Jumaat 11:00mlm... Zap-Zap... ... Still Alive.. USD/JPY ... Kita maintain posisi yang ade semua... sL masih below 89.00.. Zap-Zap :P//
Jumaat 11:00mlm... Zap-Zap... Kita stand dengan view kita... //:P.. SELL EUR/USD.. BUY USD/CHF.. Steady n kontrol hansem... ... Zap-Zap :P//
Jumaat 11:00mlm... We SELL GBP/USD at 1.6580.. target open until further notice... sL above 1.6600
...

Jumaat, 2009 Jun 19

Dollar Index - Update

SP500 dOwn - Carry Trade Dead..!!


Daily View

Salam Hari Jumaat 2:30 ptg - Berita Terlambat Nak Bagitau...

  • SP500 sering di kaitkan dengan pairs carry trade contohnye ej, gj... dll
  • Sejak beberapa minggu yang lalu, kita telah perhatikan SP500 nie di lawankan dengan VIX, dan kita pernah tunjukkan dalam blog nie VIX ade satu candle inverted hammer kaki panjang untuk weekly dia...
  • VIX ialah index untuk mengukur tahap rasa cemas dan tenang pelabur untuk keseluruhan market, bila pelabur rasa tenang VIX akan menurun, sebaliknya ia akan menaik jika pelabur rasa cemas...
  • Sila perhatikan di gambo VIX itu, telah ado signal parabolic sar di bawah, dan sila perhatikan juga chart SP500 yang dah ade signal sell di bahagian atas.
  • Walau pun mungkin masih di peringkat awal sekarang ni untuk menganalisa kedudukan keseluruhan market, tetapi dengan tanda-tanda yang kita lihat sekarang ni, kita tidak boleh nafikan bahawa kedudukan carry trade adalah terancam.
  • Kerana kita telah ada bukti-bukti kukuh (buat sementara ini).. kita akan tetap mengeshort semua pair carry trade tanpa segan silu, walaupun mungkin mereka akan naik ke atas untuk cuba lari dari tekanan ini.., tetapi mahu tidak mahu mereka akan rebah juga akhirnye... Oleh yang demikian...
  • Short adalah tetap di resisten...!!! Sebagai langkah keselamatan, sila ikut signal dan gunakanlah sL sebagai jaminan untuk keselamatan akaun trading kita.. ehehehe
Sekian, wassalam
Jual di resisten, beli di support

UJ - Try to Escape

Chart 15min
Chart 1 hour
Chart Daily

Salam 12tghari - Jumaat...

  • Lihat 3 gambo di atas..,
  • Semalam dia pullback..,
  • Kita rasa jika market cantik bergerak harini hingga Isnin..,
  • Dia akan naik ambil pivot X dia..,
  • So.. we standby... aggresive trade.. up down we play...
Sekian, wassalam..,

Selasa, 2009 Jun 16

EJ - Update View

4hr Update
Kita masih shorts.. Adding if breaking SMA233

GJ - Update View

4hr update view
Kita masih prefer short.. Adding Shorts.. below SMA55...

Ahad, 2009 Jun 14

Solat Dhuha untuk Jiwa, Murah rezeki




Petikan dari
Utusan Malaysia : ARKIB : 22/05/2009
Solat dhuha untuk jiwa, murah rezeki

Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

SEBAGAI umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.

Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi "segalah" - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: "Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

"Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman."

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan".

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: "Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha".

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim Ayat 7)

PENULIS ialah PensyarahPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.


UCHF - Update View

Update view 4hr

Salam nak Maghrib... : Baru balik anto anak balik asrama.., abess dah cuti sekolah penggal kedua, start esok mula lah kita sibuk balik sampai bulan Oktober asyik amik n anto anak yang sulong dan bongsu pegi dan balik sekolah... tuler anak zaman sekarang... di suruh naik bas pun tak mau, nak gak bapak dia anto hari-hari pegi dan balik sekolah...

Kalo ikut zaman kita pegi sekolah dulu... kena lah kayuh basikal lepas solat subuh bawak belanja doposen je... eee... time tu malu kalo kawan-kawan beli karipap kat kantin, diorg makan kita tengok aje.. kekadang meleleh gak air-liur... tapi anak-anak kita sekarang kalo takde dua-tiga-hinggit merajuk xmo pegi skola... geram gak tengok... kikiki

Oh.. ok.. merepek pulak.. :P... tu gambo uchf kat atas... kalo letak fibo cycle tu memang pening nak tengok. so kita fokus pada SMA55 dan SMA233.. dia ni macam kedudukan eu gak cuma dia terbalik aje... cerita pun dia sama.. cuma ubah ayat aje... kalo eu sell dia pulak buy... jadi malas nak karang cerita panjang2...

Cuma pada minggu hadapan.. Swiss Franc ni ade news pasal interest rate kalo tak silap tapi pada hari Khamis... kita tak expect dia akan tukar apa-apa tapi macam biasalah... mintak-mintak dia gatal mulut cakap dia tak mau Swiss Franc ni kuat gaban... haaa.. mintak-mintak adelah sebatang candle pannnjaaaaangggg ke atas... kikiki

Ok.. itu ajelah komen untuk pair yang menyilang eu nih... kita akan bagi repot lagik kalo ade apa2 perkembangan selanjutnye.... sekian..


Wassalam..,
Beli di support, Jual di resisten

UJ - Update View

Update view - Daily

Salam pukul 3:30 ptg.. : Sementara menunggu bini dan anok kita siap mekap-mekap, kita kerjakan kerja kita dulu... errmm... tuler owang pompuan... janji pukul 3ptg tapi dah dekat 3:30ptg pun x siap-siap lagi.. ade aje alasan dia... so.. sebab itu kita lelaki kena banyok2 bersabar nih dengan owang pompuan... uhukkkz....

Okey.., chart di atas tu uj daily... sila perhatikan lagi sekali SMA233 dan SMA55... ye... dia test lagik line tu... yang ni kali ke empat dalam bulan June sahaja..! Seram sejuk jugak telo kita bila dia test line tu... setakat Jumaat lepas dia masih kantoi... eeeeehikss...

Kita masih steam short dia... so kita insyaAllah akan tetap short below line kaler ijou tu... dan kita masih berharap dia akan jatuh pada tempat yang kita war-warkan terdahulu... tapi kalo kali nie dia berjaya melompat keluar dari sekatan SMA233 dan line kaler ijau tu... dan berkeliaran di atas tu sehari-dua... maka kita tau ler dia akan pegi ke 99 dan kemudian menyodol terus 101...

Jika itu yang berlaku maka... kita tak boleh buat apalah... lembu tengah lari tengah jalan-raya kita syorkan jangan di tahan... naya kang lebam-lebam..!!! Kalo terer nak ikut tunggang dia, sila lah.. tak salah pun ambil keuntungan segera.... wakakaka... guna breaking style lah.. either ikut cara daily camarilla breakout level atau tunggu bas lalu kat daily r1... andre! andre! andre!!!

Alamak... okeylah bini and anok dah siap... so... gtg... itu aje view and idea kita untuk uj minggu dopans... sekian.

Wassalam..,
Jual di resisten, Beli di support


GU - Update View

GBP/USD 4HR VIEW

Salam tengahari 1:20ptg... : Sementara menunggu waktu zohor dan lepas tu nak pegi hantar anok balik asrama, kita letakkan view pair di atas untuk trading setup macho kita untuk minggu depan.., mohon rezeki dari Allah mudah-mudahan betullah kali ni punya view.. so senangkan keje untuk masa mendatang...

Ok... berbeza dengan eu yang dah 3 kali jatuh bawah SMA55... gu nie baru sekali jatuh.. itu pun minggu dulu... minggu yang baru lepas ni.. kita melopong jek tengok dia naik.. naik.. naik.. sehinggalah kita ade chance short dia ikut 1hr selepas dia cuba breaking harga maut 1.6600.. serupa macam eu monthly dia pun dah kuar signal BUY.. so watch-out ajelah kalo dia breaking above 1.6600 kembali...

Jadi... kita dah levelkan warna-warni chart tu ikut kaler-kaler yang biasanye orang paham nak agaklah.. kalo breaking line kaler ijau tu macam biasalah.. tu maknanya dia try nak lari dari tekanan untuk ke bawah... dan sayugia kita ingatkan lagi bahawa gu n eu memang terer nak lepas dari tekanan ke bawah sejak 10 tahun yang lalu.. tapi kalo dia dah memang nak ke bawah tak reti-reti pulak dia nak berenti.. :P

Buat masa ni.. ketepatan view gu ni untuk ke bawah agak samar-samar.. dengan dollar index terbuai-buai kemabukan kerana di ketuk kepalanya.. pound nie kita kira masih kukuh untuk ke atas... KECUALI... dia jatuh di bawah paras SMA55... maka kita agak pasti di akan terjerumus ke paras SMA233 atau lebih dari itu... dari aspek pivot X pula.. kita memang ketahui dia ade hutang yang jauh di bawah sana berdekatan dengan pivot monthly April.. dan kita memang menunggu dia kembali ke situ.. cuma masa aje yang akan jadi saksi... baik untuk pivot X nun di atas sana dan juga pivot X nun di bawah sana... walhasil.. pastinye sejarah nie takde orang n trader boleh nafikan kebenaran cerita dongeng kita tentang pivot X nie... hehehe

Itu aje lah untuk view gu minggu depan... faktor dia akan jatuh di bawah SMA55 masih menjadi idaman kita... dan jika anda seorang yang rajin mentelaah gu nie... kita syorkan anda cuba selak chart gu nie pada timeframe weekly dan monthly dengan melihat di mana kedudukan SMA55 dan SMA233 currently... so .. u think lah sendiri... wut will happen jika dia failure di kedudukan sekarang ini... atau sebaliknye... sekian.... salam bucuk dari saya.. dah zohor pun nie... gtg..

Wassalam..,
Jual di resisten, Beli di support


Teknikal Semasa

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot

TV Free .!!. Laporan Harian...