Jumaat, 31 Mei 2013

Nikkei - Tahukah Anda ???

-Nikkei Daily-

Jika kita membaca news harini semuanya menyebut "Nikkei recover losses" sebab harini Jumaat semua beruang-beruang berduyun-duyun masuk gua.. rehat kejap... Jumaat boss.. esok Sabtu half day, lusa Ahad holiday.. Senin sambung keje lah.. new month dah masuk.

Nikkei kita jangka akan menghentak kepala bulan March 2013.

Ada penganalisis menjangkakan ianya akan lebih hebat dari itu... tapi tentunya ramai orang tak percaya... sebab semua orang sekarang berkata bahawa pada tahun 2014 dan 2015 ekonomi mulai akan bergoncang.. tapi mengikut kiraan kita pada waktu itu sebenornya market hampir mencapai bottomnya.

Kita harap waktu itu semua orang panik.. dan kita akan mulai mengutip durian berbakul-bakul.. andaikata rezeki kita memang tertulis begitu. kui3x.. amiiiinnnnn..


USDCHF - Buy lagi.. eeee


USDCHF - 240min

Stop loss below 0.9364 zone.
0.9488 - 0.9445 should caps downside attempts


GBPUSD - Sambung turun ??


GBPUSD -60 minit

Above 1.5267 the outlook could turn bullish.
A correction down to below 1.5149 is expected.


EURUSD - Sedeyyyy... ~sob~sob


EURUSD - Daily

Sedeyyyy... 
Geram punya pasal.. pagi-pagi lagi kita tembak dua tiga ketul
Namun kat bawah tu ada dua ketul yang kantoi... uwawawa.. betul-betul sedeyyy

Jika yang naik ini hanya correction.. kita percaya dia akan gohead gostan di sekitar sini

Tapi jika yang naik ini kerana mengikut bentuk pattern bullish crab yang kita tunjukkan terdahulu, maka kita semua tahu bahawa harga akan melebehi paras kedua-dua kepala bentuk bullish crab tu. 

Tetapi macam yang kita tulis tempohari.. kita fikir crab bullish itu akan berlaku dua kali baru harga betul-betul melayang naik.. dan gambar di bawah yang kita cilok dari web sebelah selari dengan pandangan kita.. apa-apa pun.. Allah jua yang menentukan jadi atau tidak.





Khamis, 30 Mei 2013

USDCHF - Buy



Update 1.30pm ...  Stop-out ...

-------------------------------------------------------------------------------------------




 USDCHF - 240min

- 7am... Kita amik buy
- Stoploss yang berpatutan
- Target yang memberansangkan
- Selamat mencuba dalam dunia yang penuh pancaroba
- Adioooosssss !!!





Isnin, 27 Mei 2013

EURUSD - End of May


EURUSD - 240min

- Warning !!! Weekly chart now shows engulfing candles.

- Chart ini menunjukkan adanye Crab bullish.. kito pun sedeyyy lah sebab dah pasang angan-angan short yang kita buek kat top haritu harap-harap boleh cecah 1.2 sekali jalan. Tetapi.. dunia forex bukanlah tempat untuk kita berangan-angan seperti yang diceritakan orang.. kuang3x

- Dalam ingatan kita.. Crab Bullish untuk EURUSD pernah berlaku secara dua kali berturut-turut.. kemudian baru lah second crab itu benar-benar menjadik.. peristiwa itu berlaku pada sekitar Ogos 2012 yang membawa naik harga dari 1.2020 hingga top high tahun 2013 ini 1.3700

- Apa yang kita nak bagitau ialah sejarah EURUSD mungkin berulang kembali iaitu crab yang pertama ini gagal.. tetapi pada crab yang kedua nanti baru ler menjadik.


- Buek maso nie... den cubo jugak lah pogang short.. kalu tak menjadi den cabut jo lah nanti.. sobab kito ini hanya boleh merancang nak buek gitu-gini.. tapi hanya Allah yang menentukan rancangan kito tu menjadi atau tidak.. adiossssss !!! Laa~ porpo !!!




Ahad, 26 Mei 2013

USDCHF - End Of May


USDCHF - Daily

- Kita lukiskan support-support nyer terlebih dahulu.. kerana dalam perkiraan kita.. next upper target ialah memecahkan high bulan Julai 2012 yang kemudian nya akan menuju ke angka keramat 1.000 - 1.0200.. but be patient... jalan menuju kejayaan biasanya banyak bengkang-bengkok.

- Mesin proses ayam menunjukkan last week gerakan ABC ke atas telahpun dipenuhi.. dan apa yang berlaku sekarang ialah tentang 2 kemungkinan yang seterusnya iaitu menuju ke kotak minima wave 3 ataupun   menghentak kembali 0.9500 bagi maksud untuk terus terjun ke bawah B.


- Jadi... sila jangan gopoh-gapah... sebab hari Isnin minggu ini market US dan Europe cuti.. so kita ada banyak masa untuk memikirkan strategy yang bagaimana cara nak counter pair nie sebelum bulan May ini berakhir bagi maksud dan tujuan target ke minima wave 3 dan seterusnya bagi masa-masa yang akan datang membullishkannya sampai ke bulan.

- Apa-apa pun.. kita hanya merancang begitu begini tapi hanya Allah yang akan menentukan jadi atau tidak... adiossss !! Laa~ porpo !!!




Selasa, 21 Mei 2013

GBPSUD - Intermediate view


GBPUSD - 240min - 7 malam

- Quick view... Internediate count
- Divergence... 

- sila berjaga-jaga jika anda sedang mengeshort.
- jika view ini valid... harga akan retrace ke level (4) kembali



Isnin, 20 Mei 2013

USDCAD - Pattern 5-0


USDCAD - 60min

- Jika kita semak pada 240min chart... Gartley bullish yang membawa harga naik hingga ke sini... tetapi jika kita semak pada 60min chart.. Pattern 5-0 (shark pattern) sedang emerging... mana satu kita nak ikut ???

- High bulan Mac ialah 1.0346.. harga pada minggu lalu telahpun mencucuk high bulan April iaitu 1.0290.



- Maka jika high bulan Mac pecah jugop.. mungkin kita boleh lihat kelibat harga 1.0500-1.0800 beberapa minggu kemudian. But currently.. mari kita lihat kotak decision warna biru tu pecah atau tidak. Later kita diskas kembali.. oke ??




AUDUSD - Ada lagi ka ??


AUDUSD - Daily

- Kita nampak target pertamanya telahpun sampai minggu lalu.. ada laei bakinya untuk kita nikmati jika dia masih turun pada minggu ini.

- Short term bagi important support ialah pada level 0.9724 - 0.9575

- Jika benarlah traingle yang kita lukiskan itu betul kedudukannya.. kita boleh suspect harga masih boleh turun sama banyak dengan  gerakan AB... but but but.. elok kita tunggu dan lihat samaada support yang kita tuliskan di atas tu break atau tidak.

- Dan currently gerakan 1 dan 2 telahpun terjulur keluar dari pitchfork channel.., maka dimanakah point ke 3 nye nanti akan berhenti..?? Hahaha.. aku pun tak tau... tengok ajelah nanti.. oke ???




Ahad, 19 Mei 2013

NZDUSD - Alert !!!



NZDUSD - Weekly & 240min

- Senyum sokmo.. dengan tak sengaja kita semua dapek makang beso.. merempit sehingga low bulan Nov 2012.. actually kureng 7pips dari low November.. dan kalau mengikut bentuk butterfly daily.. low tersebut mungkin boleh tembus jua..

- Kita tinggalkan yang paling atas... yang lain-lain posisi tambahan telahpun kita mamam sesedap rase.. minggu depan jika target butterfly mengena.. bersedialah untuk tendangan sedikit ke sebelah atas.. dan perhatikan dot-dot ATR pada level 0.8000 atau 0.7900 (weekly chart).. kita fikir di situ lah support nye.

- Jika break jua kedua support tersebut.. maka ade potensi di penghujung tahun kita boleh menuju ke target yang ditunjukkan dalam weekly chart.. huhuhuhu~.. but.. but.. but.. apakata kita enjoy dulu dengan short yang kita ada pada minggu depan.. bak kata orang tua-tua dulu.. rejeki jangan ditolak.. nanti esok-esok boleh cari lagi... ehehehe..

Nota tambahan : Sila ambil perhatian bahawa weekly chart yang ditepekkan di sini adalah gambar pada hujung minggu lalu... dan currently... from (B) to (C) ialah fibo 50%


Sabtu, 18 Mei 2013

USDJPY - Update View



USDJPY - Monthly Charts

MAJOR VIEW

- Kita setakat tengah malam ini (12:00 tgh malam)...dapek ngesot di harga 102.90.. tak letak stoploss.. lot pun ceconet aje.. masih takut-takut.. cuma berani-berani kan diri aje.

- Komen minggu ini adalah seperti berikut:- Current rise seems to be over near 101.79 or 102.85 for a retracement towards 100.72 - 100.09 area. Projection 103.44


- Kita pun masih mengikuti rapat progress ending diagonal seperti gambar di atas.. Kita jangka open market Isnin akan hits 103.40.. dan jika ada rezeki untuk kita atas pair ini.. menjelang hari Selasa reversal mungkin akan berlaku.

- Apa-apa pun kita cuma merancang.. Tuhan jua yang menentukan jadi atau tidak.





Khamis, 16 Mei 2013

Sabar & Yakin..


Tenang kan diri... jangan gabra tak tentu pasal
tenang.. tenangg.. tenanggg

Rabu, 15 Mei 2013

GBPJPY - Benci nyer aku.. :p


Boringggg sanggattttt...
Tersanggattttt lah boringnye aku melihat dia asyik naikk
uwaaaaa.. tak tahan aku.. geraammm.. mmm... mmm
jaga MM.. Oke? Gud luck...

GOLD ... Standby




Gold Daily

- Kita buat serampang dua mata.. kerana biasanya jika gelombang kedua keluar dari channel.. gelombang keempat pula biasanya akan retrace masuk ke dalam channel.. maka disini pada pandangan saya gold boleh naik juga... sebab retracement belom siap (mungkin ler.. itu mata aku yg kekadang cemey sket.. rabun sket).

- Kita tengok camne dulu ek.. ok adiosssss !!!


Rabu, 8 Mei 2013

EURUSD - Short !



EURUSD -Daily

- Kita mengambil short jam 10mlm setelah melihat kali ke 3 harga mengetest moving average 200. Samaada menjadi atau tidak itu kita tengok ler esok-esok... apa-apa pun stoploss kasi letak.

- Semoga menjadik dan berjaya... Amiiiiiiin

AUDUSD - Retrace sebentar


AUDUSD - Daily

- Ada lobang gap... kita fikir dia akan retrace ke situ.. dan kemudiannya jatuh
- Mungkin juga boleh terlebih hingga mengikut mesin proses ayam neh.
- Kalau ke situ (ikut mesin).. nanti mungkin double top dan jatuh.
- Tapi jatuh tak habis... tak lepas bottom yang ini.
- Kita tengok dulu camne ek.. kat mana dia gostan.


USDCAD - Triangle


USDCAD -30min

- Miripnye seperti correction dari atas 1st March 2013 akan berakhir sekitar sini..

- Jika triangle ini boleh di breakout ke atas dua trendline yang ditunjukkan.. mungkin ini peluang kali kedua kita semua boleh pegang posisi buy jangka panjang. Tetapi konfiden kita masih rendah kerana tiada tanda setakat ini dari segi candlestick weekly atau pun daily.

- Today kita torai seketul dulu tengok macam mana yek..!?

decision signal on 240min

GBPUSD - Short !


GBPUSD -240min

- Kita open short harini pada open price.. dan stoploss atas high semalam.
- Sayugia kita ingatkan bahawa kita cuba-cuba sahaja.. kerana kita tak dapat signal dari mesin.
- Keluar naik dari kotak warna hijau yang kita tanda itu bermakna harga masih boleh naik
- Tetapi jika terjulur keluar pula akan memaksa aggresive move untuk keluar dari channel warna pink.
- Letakkan stoploss dan... kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Selasa, 7 Mei 2013

NZDUSD - Huhu.. Head n Shoulder


NZDUSD - 60mins

- Head n Shoulder... ada kepala kecik... ada kepala besau... macam nak jadi 3 kepala !!!
- Wakaka... hantam sajalah... lapo nie... saje cari modal sket lepas PRU13.
- Apa-apa hal... Stoploss ada.
- Adiosss...

GBPJPY - Cuba Lagiii.. Uhukkkk


GBPJPY - Weekly

- Pattern ini kita dah tunjuk beberapa minggu yang lalu.
- Minggu ini dia dah hits 161.8% XAD
- Kita cuba aje.. kalau menjadi untung ler... kalau tak jadi stoploss ade
- Yang penting... kerjasama.. hikhikhik
- Adiossss...

Isnin, 6 Mei 2013

PRU13 - Anwar Gagal Lagi..


- Doa saya makbul... Anwar tak jadi PM Malaysia... Al-hamdullilah.. - Saya hanya sekor semut... bila doa saya makbul... saya rasa sangat bersyukur... dan lega (buat sementara).

- Anwar memang tak sepatutnya menawarkan dirinya untuk jadi PM.. sebab dia terlalu ramai musuh dan ada banyak cerita hiburan sensasi dan terkini mengenai dirinya yang kita semua membaca tentangnya. Jika dia diangkat jadi PM.., maka ramai orang Pakatan Rakyat akan berbuih mulut nak buat penjelasan dan penerangan ke peringkat akar umbi.

- Kita fikir karier politik dia akan selesai di sini... dan sekarang kita menunggu "pendepan" yang baharu.. yang akan memacu kejayaan Pakatan Rakyat di masa hadapan.. dengan gaya politik yang baharu.. yang melepasi batas sempadan politik sempit berbaur perkauman dan rasis dan kerap menipu ketika pilihanraya.

- Selamat tinggal Anwar... jasamu tetap ku kenang.






PRU13 - Parlimen BN hilang 7 kerusi

Click to enlarge

- BN menang lagiiii... ehehe... tapi Pakatan dapat menambah 7 kerusi ke Parlimen.
- BN tak boleh dabik dada... you win but you hilang 7 kerusi.
- Pakatan Rakyat di Selangor semakin gagah dan bertahan.. add seats for DUN
- Dan PAS di Selangor semakin kukuh.. InsyaAllah.. Islam bertambah cemerlang di Selangor
- Maka.., mana lagi nikmat yang Allah telah kurniakan, masih ingin kita nafikan ???

Click to enlarge

Sabtu, 4 Mei 2013

GBPUSD - Stand-aside



GBPUSD - Daily View

- Dia melibas naik pada 2 minggu yang lalu dan menyebabkan short kita terclosed dengan sendirinya. Kita tiada posisi untuk dia sehingga akhir dagangan minggu ini.... Kui3x... syiok gi kempen PRU13 tiap malam.. so kita tak mo tengok chart time kita tengah steam buat benda lain.

- Kita tepekkan chart untuk akhir dagangan minggu ini.. walaupun news NFP keluar tetapi harga tak berubah... so ini lebih mirip untuk di buat breakout lagi ke atas. So.. kita buat decision... stand-aside sambil kita menunggu kalau-kalau nanti ade arahan dari mesin memproses ayam.. for now.. layan PRU13 dulu..

- Next week... citer PRU13 masih tak habis lagi... ehehehe... duit balance short pair ini masih berbaki banyak lagi.. simpan dulu tak mo perabih gitu-gitu... InsyaAllah.. jika ada peluang short lagi.. kita kongsi ramai-ramai.. kih kih kih.. tahun kita tak mo gopoh... banyak lagi nak turun tu.. InsyaAllah.. sabar je.

- Orait... kepada yang layak mengundi... selamat mengundi mengikut pilihan hati sendiri-sendiri.. jangan ler kerana undi ini kita bermasam muka sesama sendiri... baik apa-apa pun parti dan calon yang kita pangkah... sebelum melangkah keluar rumah untuk pergi mengundi bacalah bismillah... niatkan dalam hati yang kita buat undi adalah kerana Allah.. mudah-mudahan segala usaha dan amalan kita diberkati.

- Saya.., Rosli Bin Sumailan.. dengan rendah hati mohon maaf jika ada apa-apa posting yang saya letakkan di blog ini ataupun di facebook saya., telah menyinggung perasaan rakan-rakan yang tidak cenderung dengan parti yang saya sokong iaitu PAS (Parti Islam Se-Malaysia).

- Akhir kata... selamat mengundi dan semoga kita semua dirahmati Allah... TAKBIRRR !!! 


Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot