Selasa, 26 Mac 2013

AUDUSD - Standby

AUDUSD - Daily

- Kita mengetuk kepala kangaroo ketika dia cuba memecahkan high semalam (Isnin).
- Kita letakkan stoploss di atas 1.0520
- Kita cuba tunggu lihat samaada harga akan break low semalam atau tidak.
- Jika terus mencokeng naik kita dapat lihat ada 2 lagi target sebelah atas.

Selasa 7ptg


Isnin, 25 Mac 2013

GBPUSD - Short !


GBPUSD - 240min

- Kita open short bagi tujuan mengetest kembali 1.5150
- Dan jika... ade gerakan candle besar melepasi 1.5150.. next target ialah line merah yang pertama.
- Dan jika... line merah kedua di hits... maka kita boleh ucapkan selamat jalan lembu

Isnin 5:00pm

Khamis, 21 Mac 2013

GBPUSD - Inverted Head n Shoulder


GBPUSD - 240min

- Inverted head and shoulder pattern... agaknye dia sudah bersedia untuk menutup gap sebulan yang lalu... dan tatkala ini kita takde apa-apa posisi pun untuk pair ini.

- Kita pun tak rekemen buat apa-apa kerana kita jangka ianya sedang buat correction... tahun ini kita agak slow sket nak jadi ninja turtle... kita hanya akan fokus harga kejatuhan nye sahaja... dan kita dah collect fasa pertama nya yang bergerak di bulan Jan-Feb...

- Corrections akan mengambil masa yang agak lama (mungkin)..

- So kita ada banyak masa nak layan PRU13 or mundar-mandir keliling kampung sehinggalah mesin memproses ayam kita tunjuk kan apa-apa peluang yang muncul... buek maso nie... takdok ape... semua tujuan mengeshort telah pun sampai ( untuk fasa pertama)..

- Kita jangka corrections boleh mencecah ke paras 1.5350-1.5750

- Later on... kita akan tunggu entry yang bakal membawa harga ke below 1.35... InsyaAllah..!!! Amiinnn.

Ahad, 17 Mac 2013

Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat..


Pantun Dua Kerat...,

Gendang Gundut tali kecapi
Dah kenyang perut... pilihanraya lagi sekali

Semakin hari semakin meluat
Lama kelamaan jadi ketuat

- Salam hormat..,

Gendang PRU13 semakin di rasai... tambahan pula PM Najib Razak gagal mengumumkan bilakah tarikh nya walaupun dah genap 5 tahun dah.. orang cakap, 'cycle' dah sampai. PM Najib Razak ternyata telah mengambil jalan yang salah dengan mengheret segala jenis bantal dan selimutnya ke tepi katil.. silap haribulan memang boleh jatuh katil lah jawabnya.

Dan... UMNO masih mengelamun dengan mimpi-mimpi indahnya...

Manakala Pakatan Rakyat telahpun ada gerak yang mantap dan jitu untuk memenangi PRU13 kali ini.. Tetapi.. saya masih sangsi Pakatan akan sapu bersih... namun.. saya percaya Pakatan Rakyat akan buat pukulan yang hebat... yang bakal mencacatkan muka Barisan Nasional.

Barisan Nasional ketika ini telahpun parah.. MCA dan MIC iaitu dua cabang yang mendokong UMNO .. telahpun "mati beragan"... manakan pula UMNO boleh bertahan ??? Itu sebablah kita boleh lihat dan baca semua berita-berita hanya tertumpu kepada isu-isu yang di bawa oleh sebelah UMNO sahaja.

Dan... bila rakyat 'sekeh' kepala UMNO sikit.. juak-juak UMNO akan 'melenting'.. dan paling "getik" sekali ialah bila mereka dah mula nak bercakap tentang Islam, Iman dan Amal... "pooooorahhhh..."

Jom kita belasah mereka dalam PRU13 nanti.., macam filem kat bawah nie... :-














Sabtu, 16 Mac 2013

EURUSD - Consolidation... adesss


EURUSD - Daily Update

- I think we are now in consolidation mode... zzz ZZZ... walaupun 'high' 2 minggu yang lalu masih belum di hits... tapi kelihatan ianya sangat menghampirinya.. dan kita kena allow for another high ( if it happen) semaksimanya sehingga ianya menghampiri label no. 1 biru...

- Corrections memang boleh bikin account jadi lebur.

- Sekali lagi kita kena ingatkan diri kita supaya berhati-hati ketika mengambil shorts di waktu ini. Target ke bawah masih jauh ,,, tetapi selalunya jika (kita ambil contoh eu ni dari label 1 ke 2 warna biru) permulaan 1 ke 2 nye singkat... maka conrrection 3 ke 4 nye akan mengambil banyak masa malah kekadang lebih tinggi dari yang kita jangkakan...

- Dan aggressive short trade boleh di lakukan jikalau harga terjun menembusi label no. 3 untuk ke target seterusnya. Otherwise... makan kacang dulu lah yek..!!!



Update Monday 18, March 2013

4:30pm

- Gap... and breaking label no. 3
- Trade idea... pending SHORT at 1.2889 SL 1.3035
- Target as shown above (pink box).



Khamis, 14 Mac 2013

AUDUSD - Skodeng...


AUDUSD - Daily

- Adussss... pagi-pagi lagi dia dah mencokeng naik... so stoploss short pada malam tadi terbakar hangus.. uhukkk... uwawawa~.... xpe-xpe... sob-sob..

- Tapi... kita masih ada harapan untuk mengeshortnye... sekali lagi.

- Cuma kita kena tunggu... sama ada di kotak hijau ini... ataupun di kotak warna pink.. dan oleh kerana ini adalah daily chart maka kita boleh relax-relax tengok dia dalam seminggu dua nie buat topping.. sebab kita tak fikir dia akan begitu cepat nak gostan setelah mencokeng naik pepagi Khamis neh.

- So... kita ada kerja nak buat lah start esok,,, sebab kita mungkin dapat ketuk kepala kangaroo ni time dia melompat-lompat kelak.. dan jika mesin proses ayam kita bagi kompom entry... maka kita akan kongsi ler bersama-sama peluang yang mungkin kita boleh raih beramai-ramai.

- Adiossss... selamat makan kacang dahulu... :-p

Selasa, 12 Mac 2013

USDX - Breakout ???



USDX - Daily

- Jika kita semak.. semasa NFP minggu lalu.. harga yang melonjak naik.. telahpun meng'invalid'kan label nombor 2 bagi gerakan bearish.. oleh itu struktur bearish telahpun di 'rosak'kan.

- Mahu tidak mahu.. harga perlulah terus menuju ke arah minima kotak C di sebelah atas.

- Jika harga jatuh kembali ke below label B merah... maka pening lah kita semua melayan bermacam jenis corrections yang bakal atau boleh membinasakan account.. oleh itu beringat-ingatlah selalu.


Ahad, 10 Mac 2013

USDCHF - Breakout.. ???


USDCHF- Daily

- Sket-sket .. lama-lama jadi bukit..

- Selepas news NFP, kita tutup sekali lagi buy nye.. ehek-ehek.. dan kita ke pegang separuh.. cerita dia sama agaknye... berita NFP beri dia cas kuasa baterinya untuk menembusi setiap big resistence secara mendikit-dikit.. tapi jangan kita alpa... di setiap sequence 377, 610, 987 trend akan tertahan sedikit..

Nota : Low 0.9019 to high last week 0.9552 = 533 pips

Rabu, 6 Mac 2013

GBPUSD - Retrace


UPDATE :

Khamis 7:45 pagi ... breaking more lows... 
kita stand-aside... stoploss hits fm...




GBPUSD - Daily

- Kita cuba melayan retrace ke label no. 4.. setelah kita agak pasti label no. 3 telah pun selesai di sinun.. Dan jika harga pada hari ini jatuh.. kita fikir mungkin 'new low' tidak berlaku.. so boleh cuba counter sekali lagi.

- Tetapi kita tidak mengesyaki EURUSD akan retrace banyak... adapun kita fikir ia akan mengikut arah EURGBP .., malah kita juga telah cuba membeli USDCHF sekali lagi pada hari ini di sekitar harga 0.9410 bagi maksud memecahkan level 0.9520 dahulu.

- Walau apapun... kita mencuba aje... dop tau betul ke idak laeiiii... Adioooossss !!!

Ahad, 3 Mac 2013

Lahad Datu.. Kasi 'Smack Down' Semua Lah !!


SEMPORNA 2 Mac - Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah....


MANILA 2 Mac - Pengikut Kesultanan Sulu yang menceroboh sebuah perkampungan di Lahad Datu, Sabah tidak akan menyerah diri dan berundur dari kawasan tersebut.

Anak perempuan ketua kumpulan itu, Puteri Jaycel berkata, kumpulan itu akan terus bertahan di Kampung Tandou, Lahad Datu dan bersedia mati di sana, selepas berlaku pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan polis Malaysia, semalam....


LAHAD DATU 1 Mac - Selepas hampir tiga minggu kerajaan membuka pintu rundingan kepada kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu, penceroboh itu hari ini memulakan serangan dengan menembak mati dua anggota komando polis dari pasukan VAT 69 dan menyebabkan tiga lagi cedera....


Kita berdoa ke hadrat Allah Ta'ala... semoga krisis pencerobohan ini dapat selesaikan dengan secepat mungkin dan ke semua penceroboh serta ketua nya serta tali-barutnya dapat di tangkap atau pun di tembak mati tanpa ada rundingan lagi.

Semoga Allah Ta'ala merahmati dan memberikan anugerah yang setimpal ke atas kedua-dua roh anggota komando polis yang terkorban semasa menjalankan tugas demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara kita Malaysia. Amiiin.








EURUSD - Buy Setup ???


EURUSD -240min

- Ehemm.. uhuk-uhukkk
- Mesin Proses Ayam bagi signal untuk counter trend
- Uhuk-uhukkk.. USDCHF pun dah sampai target nye...
- Sila slowkan sedikit henjutan kita... lagipun dah masuk seq 610 neh...
- Tapi... tidak mustahil jika terus ke seq 987... kan,kan,kan ???

Nota :- High 1.3709 - Low 1.2962 = 747 pips

Sabtu, 2 Mac 2013

USDJPY - Decision




USDJPY - 240min

- Ada 2 view... dan kedua-dua view tersebut mengikut perjalanan 'major'..
- Kita suker pilih view yang pertama... sebab kita memang cari short
- Tapi kita kena ingat... bahawa mungkin pilihan kita salah
- Oleh itu... jangan sedeyyy sangat jika rugi... kerana bunge bukan sekuntum;
- Kumbang pula bukan seekor... kui3x... sabo-sabo-sabo-sabooooo ~


EURJPY - Short Setup


EURJPY - 240min

- Supports at 119.80 and 117.20 zone.
- Jika setup ini betul... harga akan bergerak ke bawah mengetest support berkenaan...
- Dan kemudian dari itu... mungkin berlanjutan hingga ke below 115 or even 111







Jumaat, 1 Mac 2013

USDCHF - Target hits ~lalalala~


USDCHF - Daily

- Kita merujuk posting terdahulu di hari NFP bulan lalu
- Malam ini target hits fm... kui3x... yeabedabeduuUUuuuu~
- Masih boleh mencokeng naik... tetapi kita prefer tapaw kesemuanya... 
- Adiossss....!!!

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot