situasi yang serupa... kita berdoa semoga kita tak terjerumus dalam situasi tersebut.. kalu ikut cycle turun naik di atas.. maka mungkin tahun ini kemungkinan nya ialah harga akan merudum turun.

- Tetapi.. entah mengapa hatiku berkata-kata dan berbisik manja.. "tahun ni dia naik bang.." ... adussss... hatiku mulai goyang... so minggu lepas, tak trade langsung EURUSD dan GBPUSD... maka kita tengok ajelah sambil makan karipap-karipap lain yang ade.

- Merujuk kepada chart 60min... Crab bullish berganti dengan Crab bearish... dua-dua kita kira dah selesai kerja... finished already... both bull and bear makan besar... kureng lebey both dapat 610pip up down.. now kita beralih kepada chart daily... dalam pattern... ada contracting triangle.

- Tetapi kita nak ingatkat terlebih dahulu.. bahawa ada 3 pattern bearish yang wujud sekarang iaitu bearish head and shoulder, bearish butterfly dan bearish gartley... bergabung untuk meranapkan ERUSUD.

- Kita rujuk kamus... apa maksud "contracting" ? .. maknanya ialah menguncup... biasanya harga melantun-lantun macam bola ping-pong dalam triangle tu... sehinggalah membentuk gerakan ABCD.. and the final leg ialah E.. dan ... E itu tidak akan mencecah garisan A ke C.. atau dengan kata lain E mesti lah kedudukan terakhirnya berada di atas C.

- Dan... setakat eod hari Jumaat... EURUSD belum melepasi garisan A ke C or level C... soklan yang menarik di sini  sekarang ialah... akan bocorkah kah kah kah ????

- Sama-sama kita tunggu dan lihat adegan seterusnya... dan kita view tetap sama iaitu stand-aside lagi.



Selasa, 2 Julai 2013

USDJPY - The Target




USDJPY - Weekly

- Kita dah tepek kan chart-chart yang kita akan counter mulai minggu ini bagi Yen cross... dan malam ini mereka masih memanjat-manjat... tak tau ler betul-betul punye panjat ke... atau sekadar melompat-lompat sekadar memanaskan badan dahulu.

- Kita mulai akan mengurangkan komen tentang ketiga-tiga pairs tersebut... sebab kita tak mau konfius... wakaka... sebab bila dah konfius... kita akan hilang arah... bila dah hilang arah, nak masuk balik payahhh... kui3xxx... :p 

- Semua short hendaklah di lakukan dengan menggunakan lot-lot yang kecil yang berpadanan dengan modal dan margin yang kita kira sesuai dengan kebolehan akaun kita.. lagipun sket hari lagi nak pose.. kita berharap time tu nanti kita tak perlu menunggu di depan pc setiap hari... at least waktu tu kita hanya monitor aje waktu pagi... lepas tu boleh lah buat hal sendiri.

- Chart di atas menunjukkan tempat yang kita semua short di bulan Mei yang lalu adalah tempat letaknya wave C... selagi puncak tu tak bocor, apa-apa pullback boleh di short... dan manalah tau sehingga tahun hadapan mungkin harga akan sampai ke paras yang di tunjukkan oleh summary yang kita kepilkan bersama gambar di atas.

- Sekian, Wassalammmm.... Adiosssss!!!

Isnin, 1 Julai 2013

EURJPY - Standby


5 mins @ 5pm MYT
Same character and pattern with USDJPY

GBPJPY - Standby




-------------- update view--------------


60min @ 11pm MYT
Bearish Crab



--------------- invalid view----------------




240min @ 2pm MYT
Head n Shoulder... SL @ Head

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot