Sabtu, 26 Januari 2013

USDJPY - Adding another 1,000 pips ???

 Monthly Chart (intermediate view)

 Daily Chart (intermediate view)

 Monthly Chart (major view)

 Weekly Chart (higher high count candles)

Weekly Chart (major view)


USDJPY - Monthly, Weekly, Daily

- Ini kali kita tepek kan banyak chart.. supaya semua orang boleh buat analisis sendiri... kerana kita percaya pair ini pada mulai minggu depan akan mengambil keputusan yang hebat.. iaitu adakah dia bersedia untuk rally naik lagi 1,000 pips...!

- Wow.. hebakkkk... daku terkesima... :-p

- Dan oleh kerana kita mengambil tempat sebelah bapak beruang... maka kita akan meleleh air liur aje jika benar dia betul-betul meluru naik.. no no no.. saya takmo ikut naik.. itu pilihan yang telah saya setkan dalam kepala... tidak mengapalah jika prediction saya salah.. dan tidak mengapalah jika mungkin saya tak dapat peram apa-apa pun dengan semua pair yen untuk 2013

- Yang penting... buat apa yang kita rasa yakin aje.. :-D

EURUSD - Hampehhh... :((


EURUSD - 60min

- Aduhhh... bengang betul tengok dia ni... kawan dia turun, dia pulok naik ikut EG... tension2x... tapi itulah dia yang di namakan EU... pair yang menjadi poojaan hati-ku... sobsob~.

- Kantoi sudah short kita.. ingatkan nak rilek dah tapi.. kena gak monitor lagi. Kalau di short penghujung trade hari Jumaat dan Isnin ada gap ke bawah... maka trade tu tu kira sia-sia aje... sebab nanti dia naik menutup gap tu gak... oleh itu kita lepak tepi ajelah dulu...

- Mungkin kita biarkan dia seminggu dua... kerana kebiasaannya jika weekly candle cantek dan tegap menjojol ke atas setelah sideway... jangan ler kita harap dia cepat nak gostan... silap haribulan 1.37 dia boleh cecah.

- Minggu depan.. mungkin dia akan mengekalkan momentum di zone 1.34 - 1.35 -1.37.. later on kita cuba skodeng dengan mesin memproses ayam kita sekali lagi. Tetapi jika dia gostan kembali ke below 1.33 mungkin kita harapan... jika kemudiannya dia pullback... tetapi tak berjaya buat new high.. maka peluang sebegitu janganlah dilepas kan....

Khamis, 24 Januari 2013

GBPUSD - Update Intraday view




Kui3x...

Tapaw 95%...
Selamat memorex....

GBPCHF - Buy Setup


GBPCHF - Daily

- Kekadang kita boleh dapat peluang seperti nak melaburkan sedikit wang ke dalam pair yang kita jarang ditradekan orang... seperti pair di atas.

- Sabar itu adalah usaha menuju tangga kejayaan..

UPDATE : 9:30 malam

- Triple bottom - dah bocor - invalidation this views

Rabu, 23 Januari 2013

GBPUSD - Intraday view


GBPUSD - 15min - 6:00pm

- Selalunya... di bahagian bawah (seperti GBPUSD sejak 2-3 hari ni).. tatkala market nak buat u-turn,,. pasti kita akan melihat kelibat pattern seperti di atas.. orang panggil ni inverted head n shoulder..

- Kita beranggapan pattern sebegini biasanya ada 2 jenis... yang pertama ialah kepala dia (kita tandakan sebagai X) kedudukannya ialah di bawah bahu kiri dan kanan nya..; yang kedua ialah kepala dia ( kita tandakan sebagai X) kedudukannya ialah di atas bahu kiri dan kanan nya..;

- Di antara kedua-dua posisi kepala nya itu... manakah satukah yang akan berjaya ?

- Berdasarkan bentuknya ketika ini... maka kita percaya pattern head and shoulder yang cuba dibentuk ini akan gagal.. oleh mari kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku seterusnya nanti.



Selasa, 22 Januari 2013

EURUSD - Short Entry

Ada 2 tempat boleh try entry
1. Entry Level
2. Initial Risk
3. Stoploss as suggested above

GBPUSD - Update view


GBPUSD - Daily

- Consolidation Zone...

- Kita tidak tahu samaada dia akan bounce di sini atau tidak... kerana dia telahpun semalam memenuhi kotak ABC correction bagi 5 wave kenaikannya sejak Julai 2012. Agak ramai yang kata dia akan bounce kerana mereka forecast dollar akan runtuh... but... kita khuatir ianya tidak akan berlaku.

- Sementara candle weekly masih memberikan kita harapan yang harga akan terus meleret turun.. elok ler kita duduk deam-deam... sebab kita biasanya kena tunggu gelombang yang ini ( yang sedang turun ini kita tandakan "mungkin" wave 3 in progress) selesai... baru ler kita boleh komen.. yang bergerak ni kita hold je.. sebab separuh posisi dah kita tapau.. maka yang balance ni kita tengok ajelah dia growing.. serupalah macam kita menunggu pokok taugeh tumbuh dalam pasu... keh3x..

- Oopss...! Lupa plak hari ni.. my birthday.. kuang3x... maka genap ler umoq kita pada tahun 2013 ini menjadi 44 tahun... ehemmm... semakin hari semakin tua... semakin hampir jua daku ke liang lahad... hal dunia semuanya adalah mainan dan ujian belaka... maka akhirat jua yang kekal nyata..

- Maka sempena hari birthday ke-44 saya nie.. ingin-lah saya memohon ribuan ampun dan maaf jika saya ada terkasar bahasa atau pernah menguris perasan tuan-tuan semua.. jua atas apa-apa dosa yang pernah saya lakukan pada tuan-tuan..

- Saya doakan semoga persahabatan kita terus berkekalan dan semoga semuanya aman sejahtera,, Amiin..


Ahad, 20 Januari 2013

AUDUSD - Creating Bearish Butterfly


AUDUSD - 60min

- Bearish Butterfly... dan kita telahpun menutup sell di puncak... pada hari Jumaat... as kita nak tengok level "C" nye nanti pecah atau tidak... sebelum kita yakin bahawa harga akan terus jatuh ke bawah... err ... err ... sangat jauh.. ehemmm.

- Jika harga naik kembali ke atas "B".. maka ketahuilah oleh-mu bahawa kita akan melihat rama-rama ini akan terbang ke harga 1.07 yang kemudian dari itu sayapnya mulai lemah dan terkulai-layu dan tanggal satu persatu... but the other camp said 2013 is golden year for aussie.. i'm doubt about that.

- Kita tangguhkan dahulu view Aussie nie.. untuk tempoh sebulan lebih kurang mulai sekarang.


Sabtu, 19 Januari 2013

EURGBP - gOSTAn ker BreAKOuT ???


EURGBP - Daily

- Pehhhh... tertinggal bas lagi... takpe.., bunga bukan sekuntum... kumbang juga bukan seekor.. :-p

- Menurut suatu riwayat predictions yang kita baca sebelum ini (pada awal bulan ini) menyatakan seperti berikut : "  Flat correction up 0.8397 ; it looks more likely that it would rise to 0.8212 from 0.8073 or 0.8022. After which a downside move is expected.."

- Highs hari Jumaat ialah 0.8399.. it's means jika dia berpatah balik ke below Lows hari Jumaat; maka ada kemungkinan dia mulai me"retrace"kan diri nya kembali ke kotak pink seperti yang ditunjukkan dalam gambar tu... tetapi.....

- jika harga terus breakout ke atas 0.8423... maka target seterusnya ialah cuba memecahkan wave label no. 2 iaitu 0.8505 untuk merekodkan bahawa trend menurun nya sejak Febuari 2012 telahpun selesai... maka jika ini berlaku... GBPUSD mungkin akan mengalami kejatuhan yang lebih parah..




USDCAD - Buy Setup

USDCAD - Daily

- Kita terlupa nak tepek gambar ucad tatkala mesin memproses ayam kita nie bagi isyarat... maafkan daku.. :-p... waktu tu kita pun sibuk layan yen... jadi kita amik post pun sambil lewa... bila dia mencokeng hari Jumaat... baru ler teringat... kui3x

- Minggu depan dia ada resisten yang dia perlu hadapi.. ( kotak biru decision point )... yang mana menurut suatu forecast berbunyi begini... "It should test 1.0000 area after which a sell off down to 0.9865 or extended to 0.9770.."

- So.. jika harga tak melepasi decision point.. dia akan berpatah balik ke bawah... anggap aje nanti itu adalah peluang sekali lagi (mungkin peluang paling hebat) untuk membeli dan tidak kembali lagi menjengoknya sehinggalah bulan May nanti.

Jumaat, 18 Januari 2013

GBPUSD - Bullish Crab

Jumaat 10pm
Crab Bullish
1. Tapau all short
2. Closed half short

USDCHF - Standby ~


USDCHF - Daily

- Kita sebenornye tak suker idea breakout... especially pada hari Jumaat.. tapi kalau kita dah carry.. apo nak buek ??? Jadi untuk harini kita akan alihkan stoploss ke atas entry kedua tu.. protect dulu... mana tau tetiba... dia korner lipat ke bawah semula.

- SNB telahpun pada bulan lepas menubuhkan satu pasukan pemantau untuk mengawal pengukuhan Swiss Franc dengan menempatkan pasukan itu di Singapura. Ini bertujuan memantau Swiss Franc 24jam sehari. It means mereka pada 2013 ini akan berusaha supaya Swiss Franc tak kuat.

- Mestilah langkah ini dilakukan kerana kesan kekuatan Swiss Franc kini telah menyebabkan ekonomi mereka telah mengalami pengembangan yang perlahan.. walaupun matawang mereka ialah "safe-heaven" dan ramai orang kaya-raya seluruh dunia meletakkan wang mereka di bank-bank mereka.. tetapi duit yang berlambak-lambak tu gagal di kembangkan.. barang-barang production sukar dijual.. mahal boh.. sapa nak beli ??? Tak kan nak jadikan scrap ???

- Kita tunggu aje dulu... banyak cakap pun buatpe... banyak lagi perkara mengarut bakal berlaku...





EURJPY - Ku Sayam Pada mu~


EURJPY - 60min


- Dia mencokeng naik... tetapi kita bertambah "stim" nak short kembali.. kerana kemanisan hasil short kita tersangatlah merdunya... sehingga teringat-ingat di dalam mimpi... :-p... hehehe hikhik..

- Kena tunggu skek... dia mungkin akan test FE 61.8 sekali lagi... kita rase dia akan gagal di atasnya.. dan akan berpatah balik ke "gap" yang dia bikin di bahagian 261.8 fibo ret (dalam gambar tu ada tunjuk)

- So kita tunggu "tanda" di atas level FE 61.8... adiossss !!!

Khamis, 17 Januari 2013

EURUSD - Update View


Update view 9:00am 18.01.2013
 XAD = 161.8% = 1.3470
Dangereous.. it could add another 610 pips more


------------------------------&&&&&&&&&-----------------------------


EURUSD - 60mins..

- Petang tadi dia naik... nampak gaya macam nak sondol high yang kita tandakan sebagai 3.. setakat jam 7 pm nie.. masih ia berusaha ke arah itu.. dan semua short yang kita buat di awal minggu telahpun ter'closed'.

- Jika kita nak short pun kita dop tau boleh ke tidak.. tapi kita rase boleh 'tengok-tengok' kalau nak cuba short di dalam kawasan "trap" tu... dan sudah tentu ianya adalah merbahaya.

- Kita dah lukis level fibo itu mengikut sequence open price tahun ini.. line kuning ialah +/- 144pips.. at this moment... kita gi masjid ikut orang buat tahlil dulu.. tengah malam nanti kita skodeng tengok boley ker amik short berkali-kali lagi.

- Adiosss...

Ahad, 13 Januari 2013

GBPJPY - Nampak Macam Sedap..!





EURUSD - Short lagi sekali ???

EURUSD - Daily

- Kantoi short sebelum solat Jumaat... maka kita semak balik kedudukan dia sekarang.. dan kelihatannya ianya seperti akan mengikut jalan teori Dow.. iaitu selagi dalam channel jangan harap dia nak corner lipat.. adesss... ni yang bikin jiwa kacau..

- Tetapi menurut suatu prediction untuk bulan Januari 2013 ianya berbunyi begini.. " Currently uptrend should end around 1.3270 - 1.3370 area. A correction down to below 1.2930 is expected. A rise above 1.3555 will abort the expected correction... Support now at 1.2977"

- Apa pula mesin memproses ayam kita cakap ???


- Decision point...!! Serupa macam prediction kat atas tu cakap.. maknanya jika dia tertahan di sini... maka ada harapan correction ke bawah 1.2930 boleh berlaku,,, tetapi jika dia terus naik maka dia mungkin akan menuju ke FE 100 = 1.3800.

- Kita masih berminat nak short... dan kita akan ambil peluang mengeshort bila dapat peluang di zone seperti yang mesin memproses ayam kita tunjukkan dalam gambar di atas.


Jumaat, 11 Januari 2013

EURUSD - Short..!

4hr.. Jumaat 11 Jan.. 11:30pagi
Short...!!! & Keep Quite..~ ~
(((( ..... ))))

GBPUSD - Short..!

4hr.. Jumaat 11 Jan.. 11:30pagi
Short...!!! & Keep Quite..~ ~
(((( ..... ))))

Khamis, 10 Januari 2013

Aussie - Pusing Sampai Pening...

Three Drives Pattern
Khamis 10 Jan... 12:30tgh hari
Standby to short IF got any candle reversal
sign at 127.2 red line... Just Hits and Run...

Rabu, 9 Januari 2013

EURUSD - Head and Shoulder


Rabu 9, Jan, 6:00pm
My Status :- Stand-aside

Selasa, 8 Januari 2013

AUDUSD - Stand-aside


- Currently... kita stand-aside...
- Dop jumpe laei jalan nampoknye kangaroo nie...

EURJPY - Standby


EURJPY 60min - Waktu Asar

- Triangle Bullish (boleh breakout lagi ke atas)
- Kita bersedia mengeshortnye JIKA hari ini dia tak lepas 115.55
- Entry point ialah 114.08
- Target point ialah = gap cum support.

USDJPY - Target kecik dulu..


Ahad, 6 Januari 2013

USDJPY - Beware of more breakouts !



USDJPY - Weekly

- Bull candle... tapi dalam candle tu berlobang-lobang... ada gap... boleh nampok dalam chart daily dan ke bawah... tengok pun seram... tapi seram-seram pun kita try short 30sen.. takut lagi nak hentam kuat-kuat.. sebab kita tak dapat signal suruh sell dari mesin proses ayam kita.

- Asalnye kita bimbang weekly akan jadi Crab... tapi bila kita check balik level B nye ianya adalah pada zone 78.6/88.6.. oleh itu kita tafsirkan ianya adalah Butterfly.. dan di sini... kita jangka stesen pertamanya adalah di sini..

- Off course.. dia boleh terus naik ke stesen seterusnya yang kita warnakan biru muda untuk fibonya.. dan salah satu perkara yang kita kena ingat ialah pattern akan failure jika ada besar punya candle muncul kat level-level yang sepatutnya dia berhenti.

- So... jangan serius sangat fikir dia boleh gostan di sini kerana... nafsu lanun-lanun tu masih besar giler nak untung besar lagi dengan memainkan rumours BOJ dan Abe sejak Nov lalu... dah lama benor mereka tak dapat carry (melemahkan) yen.. sesekali dapat peluang mereka akan kaut untung kuat-kuat lew... :-p

- Selamat berusaha sehingga berjaya !!!



-

EU & UCHF - New Year Gap


EURUSD & USDCHF

- Ini adalah salah satu daripada beberapa jenis perbandingan yang boleh kita gunakan untuk berkira-kira nak buat apa... nak buy ke? nak sell ke? nak dok tepi dulu aje ke?

- Keje kita boleh dipermudahkan dengan melihat lubang dulu. Kerana semua trader tau... lubang gap tu... selalunya akan di tutup.

- Kita fikir elok kita dok tepi... kasi lubang di tutup dahulu... later kita take action.


Jumaat, 4 Januari 2013

EURGBP - Flight Delay [Extended]


- Kita rujuk posting mengenai dia ni on 12.12.2013... currently kita masih monitor nak angkat kat mana... dan nampoknye kita sekarang dah dapat gambaran mana nak skodeng tempatnye.

- Soalannye... berapa lama lagi ???

- Takpe... bagi ler sket tempoh sebulan dua... selamat gak duit kita dari kita campak gitu-gitu aje... wakaka~ boleh gak duit tu kita buat pusim-pusim kat tempat lain... kali ni kalau letak takde alang-alang punye... jangan citer pasal rugi... sebab rugi tu pasti, untung je belom tau... serupa gak macam pepatah bahawa mati tu adalah pasti, hidup aje tak tau sampai bila... :-p

- Ok... kita bagi dia buat correction sampai kotak purple... later on kita skodeng balik.


Khamis, 3 Januari 2013

EURUSD - Makan dulu... :-p


- Baru balik tahlil... tengok kat dapor... ada nasi ambeng... apalagi... makan dulu... lapar betol neh... :-p ( sila rujuk posting terdahulu... sekarang ialah 100% intial risk)

- EURUSD memang suker main kat line... dan tatkala di sini ada support kita suspek dia boleh bounce up.. keje kita ialah menunggu pullback ke atas... agak-agak pada entry sell sekali lagi macam kat dalam gambor sebelum ini. Tetapi jika di tembus di sini dia agak pasti akan test balik trendline ini sekali lagi.

- Jadi pada hemat kita... dia masih mengetest-ngetest support dan trendline yang di tunjukkan.. trade kita masih ikut gambar mesin memproses ayam.. cuma agaknye dia ni lembab sket dan kita kena kawal untung yang ada agar nafas kita berbau segar sentiasa... ~wakakaka~

- Malam ni kita relaks... :-D

AUDUSD - STANDBY


- Hari ini hari Khamis... malam nanti malam Jumaat... biasanya orang kita sebelum nak panggil orang datang rewang... mereka selalunya panggil jiran dan sahabatnya datang kenduri tahlil... mohon doa kepada Allah agar sesuatu majlis yang nak dilaksanakan mendapat rahmat dan selamat sepanjang ianya berlangsung.

- Rujuk dahulu posting AUDUSD sebelum ini.. maka jika betul jangkaan kita ianya memantul dan selesai pantulannya itu di kawasan ini maka... kita doakan short kali ini berjaya juga.

- Lewat pun tidak mengapa... sebab mesin proses ayam setakat ini tiada memberikan apa-apa arahan entry untuk kita start merewang... anyway jangan lupe ek... malam ni ada tahlil kat masjid/surau... kui3x


GBPUSD - Standby


STandby....

- Kita nampok dia nak jadi cengitu... sabar33x... amik lewat pun tak mengapa... minggu depan pun takpe.. jangan gopoh... semuanya ada potensi... setakat harini mesin memproses ayam kita tak bagi apa-apa hints suruh entry.. so kita lakar secara kasar aje dulu dalam weekly chart.

- Once muncul entry... off course kita gi buat rewang reramai.. ok ???


Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot