Ahad, 29 April 2012

Jumaat, 27 April 2012

Khamis, 26 April 2012

Gold - QE3 Speculates

Gold -240mins

- Antara yang paling ketara menarik nafas lega dengan kenyataan dovish Pak jenglot ialah Gold. Dengor aje Pak Jenglot cakap QE3 akan dilaksanakan pada bila-bila masa yang diperlukan, terus dia bounce naik.. kekeke.. tak ker kelakau tu?

- Gold sebenornye sejak 2008, naik bukan sebab dia tu kuat.. tapi dia naik sebab federal reserved lambakkan duit ke dalam pasaran.. orang cakap print money.. bila duit jadi banyak melambak, gold pulak sedikit bilangannya.. maka permintaan pun bertambah; bila orang berebut-rebut beli dia.. harga pun naik ler lurus macam pokok kelapa.. tapi setiap yang bernyawa pasti akan mati; begituler juga orang yang membeli gold bagai nak rak sedikit waktu dulu..

- Mengikut pattern 5-0 bullish seperti yang kita lakarkan dalam gambar di atas; jika C berakhir di 224.0%.., maka mengikut kebiasaannya.. harga boleh retrace maksimum ke 23.6% BC.. haa.. benda tu kena ingat ek.. unless jika C itu berakhir di 161.8%.. maka D biasanya kat 50.0% BC.

- Dan seperkara lagi ialah... jika terlihat pattern 5-0.. dan kita dah tanda kan tempat C dia (161.8% or 224.0%).. tetapi dia ditembak melebihi dari paras kita tandakan itu; maka sayugia di ingatkan bahawa kadang kala jika retrace kelak ianya akan melebehi paras X dan B.

- Oleh itu... berjaga-jaga selalu dengan pattern ini kerana melalui pattern ini ianya boleh emerging menjadi 3 atau 4 pattern yang lain.. yang biasanya kita boleh detect sewaktu dia buat retracement... dan jika gold landing tepat pada 23.6% dan boleh mantul kuat.. maka jangan hairan jika dia boleh emerging jadi bearish crab pada masa hadapan.. fuh fuh fuhhhhhh

FOMC - Dovish Tone

GBPUSD - 30min

- FOMC malam tadi tidak memberi sebarang harapan yang positip untuk dollar... uwaaaaa~.. Pak Jenglot cakap mereka bersedia pada bila-bila masa untuk lancarkan QE3 jika keadaan ekonomi bertambah buruk dan dijangka tiada kenaikkan interest rate sehinggalah 2014.

- Uwaaaa~... tensen lah tengok Pak Jenglot nie.. bangang betul... cakap ajelah takde QE3.. ni nak cakap esok-esok ada pulop... habisss aku nyer short kat GU ni dapat +1pip je.. uwaaaaaa~..

- Pagi ni... ni kira last try lah sekali lagi.. (adoiiiyaa.. ntah dah bape kali cakap last try  :-p) .. stoploss +13pip dari high malam tadi... naseb arrr... kalau terkena jugop harini.. hari Sabtu nanti tetap jugop aku pegi BERSIH 3.0 kat KayeLL..

- Ishkk.. ishkk..  divergence... divergence....divergence ???


Update 3:30ptg

- buat bodo je..
- jangan lupe... BERSIH 3.0 kat KayeLL..

 



Rabu, 25 April 2012

GBPUSD - Gap... adoiiyaa


GBPUSD 8:00mlm

- Menerjah umpama rimau kelaparan.. biasanya kita kena check balik.. sebab takut-takut ada something wrong.. dan dugaan kita agak tepat harini.. ado gap lorrr..

- Jika tidak ini malam.. mungkin esok.. gap ini akan di tutup..

- Apo yang patut kita selamatkan, kita selamatkan aje dulu.., esok kan masih ado?

Dollar -Bottomed ???


ting ting gula batu
bapak balik pukul satu
mak mak jadi hantu
rambut kerinting banyak kutu..~ eheheheh...

EURGBP - Tracking





EURGBP - 60min

- Kita tracking dulu jalan nye
- Kita akan cuba tengok kat 50% tu nanti dia boleh bertahan atau tidak
- Dan currently kita tak adde niat nak tradekan dia... just tracking


USDCAD - Is this last leg ???

USDCAD 60min

- Hampir 3 bulan dia berlegar-legar di bottom ini.. dan kita lihat ketika ini dia sedang create bearish 5-0.. maknanya selepas dia bounce ke 50% seperti yang di lakarkan... dia akan terjun kembali.

- Asas hubungan ekonomi Canada dan US ialah minyak.. dan minyak ketika ini 'meloncat' naik. Adakah minyak akan terus meningkat naik? Iran telah membatalkan penghantaran minyak ke negara-negara Eropah.. dan yang terbaharu ialah Mesir telah menyekat penghantaran gas ke Israel.

- Wallahu a'lam... Mungkin... tidak berapa lagi... kita akan dengar 'gendang perang'.. !!!


Selasa, 24 April 2012

GBPUSD - Last try



GBPUSD - 8:15mlm

- Dengan sifat kedegilan tak mahu gak percaya pound boleh meroket.. kita renew short dengan stoplossnye kita letak kat 1.6177.. di mana jika harga melepasi paras 1.6165.. maka bull akan take kontrol selepas itu kerana ianya adalah pengesahan bahawa low telahpun di setkan di bulan Januari yang lalu.

- Jika short ini berjaya... jangan lupa gi dataran merdeka buat rehearsal duduk-duduk; sebelum 28 Apr 2012.. kikikiki... ~alopak agogo.


USDJPY -Waiting for QE






USDJPY - Jam 530ptg

- Nampok dop ado bentuk tu??? 5-0 tu.. adehhh.

- Kita kena tunggu FOMC dan BOJ meeting selesai baru kita boleh 'merembat' dia sekali lagi.. but currently dia masih dalam fasa pembetulan.. kita pun takmo lah cenderung menerjah market minggu ini.


EURUSD - Correction belum siap???


EURUSD 830am Selasa 60mins

- Bentuk correction 5-0 bullish tidak membenarkan kita menghentak dia sampai ke dasar seperti yang kita kehendaki, tambahan pula ada pivot daily x yang masih menagih nye bergerak ke atas.

- Situasi begini membuatkan kita menutup semua posisi di sebelah atas pada pagi ni.. dan kita duduk's tepi's main's guli's buat 2-3 hari nanti.

- FOMC statement akan keluar sekali lagi minggu ini dan seperti biasa rumuors pasal QE3 akan didendangkan.. ahakkks... seperti biasa lombu-lombu akan layan rumours tu dulu.. kui3x.


Ahad, 22 April 2012






Selamatkan MakCik Felda (II)


BSKL - Bursa KL

- Sedikit masa dahulu.., kita ada tepek kan gambar dia nie kat sinun >> sila klik

- Kita bukan mendoakan agar BSKL ini lingkup atau orang yang main saham semuanya bangkrup.. tapi orang yang bijaksana dan bijaksini atau bijaksitu.. boleh berjaga-jaga mulai sekarang dengan pegangan saham mereka.

- Adiosss.. wassalam.

Jumaat, 20 April 2012

EURGBP - Rehatkan kejap

EURGBP- 240min

- Kui3x... baru aje kena trailling stop.. so dia akan mulai consolidate.. sebelum kita lihat kelak samaada dia akan terus melorot turun.. atau pun mulai memacak ke langit.

- Kita akan tinggalkan dia ni sehingga Jun 2012.. sebab kita percaya yang last round ni nanti akan ada banyak gerakan menaik secara tiba-tiba.. so tak berapa sesuai nak hold jual.. leteh aje nanti kita jadinya.

- Dan kita percaya jua mulai bulan May nanti gerakan dia ni tak boleh di samakan dengan gerakan GBPUSD atau EURUSD. Oleh itu jangan panik kelak jika kita terlihat dia ni naik tapi 2 ekor tu turun.. it is similar dengan simptom 2008.

-Ok... itu aje yang kita nak bagitau. Wassalam.

USDCHF - Triangle


USDCHF 240mins
Jumaat 10am

Tak pegi mana.. dok ngok ngek macam EURUSD gak..
Harini nampok doh dia bikin triangle.. ni yang tensen ni..
Stoploss kita masih di paras 23.6%.. jika dia breakout ke sini.. kantoi lagi ler jawabnyer
Gamoknyer.. minggu ini leteh aje lah yang dapat... :p

Yen.. Pattern Mereka Sama




USDJPY. GBPJPY,EURJPY
60mins Jumaat 8:30am

Ini semua pattern 5-0 bullish
Tapi kita dop tau dia dah siap ke tidak (untuk retrace ke bawah)..
sebab takde divergence yang jelas...
Kita nak ambil short.. tapi kita fikir lebih elok kita lepak's tepi's dulu's
Silap haribulan.. mereka boleh pigi ke 224%... kih3x..

Khamis, 19 April 2012

GBPUSD - Breakout ???

Jumaat 20Apr 5:00pm
Update
Try sell sket.. harga touch seq 610.
Lombu-lombu cube nak pecahkan high Okt 2011..,
untuk menyatakan bahawa low ke jatuhan Jan 2012 telah pun sempurna.
did you think so ??? Hantar 2 kapal terbang kasi bom lembu tu semua..,
menjadi kaluuu.. next week hantar lagi satu batalion... huhuhu~





GBPUSD - Daily - Jam 7ptg

- Had stoploss kita telahpun di sondol .. and currently kita lepak's tepi's main's guli's tetapi kita tak nampak EURUSD mengikuti jejak langkah pound nie. Dan kita syak dia hanya main jongkang-jongket dengan EURGBP.

- Adakah betul pound akan breakout lebih ke atas? Last fibo fan 78.6 sedang mengekang-nya dan jika harga boleh jatuh below 50% kembali dengan candlestick daily boleh memberi isyaratnya.. kita dengan tak malu-malunya nanti boleh cuba sekali lagi menjualnya.

- Kita standby dengan candlestick the next 4 hour tengok peluang.

Rabu, 18 April 2012

18 Apr - bulk View

---------------------
USDJPY 10:00am
lama gak nak fikir; nak makan ke tidak semua short :p
tapi pagi ni gatal pulok tangan.. kita closed semua :D
Bearish Crab.. kita percaya dia akan keluar ke bawah channel
dan kemudian mencari confluence fibo
so.. kita relax kan motor kita dulu... sebelum kita rempit balik
----------------------


----------------------
gold 10:00am
dia cuba naik.. tapi FOMC cakap takde QE3
dia memang tak boleh naik jika FOMC cakap takde QE3
jika Federal Reserve members tak bodo pigi cakap nak buat QE3..,
maka gold akan kempis secara natural beauty
kikikiki... alopak agogo
-----------------------

---------------------
eurgbp 930am
kira masih boleh lihat target bearish gartley ni belum archieve
cuma dia buat hal guk-gak-guk-gek
short di kepak gartley tu kita offkan.. sbb meriah sangat... kuang3x
----------------------


--------------------------
eurjpy 930am
ini bukan double bottom
rasenye ini 5-0 bullish
kita short.. tengok boleh tak dia sampai kotak kat bawah tu
kalau tak boleh.. cha alip baa waw taa lahh
--------------------------


----------------------------------------------------
eurusd 930am
gartley?? or emerging AB=CD ??
becareful.. breakout wR1 dia akan mencari wR2
tapi.. aku peduli apa? short jugek.. sbb low Mac dah break
--------------------------------------------------------

---------------------------------
gbpusd 830am
short sekali lagi dan lagi dan lagi
should move fast
head n shoulder
---------------------------------

---------------------------------
gbpjpy - 830am
bullish 5-0 (small)
expected gostan ke 23% dahulu
sebelum dia keluar dari channel
*kita tunggu short and cabuttttt..
----------------------------------

Q1 Trade 2012

Jan-Mar 2012

- Someone asking me to show my result in Q1 2012.

- Kikiki... pagi ini kita tepek kan graf untuk trade yang kita dah mamam di sepanjang suku pertama 2012.. asyik tepek graf currency je pom boring jugek kekadang.. dan mungkin juga ini ialah graf terakhir yang boleh di tepek kan kerana semua trade itu ialah sebelum MFK keluarkan fatwa haram trade forex online.

- Lepas fatwa keluar.., semua trade tak gunakan leverage.. dan of course lah resultnya tak akan cantekkkk sebegitu.. tapi tak apa.. kita masih percaya.. kita akan jadi millionaire juga akhirnya kerana kita sekarang tengah dok study share market dan komoditi.

- Kita tidak fikir kita boleh serta-merta terjun ke bidang lain.. i mean terus tukar trade ke share market kerana strategy kita ialah menunggu share market jatuh baru ler kita masuk beli.. now.. bodo lah kalau kita lepak di sana.

- Kita bercadang.. jika Q2,Q3 dan Q4 2012 menepati sasaran forecastnya.. start tahun depan kita akan cuba lihat apa peluang yang ada di sebelah sana... kita tak fikir ianya begitu menarik berbanding dengan forex market.. share market ialah untuk orang-orang yang dah tua macam Warren Buffet... kah kah kah... tapi kita kena ingat juga bahawa kita pun akan jadi tua macam dia gak... keke

- Selamat berusaha dan maju-jaya~




Selasa, 17 April 2012

USDCAD - Bullish 5-0

----------------------
9:00mlm -update

STOPLOSS Hits..
----------------------



USDCAD - 60 min
7:15mlm

- Ada 2 bentuk yang kita dapat lihat ketika ini iaitu bearish head and shoulder; dan bullish 5-0 seperti kita lakarkan dalam gambar di atas.

- Sementelahan ramai yang mengeshort dollar ketika ini, maka kita suka nak ingatkan bahawa jika dollar terus menjunam, kita akan stand-aside aje dulu jika semua stoploss yang kita cadangkan dilanggar todak.

- Jika benar hanya tak lebeh dari paras A, setakat ini kita cuba follow harga naik sampai melebihi paras kepala head n shoulder tu.

USDCHF - Layan breakout


USDCHF- 240MIN

- 12:30tghmlm.. dia breakout pagi tadi
- kita beli pada harga gap bila dia turun
- kita harap dia boleh sampai ke harga dalam kotak tu

Isnin, 16 April 2012

GBPCHF - Skodeng dulu


GBPCHF - Daily

- Sesuatu yang menarik minat kita dan seharusnya kita skodeng dulu. Ini pattern bearish gartley jika dia tak melepasi paras X. Kita tak perlu tergesa-gesa.. kita monitor dia failure di mana dahulu.. dan ada reaction tak harga nanti (dengan kaedah keluar dari kotak D)

- Jika ini ialah end of correction wave 4.. wave 5 laju macam wave 3.. and of course dia boleh pecahkan lower low tahun 2011.

- Rancangkan dahulu.. sebelum apa-apa tindakan di ambil.

Ahad, 15 April 2012

Hala Tuju Masa Depan Kita


Dow Jones Islamic Market

- Minggu lepas kita dapat lihat Dow Jones mulai gostan. Ketika ini banyak pengumuman tentang keputusan korporat bagi suku pertama untuk tahun ini mulai dikeluarkan satu persatu. Saham tidak seperti currency.

- Benda paling bodo tentang saham ialah dia tidak boleh dijual jika kita tak ada pegangan terlebih dahulu. Ini adalah sebagai mengelak 'short selling'. Ianya juga untuk mengelak spekulasi. Tak ke kelakau? Jika orang ada akal dan duit banyak dia boleh beli aje dan sampai mati pun saham dia akan tetap naik, sebab adanya sistem bodo begitu.

- Jika company tu ialah company lanun, saham dia tak akan jatuh sebab seluruh persatuan lanun-lanun sedunia akan membeli saham ahli-ahli kumpulannya setiap kali lanun yang lain ambil untung.

- Itu adalah pandangan peribadi saya tentang saham. One way ticket.

- Lain dengan currency.. kita boleh beli dan jual bila-bila masa.. mengapa? Sebab sistem currency ni canggih sikit.. Jika kita pegang duit Malaysia Ringgit pun kita boleh beli dan jual dengan mana-mana satu currency atau pair yang kita suka.. tapi MFK kata cara itu tidak mematuhi garisan panduan 'qabd, iaitu cara sebegitu ialah kita menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd).

- Maknanya, kita kena pegang (ada) duit Euro baru ler kita boleh beli Dollar contohnye.

- Kita kena maklum dalam dunia pengkomputeran; kaedah conversion boleh dilakukan dengan sekelip mata. Sistem komputer boleh menukar dari Ringgit Malaysia kepada Euro dengan arahan kita. Dengan Euro itu kemudiannya sistem tersebut akan membeli Dollar. Maka berlakulah arahan yang telah kita hajatkan iaitu kita menjual EURUSD melalui broker dan platform masing-masing. Mudah bukan?

- Sayangnya.. cara ini dibakul sampahkan aje, sebab professor-professor tu lagi tinggi ilmunya.. maka sabitlah kesalahan kita semua kerana ke'jumudan' kita mengambil cara pegang dan tukar currency cara komputer.. dan kita pun memang jahil bab hadis nak sokong cara ni.

- Baik.. berbalik kepada Dow Jones.. as we can see.. ado gap! Weekly gap.. nampak gap ini teringat dengan gap NZDUSD dahulu.. 'Horse Kicking'. ingat lagikah apa yang berlaku kepada NZDUSD setelah itu? Adakah gap di Dow Jones ini akan mengakibatkan perkara yang serupa akan berlaku? Ehemmm..

- Anggap aje benda tu ialah suatu 'kemungkinan'. Ya atau tidak... itu aje.. jangan ober konpiden sudahhh.. apa-apa pom.. stoploss jangan lupeee... eeeyaahhhhhh!!!!

Rabu, 11 April 2012

NZDJPY - sLOw & sTEADy


NZDJPY - Daily

- Kita pernah coba mengeshort nya dulu.. kantoi !!! Dulu dah tepek kat sinun >>> Jaga Durian Kali ni kita agok berhati -hati lah sket.. jika harga keluar dari kotak D baru kita tepek kat blog neh.. takut gak sebab banyak view yang kita beri ialah tatkala harga dalam kotak D.. so ikut dalam kotak D tu selalunya ada pro dan kontra.. banyak pattern tak jadik sebab harga tak mampu untuk buat reversal keluar dari kotak tu.

- Jika takde apa-apa aral, retrace minima ialah ke X.. medium retrace ialah ke B.

Selasa, 10 April 2012

EURAUD - Free To Try


EURAUD - 240min

- Kita jumpa pattern bearish crab ini 2 minggu lepas.. time tu dop tau nak letak ke tidak dalam blog nie.. sebab kita pun sangat jarang tradekan dia.. adalah kot dulu sekali dua saje suke-suke.

- Mengikut data yang kita ada.., pada 2008 harga tertinggi dia ialah 2.12 dan harga terendah 2012 ialah di 1.20.. dan kita fikir pada tahun ini ada kemungkinan dia mulai boleh retrace setengah dari kejatuhan dia dulu.

- Tapi... kita belum check betul-betul lahh... just skodeng gitu-gitu dulu. Dan JIKA benar lah bagai di jangka.. yang jatuh ini kelak MUNGKIN setakat B sahaja... dan kita akan skodeng sekali lagi nanti untuk melihat peluang jadi jutawan dengan membelinya pulok.. wakaka... uhukkkk.

- Errr... eerrr... tengok dulu lah ek !

GBPJPY - Protect Our Profit !!!


-------------------------
asar time
yeehooOooo... free trade
jatuh ke dalam lah lagi hendaknya...
Amiiiinnnnnnnnn~
-------------------------

EURJPY - Protect Our Profit !!!



---------------------------------
update view 11th April
potential further move down
and creating CRAB BULLISH later on

----------------------------------





--------------------------
asar time
semua short protected.. now free trade
kita percaya dia akan tembus hingga ke 104.00
~pegang telooo~~~
--------------------------

EURUSD - Add position

---------------------------
Isnin 16 Apr
- Kita alihkan stoploss
- Nampok head n shoulder
- Duduk diam-diam
---------------------------




------------------------
Kita tambah lagi posisi pada pagi ini
dan kita elakkkan diri dari berubah matlamat
dari yang diforecastkan.. jadi kita pun duduk
diam-diam sehingga jadi jutawan.. kekeke... uhukkkk
tapi kalau tak jadi jutawan jugok.. jadi ratus-ratusan pips pun jadi lahhhhh
------------------------

GBPUSD - Add position

-------------------------
Isnin 16 Apr
- Di frame 60 minutes ada Gartley
- Gartley selalunya di baca sebagai end for wave 2 atau wave 4
- Jika Gartley ini ialah wave 4, maka yang turun ialah wave 5.. 161.8%(fibo kuning)
- Tapi jika Gartley ini ialah wave 2, maka yang turun ialah wave 3.. 261.8%(fibo kuning)
- Apa-apa hal pun kita alihkan stoploss dulu.. then kita tunggu jadi atau tidak.
--------------------------

-----------------------
pagi ni kita add 2 position
yang ini sekali lagi kita guna
kaedah risk/reward 1:3
breakout ke atas 38.2% akan mencacatkan
larian ke bawah buat sementara waktu
------------------------

Isnin, 9 April 2012

Gold.. more bearish ???


- Currently kita tak ada posisi. Steam skodeng pagi ni tengok ada gap.

- Kalau ada peluang.. kita bedal short sekali lagi tatkala penjual gold melaungkan slogan "emas murah !!! emas murah !!! beli lah jangan tak beli.. nanti gigit jari !!!"

- Bullshitttt... mereka dah untung 30 tahun... dan kita percaya, ini kali kalau Fed tak kacau daun dengan QE nya.. agak pasti.. gold boleh tembus 1597 dan mulai membuat pembetulan besar-besaran ke bawah.

- Kekeke... ini kali... mungkin idea kita bahawa mengeshort emas boleh jadi jutawan akan terkabul akhirnya... kuang3x.. uhukkkkk.

Jumaat, 6 April 2012

Market... Bawa Ler Aku Pergi..~



.. Lagu nie dah kena banned ..
... Tapi dia hits 1.5M penonton ...
..... Macam forecast market kita juga .....
........ Huhuhuhu~ Enjoying the fibos miracles ........

Rabu, 4 April 2012

FOMC :- QE3 No Need

Fed Signals No Need to Ease More Unless U.S. Growth Falters


The Federal Reserve is holding off on increasing monetary accommodation unless the U.S. economic expansion falters or prices rise at a rate slower than its 2 percent target.

<...read more...>

Selasa, 3 April 2012

USDJPY - Update

-----------------------
hutang pertama = di bayar
hutang kedua = ??? ehehee
-----------------------

Isnin, 2 April 2012

EURUSD - Tunggu time

-------------------------
Rabu 5pm
Kikikiki... keno belasah kat depan pintu rumah..
tapi.......... jangan suko dulu... tgk gambar kat atas tu..
daily dah terjojol dari moving average 20
weekly belom laeiiii...... eeeeee
dop tau apa nak jadi... tapi kalu ikut teori... minggu ni mungkin
sampai di weekly moving average 20 aje dulu...
--------------------------


----------------
Selasa 8:20pagi
Arahan kita masih sama
'belasah' di luar rumah
tatkala ini harga masih macam cencurut
semalam dia keluar sket, kemudian masuk balik
xpe.. sabo.. tunggu lagi
----------------

-----------------

kita letak stoploss 10pips pun dia makan
kita letak stoploss 15pips pun dia makan

tak boleh jadi..
ini macam kita tunggu dia keluar rumah
lambat tak apa..

---------------------

GBPUSD - Mana mau LaRi ???


---------------
Standby... Anytime soon.. 1 or 2 days..
arrange your entries.. get the higher price..

place your risk at 1.6188
long term target 1.2275

but...

1:3 is always a very good risk:reward
----------------

Ahad, 1 April 2012

GBPUSD - Q1 2012


GBPUSD - Daily

- Kita mengharungi sepanjang suku pertama tahun ini dengan sedikit gusar.. profit pun tak banyak.. rugi banyak kali, tetapi masih di kira normal. Dan.., dia akan mengikut forecast nya bagi 2012 seperti yang terpampang di sebelah kiri blog ini.

- Antara pound dan dollar... pound masih melaksanakan quantity easing. Sementara dollar masih berteka-teki, dan kita fikir NFP minggu depan akan memberi gambaran sebenar.

- Setelah berfikir sejenak, kita rasa tak perlu khuatir jika dollar melaksanakan juga QE nya, sebab kita tahu bahawa GOLD dan SILVER akan bertambah naik mengikut kadar setiap keping dollar yang di"print"kan..

- Gold akan turun JIKA federal reserve TIDAK melanjutkan QE nya.

- Jadi... no matter what, jika sepanjang Q2 nanti federal reserve tak buat QE, kita fikir dollar tetap akan naik. Dan pastinya federal reserve tidak suka ini berlaku. Dan bila campur tangan di laku sekali lagi.., ianya nanti ibarat 'tikus membaiki labu'.

- Oleh itu, pertimbangan yang salah akan menyebabkan USA bangkrap !

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot